Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

11.28.2013

Larian Gegar UM

23 November 2013.
Sabtu.
Unniversiti Malaya.

Pukul 5 pagi Rya dah gerak dari rumah bersama Danny.
Rya dah tau run kali ini Rya tak boleh lari sebab Danny tak ada sape jaga.
A night before Rya dah sms Daddy Danny untuk tinggal kejap pagi tu, tapi alasan yg dia bagi kali ini adalah 'Tak ada rumah'.
Seperti yang dijangka. Fine.

Pukul 6am Rya dah sampai, tu pun awal jugak walaupun tersesat sampai masuk ke parking Mid Valley. 
Siap tawaf parking lot yg kosong tu dua tiga round, bayar ticket (sib xkena bayar) dan terus ke UM.
Padahal masa collect racce pack ritu dah datang, but still leh sesat.

Kat sana Rya disapa oleh Jing, a 16 yo girl. Katanya nak lari sama2 sebab dia xder geng.
Rya cakap Rya tak lari.
Rya tunggu Niza dan abang sampai.
Niza dengan kawan dia Azura merangkap kawan FB Rya juga.


Sejam selepas diorang dilepaskan, Rya dah dulu2 pegi amik medal, amik goodie bag, dan amik 2 ketul banana.
Orang lain yang sampai berpeluh2, Rya relex jer dengan maintain blusher merah di pipi.

Kata Niza, kemain azab nak lari kat Bukit Cinta tu.
Sib la aku tak lari.
kakakakakkakaka.


Walaupun pegi tapi tak lari kena la amik gambar acah2 macam lari kan?
Alang2 dah dapat medal kena la posing baik punya tunjuk medal tu.

Dalam goodie bag dapat air tin 100plus, beberapa paket biskut, gula2 dan pencukur gillete?

Next run, Tam Malaysia FanRun di Putrajaya 1 December ini.
Itu pun macam tak boleh nak lari jgk.
Sebab tak nampak lagi sape2 leh jaga Danny.
Lari tak lari Rya akan pegi. 
Untuk amik medal. Sayang wey dah bayar tak amik.

11.20.2013

Penang Bridge International Marathon 2013.

Jumaat malam 15/11 Rya balik kampung dengan Danny.
Naik bas dan tinggalkan kereta di hentian Kajang.
Tujuan utama balik SP untuk join PBIM di Penang pada 17hb.

 Yang seronok masuk run kali ini sebab abang dan adik Rya pun join sekali.
Adik dah mula start cuti sekolah, so pulang ke kampung memang on time untuk PBIM.
Selain itu, PBIM juga menemukan Rya dengan Niza kancilbiru
Niza ni kawan Rya masa kat sekolah teknik Alor Setar dulu.
Pas abis sekolah lama jugak la tak jumpa dia.
Akhirnya PBIM2013 menemukan kami semula.


 Seperti larian yang lain kali ini Rya masuk 10km sahaja.
Belom mampu lagi nak menjauhkan lagi jarak.
Adik pun sama.
Abang dah kategori lain.
Half marathoners dah dia. 21km.

 Rya gerak ke Penang malam Sabtu tu, dah pukul 8pm baru gerak.
Abang dah gerak awal2 lagi dengan family dia, terus stay kat Penang.
Rya dan adik tumpang kejap kt apartment yang abang sewa malam tu.
Kami sampai pun dh pukul 12am. Tido kejap, pukul 330am dah bangun dan bersiap2 untuk ke starting point.

 Abang dah keluar awal dulu.
Sebab half marathon start pukul 3am.
Sampai sana, Rya jumpe dengan Niza seperti yang dijanjikan.

10km Women Open start pada pukul 6am.
Lepas 500m bermula Niza dah awal2 dah tinggalkan Rya.
10km Men Open start setengah jam lewat dari kami.
So memang Rya sampai dulu la dari adik.
Lepas semua dah sampai di garisan penamat, apa lagi acara paling bes dan wajib buat: bergambar dengan medal masing2.
Abang tak dpat tunggu lama sampai abis acara.
Makanya dia balik dulu.
Rya, adik dan Niza tunggu sampai abis acara penyampaian hadiah sebab ada hadiah utama lucky draw, Honda City.
Malangnya tak cukup bertuan sebab yang menang Honda City tu adalah funrun runner.
Lucky her.

Puas hati dengan larian kali ni sebab berjaya buat PB.
1 jam 32 minit.
cutt off time dia adalah 1jam 30 minit.
Sebab tu gagahkan diri jugak berlari.
Kalau tak banyak sangat jalannya dari berlari.

Next run kami bertiga beradik masih belom ada. 
1hb Rya ke larian TM Fanrun, adik dan abang pulak masuk Park City Run.
Sebelum tu minggu depan, Rya abang dan Niza akan berjumpa di UM untuk larian Gegar.

Bye Penang. Bye PBIM.
Jumpa lagi di PBIM2014.
Mungkin tahun depan dah boleh masuk kategori Women Open 21k.

11.04.2013

2XU Compression Run 2013.

Rya tak pegi.
Sebabnya takde sape nak jaga Danny.
Daddy dia sendiri pun  tak nak jaga.
Alasan dia, dia tengah busy tukar keje?

Sayang betul, run yang Rya register awal, tunggu2, last2 tak dapat pegi.
Nak2 pulak medalnya cantik betul.

Next run, PBIM. 17/11.
Insyallah boleh sebab Rya balik Sg Petani suh mak jagakan Danny sekejap.

Daddy Danny cakap nak amik balik Danny dok dengan dia bila dia dah stabil nanti.
Alasan dia nak bagi Danny rasa complete hidup berkeluarga.
Yerlah, Danny kan dah ade mummy baru.

Buat ape bagi kalau nak amik balik?
Biarla Rya jaga walaupun Rya kais2 makan pagi petang untuk sara Danny.

Penat pikir 2-3 hari ni.
Dengan masalah Danny, dengan Daddy dia yang lepas tangan.
Dengan masalah duit.
Dengan masalah nk bayar hutang.
Dengan masalah nk tebus balik barang kemas sbb nk tolong org last2 aku yang terkena.

Haih, penat.
Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup aku dengan Danny.
Jauhkanlah kami dari orang-orang yang asyik menyusah dan melemahkan kami.


11.01.2013

SPK Cahaya 5km Fun Run

Harinya 27 Oktober 2013.
Tempatnya di SPK Cahaya Shah Alam.
Ceritanya bermula begini...

Rya datang dengan Dona, kawan twitter yang duduk kat Putrajaya.
Jumpa dengan abang dekat sana seperti yang dijanjikan.
Tak ramai pn yang join.
Kebanyakan peserta adalah dari penduduk kejiranan sekitar.



 Sebelum larian haruslah ada gambar sebelum di garisan permulaan.
Tak ramai pun, adalah dalam 200 gitu kot.
Bermula di ramp SPK Cahaya kononnya sebab nak merasmikan ramp tersebut.

Lari, jalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan, lari, jalaaaaaaaaaaaaaaaan, lari, jalaaaaaaaaaaaaaaaaan.
Banyak jalan dari lari.
Sebabnya masih rasa sakit dekat tulang betis sebelah kiri selepas BSN Night Run minggu lepas.

Dona dah kedepan jauh tinggalkan Rya.
Dia dah masuk banyak HM, so no wonder la kan nk dibandingkan dengan Rya yang masih newbie.

Lari2 dalam taman perumahan, tepi tasik, memang sangat cantik track dia.
Majlis penyampaian hadiah diadakan di club house, by the pool lagi.





Lepas tamat larian, ada lucky draw.
Hadiah gempak2 bak ang.
Tv 42', samsung grand, jam gps, set home teather dan banyak lagi.
Malangnya, Rya tak cukup bertuah untuk menang sume tu..

Alhamdullilah, looking forward untuk 2xu run ahad ini.
Itupun kalau ada orang nak jaga Danny.
Tibe2 rasa semangat melampau nak lari lagi.