Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

1.28.2014

Pavlova 1st try.

Semalam, first time cuba buat pavlova.
Since tengok resipinya simple dan bahan yang guna pun tak banyak.
Tapi kan....

Rya buat tak jadi!
Sebab banyak derhaka pada resipi gamaknya.
1. Pakai telur bukan dari peti sejuk tapi rya amik juga telur dari peti sejuk.
2. Masa pukul gula kastor dan telur dah jadi cantik, bertanduk dan berkilat tapi bila masak dia merekah teruk. Ker sebab terlalu panas atau bakar lama? Rya bakar 160 darjah 40 minit. 
3. Whipping cream Rya pukul x jadi2! Lagi lama lagi cair dia jadi. Mesti sebab salah beli whipping cream. Huhuhu.

Rasa not bad, tapi macam manis sgt la, lepas ni kena kurangkan lagi gula walaupun sebenarnyer dah kurangkan pun.
Tak pe, 1st try, try and error orang kata. Kalau tak try dan error kita takkan belajar dari kesilapan kita ye dak?

Malam ni buat 2nd attempt!

1.27.2014

Masa untuk bertindak.

2014. Tahun ini bukan tahun untuk aku diam lagi.
You will be surprise what I am capable to do.

:)

Panggilan berbaur ugutan.

Amboi, dah pandai main ugut2.
Senang cerita macam ni, aku pun tak hingin nak campur hidup kau kalau kau tak buat taik kat hidup aku.
Tanggungjawab kau jangan lepas macam tu jer.
Bayar on time and jangan skip payment, dan aku pun takkan kacau kau.

Kalau degil jugak, tuntutan dari mahkamah akan menyusul. Abis dari mula semua nanti aku tuntut.
Mungkin dulu aku bodoh, diam dan biar. Tapi sekarang aku tahu apa hak aku dan apa aku patut dapat.

:)

1.24.2014

Balik kampung.

Having a heart break. Again.
Balik kampung malam ni. Keputusan mendadak. Tiba2 buat keputusan last minit.
Moga dengan melihat wajah mak, tenang sikit hati ini.
Moga relieve.

SP, aku datang..

1.23.2014

Surat Perakuan Cerai


It's been years, but finally it been collected.
Alhamdullilah.


Cakap dan Diam.

Bila aku bercakap, langsung tak pernah didengar.
Malah dikata aku membebel.
Baik aku diam.
Dan jangan tanya kenapa aku diam.
Sebab aku akan diam dan terus diam..

1.22.2014

Jauh.

Rasa nak lari jauh, jauh dari semua orang.
Supaya bila jauh dan tak ada baru kita tahu kewujudan kita diperlukan atau tak.

Dan bila aku jauh, dan tak diperlukan, aku akan semakin menjauh.
Dan terus hilang.

p.s: Kita cuba untuk jadi yang paling istimewa untuk orang yang kita sayang, malangnya kita tak dilayan seistimewa yang kita harapkan seperti dia melayan orang lain yang lebih istimewa bagi diri nya.

1.20.2014

Bawa

Tak mengapa kalau jatuh cinta lagi,


tapi yang utama,


kali ini,


bawa Tuhan bersama.


- YanaYonet

No Data

Dah la henpon rosak, pakai tab danny jer sekarang.
P1 wifi dah lama kena suspended sebab tak bayar dah 2 bulan. RM189 tak berbayar lagi.
Dah call untuk terminated, pandai pulak operator dia cakap kalau terminate sekarang kena penalti RM200.
Dan bil untuk bulan ni pun dah kira, so dia kata kalau nak terminate kena pada 24hb.

Nak harapkan wifi opis, dah 2 minggu tak leh guna.
Connected tapi no internet access. Nak whatsapp pun tak lepas apatah lagi nak bertwitter
Bukan kedekut nak topap dan subcribe data, tapi duit topap tu baik guna untuk isi minyak.
Topap RM5 sehari, subcribe data RM0.88 daily, tapi tak sampai sehari quota dah abis dan dia tolak kredit.
Sehari nak topap RM5 mati jugak la kisah dia...

Duit minyak sekarang, isi RM10 tahannya 2 hari jer. Itu pun xpegi mana, pegi balik keje je. 80km+
Danny mrengek2 nak mintak bawak berjalan. Tahan jer telinga dengar dia bising.
Dok rumah jer la pas abis keje dan cuti sabtu ahad.

Sabar skit Rya.
Dugaan ni.
Nak bangun balik lepas jatuh gedebuk memang payah.
Tapi once dah bangkit berdiri, insyallah akan berjalan dengan lebih yakin dan kuat.

#PrayForRya
:)

p.s: Eleh.. internet jer pun xder tu pun dah rase macam dunia nak kiamat.

1.16.2014

Sedikit update.

1. Iphone rosak. :((((((

No hp, no internet at the moment.
Mungkin dah tiba masa Rya fokus kepada my real life dari habiskan masa bersosial di laman sosial. 
Sekarang cuma berbekalkan samsung tab Danny sahaja. 
Tu pun xder data, sebab xboleh nak subcribe data, sebab Danny selalu main game online kejap jer data dah habis.
Wifi kat opis pun under maintanance, so no twitter, no whatsapp, no FB at the moment. 

2. Danny dan Tadika.

Danny dah masuk tadika. Tadika Saidina Ali.
Baju kaler pink, seluar kler maroon.
Sampai ke hari ni, tiap2 pagi kena paksa bangun, paksa mandi, heret ke kereta, dan nangis2 kat sekolah.
Ya Allah, tingkatkan lah kesabaran aku.

3. Rya dan larian.

Tahun ni rasa kurang sikit nak berlari. Sebabnya Danny dah tak dok kat pengasuh.
Susah nak hantar dah kalau Rya ade event larian. So weekend banyak dihabiskan kami berdua kat rumah jer.

4. Sewa dan beli.

Rya dalam proses beli rumah. Kalau sewa, sampai bila nak sewa kan? Biarlah rumah murah dan kecik asalkan rumah tu jadi harta benda Rya sendiri.
Ada duit nanti, banyak benda yang nak ubah kat rumah tu. 
Dah kena bayar rumah nanti, lagi sempit la poket. lagi terikat lah perut. Moga2, pintu rezeki tahun ni terbuka luas.

5. Danny dan Daddy.

Susah betul nak bercakap dgn Daddy Danny sekarang. SMS x reply, call tak nak angkat. Padahal pun sebab apa pun. Sebab nk mintak bayaran pengasuh bulan 12 yg x bayar2 lagi dan duit register tadika Danny 800 yang masih berbaki belum disudahkan bayarannya. Dah terpaksa pulak berhutang dengan mak dan kawan2 semata nak bayar duit sekolah Danny.
Nampak gaya macam nak tergadai lagi barang kemas Rya.
N kat mana nak korek duit extra bulan2 RM250 untuk bayar tadika Danny kalau Daddy dia asyik nak lepas tangan macam ni.
Kalau ade keje kosong part time weekend meh kabor ke Rya. Kalau nak ajak berbisnes sorry la, Rya xder modal dan xder masa nk cari customer. 
P1 dah terminated, astro dan tukar ke basic pakej, data internet dah x subcribe, kereta dah lama overdue utk service, semua sebab nak cut cost.

Merungut pun tak guna. Lebih baik pikir macam mana nak selesaikan masalah.
 

1.13.2014

Mizuno Pacesetter Relay

16 December 2013.
Maeps.
Relay 4 x 3.86m