Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

7.04.2013

#TiomanTrip Day 1

Day 1: 10 Mei 2013
Rya bertolak dari JB ke Jeti Mersing dalam pukul 6pagi.
Memang plan nak bertolak awal sebab nak catch feri pukul 10am.
Perjalanan ke Mersing amik masa hampir 2 jam.


 Sampai di Mersing, Rya parking depan stadium jer. 
Ade beberapa kotak parking free kat situ,
Open, tapi risiko tanggung sendiri la.
Ada tempat prking khas yg disediakan untuk yg pegi ke Pulau Tioman. 
RM10 ke RM12 sehari kalau tak salah.
3 hari? Kiralah.

Sampai di Jeti xsusah nak cari kaunter sebab memang dah dinyatakan dalam emel pun suruh cari kaunter sekian2.
So sampai di kaunter yg berkenaan Rya tunjukkan invoice yg telah diemelkan oleh kepada Rya oleh De Penarek Beach yang Rya amik pakej tu.
Ohya, pakej Rya total RM355 termasuk penginapan, feri pegi balik, makan dan snorkelling.







 Di kaunter tu Rya diberikan tiket feri pegi balik, resit chalet dan sticker untuk dilekatkan di baju.
Sticker tu untuk memudahkan wakil cam anda masa sampai di jeti Kg Genting nanti.
Sebelum naik feri kena bayar Marine Fee sebanyak RM5 seorang.

 Masa Rya di jeti tu, feri dah ade pun, 
Pukul 10 lelebih camtu baru kami dibenarkan naik.
Free seat yer.
Feri besar macam feri ke Pulau Langkawi tu.
Berecon dan ade TV.




 Perjalanan amik masa dalam sejam untuk sampai ke Jeti Kg Genting yang mana merupakan pitstop pertama di Pulai Tioman.
Ramai jugak yang turun kat sini.



 Sampai2 di Pulau Tioman memang tergamam dengan keindahan dia. 
Dengan airnya yang jernih dan boleh nampak anak2 ikan di jeti.
Pasirnya yang putih..
Subhanallah, indah sangat.

Dari jeti Rya perlu menapak dalam 10 minit gitu untuk ke chalet kami.
Idaman Beach Holiday.
Sempat lalu di PADI, beberapa chalet lain even lalu kawasan perkuburan dan rumah tinggal!

Sib baik ada pakcik dari chalet tersebut yang angkut beg2 Rya yang berbondan2 tu naik moto 3 roda.
So sticker yg Rya lekat di baju tadi, itulah yg buat pakcik tu cam Rya sebagai penghuni chalet Idaman.
So dah boleh berlengang kangkung sikit menuju ke chalet sambil menikmati keindahan pantai.




 Rya orang pertama yang sampai di Idaman.
Pengunjung lain mesti hegeh2 berjalan sambil tangkap gambar lagi.
Samapi2 dah disediakan welcome drink.
Memang sedapla minum air oren sejuk2 lepas berjalan tgh panas dgn abis lencun badan dek peluh.
Reception counter tu terletak di tempat makan kitorang jgk nanti,
Dan kt area tu ade free wifi dan jg ada kedai kecik utk korang beli jajan ke ape.




 Bilik yang Rya dapat sebenarnya adalah Quad Room untuk 4 orang.
Ade katil queen 2 biji.
Ade aircond.
Toilet pn ade water heater tp hampeh xleh guna sebab bila on dia tendang semua suis.
Terima jela sebab malas nak komplen2.
Air selow sikit, pakai shower mmg xpuas.
Kena tadah baldi jgk.

Chalet Rya dpt ni rmh batu, ada la 2-3 biji sume mengadap laut. 
Jarak ke laut tu cuma 100 meter jer.
Yang lain ade chalet2 kayu yang hanya berkipas dan mengadap to each other.
Tapi still ok bagi Rya yg bajet nak backpacking.





 Since masa tu dah pukul 12+ lebih, lepak letak back dalam bilik, Rya kuar dan berjalan balik ke jeti nak cari benda makan.
Sebabnya kalau ikut pakej, makanan hanya akan disediakan bermula malam karang.
Sambil2 berjalan tu sambil2 la snap pic untuk kenangan.

Makan di sebuah restoran di Jeti, nasi goreng pataya, nasi goreng kampung, teh o ais dan nes ais sumenye RM15 kalau tak salah Rya.
Still consider murah la kan?







 Lps makan tengahari, since hari pertama ni xde apa2 aktiviti, Rya cuma jalan2 kt tepi pantai jer.
Amik2 gambar dan kemuadian balik tido di chalet sementara nak tunggu ptg untuk makan malam.

 Pukul 7pm, makan malam dah disediakan.
Lauk2 dia mmg sedap. Serius cakap.
Ikan pn fresh2.
Walaupun menu dia simple jek, tapi sedap sangat rasa.

Aktiviti lepas makan malam cuma lepak dalam chalet.
Borak2.
Pukul 11pm dah lapar balik.
Makan bekal meggi dan 3in1 yang Rya bawak.
Air panas boleh amik dkt tmpt makan tadi.
Free of charge.

Sambung ke hari kedua, hari snorkelling!!!!

2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Saya abang wan, saya kerja sebagai guide di tioman, kalau tuan puan hendak mendapatkan ticket feri boleh membeli dengan saya.
    check it out: http://percutianpulautioman.blogspot.my/p/tioman-ferry-ticket-reservations.html

    Hai there, i am Bro Wan, i am guide in Tioman island, if u need ticket to Tioman, u should call me @ whatsapp: 0192941683. anytime 24 hours operation.
    check it out: http://percutianpulautioman.blogspot.my/p/tioman-ferry-ticket-reservations.html

    ReplyDelete