Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

7.05.2013

#TiomanTrip Day 2

Tioman Day 2.
Bangun pagi dengan keadaan yang sejuk melampau.
Tido semalam pun bape kali on off econ sbb dan ltk kt pg x sejuk pn still sejuk jgk.
Mungkin sebab semalam yang hujan kot.
Hari ni Rya bangun pun dah pukul 7am, terlepas nk tgk sunrise!
Tapi xper la, today is snorkelling day!

Breakfast pagi ni bihun goreng, nasi goreng, telur dadar, sambal udang.
Ya Allah sedap sungguh. Tambah berkali2 kot. 
Dengan kemeriahan sotong dan udang yg fresh2 dalam tu.






Ikutkan jadual snorkelling trip kami akan mula pukul 9am.
So Rya jenjalan tepi pantai amik angin dan amik gambar lagi.
Yang besnye kat Idaman ni pantai dia sunyi jer,
Yang berjalan kat pantai masa tu Rya dan dia jer.
Romantik abis kot. Kakakakaka kisahnyer.
Then lepas jalan2 di pantai sebelum balik ke bilik untuk mandi dan sesiap Rya amik snorkelling equipment dari Idaman.
Equipment ni tak termasuk dalam pakej so mmg kena tambah sendiri.
RM20 seorang untuk google dan safety vest.
Oh ya, kt sini boleh beli roti sesiap utk bg ikan makan.
RM1 sebungkus. Rya beli dua sbb ade 2 point snorkelling nanti.

Botol ait Tupperware kuning jangan lupa!

Rya naik satu bot dengan 7 orang makwe lain.
So kiranya dalam bot tu dia sorang jela jejaka terhebat.
Eh, ada lagi. Botman kitorang yang sangat ramah dan bes sangat sembang dengan dia.
Point pertama Rya pergi ke Taman Laut.
Kat sini memang Rya dah tak pegang hp dah. 
Simpan dalam bot jer.

Memula snorkelling tepi pantai jek.
Cuak jugak sebab this is my first experience nak bersnorkelling.
Tapi kejap jek, lama2 rasa bes tu mula menguasai bila nampak anak2 ikan kt tepi pantai tu.

Kami ke point di mana ada pelantar dan ramai orang snorkelling kt situ.
Situ ikan mmg besar2 dan banyak sangat sebab memasing pakat lemparkan roti.
Ikan besar2 lalu depan mata.
Jakunnye aku time tu. hahahahaha.

Rugi takde gambar time tu, sebab camera waterproof Rya masuk air!!!

Kami stay kt situ sampai pukul 1pm.
Makan lunch yang dah di pack siap2 untuk kami.
Lepas sap kok sebatang, kami menaiki bot menuju Kg Tekek.




Point seterusnya adalah Kg Tekek.
Kampung ni kiranya pusat pentadbiran untuk Pulau Tioman.
Semua kemudahan ada disini. 
Sekolah, balai polis, hospital dll.

Kat sini juga ada duty free shop.
Xder la besar mana.
Xder la murah mana.
Coklat dia murah tapi murah lagi kalau nak banding kt Langkawi.
Rokok dia mmg murah la.
Winston Merah biasa harga RM9 kt situ RM5 je.
Nak borong byk2 mmg x la sebab bawak duit ngam2 sebab masa tu personal loan belom approve!
Beli sekotok rokok strawberry untuk dia dan sebatang Toblerone kecik RM8 je.









Next stop adalah dekat Coral Point.
Xbanyak bot kat situ masa tu, ada dalam 3 bot jer,
So kami2 jek yang menguasai kawasan tu.
Pemandangan bawah air, Masyallah.. indah sungguh.
Banyak coral yang bermacam2 jenis, besar2, dan macam2 warna.
Dan kat situ pestaim Rya jumpa rumah ikan Nemo!
Seronok nak mati!!!

Bila snorkelling sensorang (sebab orang tu asyik lupa diri dan tinggalkan Rya je), tengok keindahan Allah bawah tu rasa seronok sangat.
Rya cuma dengar bunyi air, nampak ikan2 dan coral, Tak nampak orang lain.
Time tu adalah moment yang sangat2 Rya rasa bahagia sangat.
Just me, and other water creatures.

Dalam pada Rya sensorang bawah paras air, terdetik dalam hati Rya saat Rya tengok wajah tenang dia dalam tu.
Rya berdoa. Sebak rasa tiba2.
"Kalau dia jodoh yg telah Kau tetapkan untuk aku, aku mohon Kau satukanlah kami, Kau ubah lah dia menjadi yang lebih baik dan jadikan aku yang terbaik untuk dia. Dan jika dia bukan jodoh aku, jauhkan aku dari dia sekiranya jika dengan dia tidak menjadikan aku lebih baik dan sekiranya dia akan lebih baik sekiranya bukan dengan aku." *nanges*

Somehow, part of my Doa have been answered. Part of it. =]

Kami tak berapa lama disitu since memakwe sume dah tunggu kami kat atas bot.
Ade yang dah muntah2 sebab arus kat situ kuat sikit.
Ceh, tak kental betul.
Tak puas nak lelama kat situ sebenarnyer.

Brother botman tangkap ikan nemo disitu.
Nak bawak balik dan lepaskan ke pantai nanti.

Balik dari situ brother botman bawak kami snorkelling dpn pandai di Idaman.
Dia nak tu tunjukkan rumah Nemo.
Besnyer nampak beberapa ekor nemo berenang2 kt rumah dia,
Rumah dia tu kt rumpai laut yang geli2 tu. Dorang cuma akan berenang pusing2 kt situ je.
Takkan pergi jauh.



Aktiviti snorkelling kami tamat dalam pukul 5pm.
Mandi2 kejap dan kami terus ke jeti Kg Genting sebab abang botman ajak join main takraw.
Kehkehekehekeh, Rya gelak jek tgk 'kehebatan' dia yang sangatlah teracah2 tu.





Balik dari main takraw Rya beli beberapa frigde magnet utk kenangan.
Ralat sangat sebab tak dapat beli bebyk untuk kawan2. T____T
Tunggu masa untuk BBQ malam tu, kami jalan2 menyusuri pantai sambil menikmati keindahan waktu senja di Tioman.
Cantikknya Subhanallah.
And again, disitu tika itu juat Rya and him.
=]
Bahagianya.
Dia buaian ini dia hayun Rya samapai Rya jatuh dan nanges. Kejam!
Oh, indahnyer kenangan.

Malam ni mmg memasing dah lapar sangat.
BBQ pun dah siap tunggu,
Ade ikan bakar cicah air asam ohsem, sotong celop tepung dan ayam panggang.
Sedappppppnyerrrr..
Makan nak banyak mana pun hambek jek. Mmg banyak.

Malam tu aktiviti dalam bilik jek.
Rugi tul pegi vacation nak tido jek.
Alasan dia, bukan selalu dapt tido berecon.

ps: Tunggu sambungan hari terakhir nanti yer.
Layan2 keek Rya masa kt Tioman hari tu disini >>> https://www.keek.com/RyaLorva





No comments:

Post a Comment