Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

11.20.2013

Penang Bridge International Marathon 2013.

Jumaat malam 15/11 Rya balik kampung dengan Danny.
Naik bas dan tinggalkan kereta di hentian Kajang.
Tujuan utama balik SP untuk join PBIM di Penang pada 17hb.

 Yang seronok masuk run kali ini sebab abang dan adik Rya pun join sekali.
Adik dah mula start cuti sekolah, so pulang ke kampung memang on time untuk PBIM.
Selain itu, PBIM juga menemukan Rya dengan Niza kancilbiru
Niza ni kawan Rya masa kat sekolah teknik Alor Setar dulu.
Pas abis sekolah lama jugak la tak jumpa dia.
Akhirnya PBIM2013 menemukan kami semula.


 Seperti larian yang lain kali ini Rya masuk 10km sahaja.
Belom mampu lagi nak menjauhkan lagi jarak.
Adik pun sama.
Abang dah kategori lain.
Half marathoners dah dia. 21km.

 Rya gerak ke Penang malam Sabtu tu, dah pukul 8pm baru gerak.
Abang dah gerak awal2 lagi dengan family dia, terus stay kat Penang.
Rya dan adik tumpang kejap kt apartment yang abang sewa malam tu.
Kami sampai pun dh pukul 12am. Tido kejap, pukul 330am dah bangun dan bersiap2 untuk ke starting point.

 Abang dah keluar awal dulu.
Sebab half marathon start pukul 3am.
Sampai sana, Rya jumpe dengan Niza seperti yang dijanjikan.

10km Women Open start pada pukul 6am.
Lepas 500m bermula Niza dah awal2 dah tinggalkan Rya.
10km Men Open start setengah jam lewat dari kami.
So memang Rya sampai dulu la dari adik.
Lepas semua dah sampai di garisan penamat, apa lagi acara paling bes dan wajib buat: bergambar dengan medal masing2.
Abang tak dpat tunggu lama sampai abis acara.
Makanya dia balik dulu.
Rya, adik dan Niza tunggu sampai abis acara penyampaian hadiah sebab ada hadiah utama lucky draw, Honda City.
Malangnya tak cukup bertuan sebab yang menang Honda City tu adalah funrun runner.
Lucky her.

Puas hati dengan larian kali ni sebab berjaya buat PB.
1 jam 32 minit.
cutt off time dia adalah 1jam 30 minit.
Sebab tu gagahkan diri jugak berlari.
Kalau tak banyak sangat jalannya dari berlari.

Next run kami bertiga beradik masih belom ada. 
1hb Rya ke larian TM Fanrun, adik dan abang pulak masuk Park City Run.
Sebelum tu minggu depan, Rya abang dan Niza akan berjumpa di UM untuk larian Gegar.

Bye Penang. Bye PBIM.
Jumpa lagi di PBIM2014.
Mungkin tahun depan dah boleh masuk kategori Women Open 21k.

1 comment:

  1. bestnyaaa aku rasa tengok balik pic2 ni...hahahaa...

    jumpa lagi nanti. ya insya Allah pbim kita target for 21km...insya Allah..

    ReplyDelete