Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

5.07.2013

#SabahTrip Day 5: Sabah Tea dan Kg Sungai Luanti

 Hari ke 5
Rabu
Ini pemandangan dari rumah sewa adik.
Semalam sampai dah malam, tak perasan dengan keadaan sekitar.
Patutla sejuk rupanya rumah adik di kelilingi bukit.
Kat atas bukit tu, hari terakhir baru nampak orang main para gliding ke para sailing.
Nak snap gambar x bape nak nampak sebab dah maghrib.


Selepas bersarapan dirumah yang disediakan oleh mak, kami keluar untuk jalan2 lagi.
Keluar pn dah agak tengahari. 
Hari ini destinasi pertama kami adalah Sabah Tea.
Tersangat lah dekat dengan rumah adik.

 Disini kami menjamu santapan makanan tengahari kami di cafe yang disediakan.
Must try nasi goreng dia yang dimasak dengan daun teh itu sendiri.
Dan minuman mestilah tea kan?
Rya pilih untuk minum lemon tea panas.
Sebabnya sejak semalam memang dah tak sihat.
Selsema tak berhenti dan demam.



 Kawasan Sabah Tea ni x besar mana.
Tanaman teh dia pn kecik je.
Tak payah la nak banding dengan Cameron Plantation dan Boh kat Cameron tu yer.

Boleh beli Sabah Tea dekat kedai dia.
Banyak perisa termasuk cinnamon, misai kucing, halia, dan yang paling Rya suka perisa pandan.
Memang rasa dia sama macam boh pandan selai dan ayaq tea.

 Selepas kunjungan singkat kami ke Sabah Tea kami ke Kg Luanti yang berada di sebelahnya.
Apa yang menarik disini?
Jeng jeng jeng..
Memang tak kan dapat pegalaman ni kat tempat lain.

 Ikan kelah fish spa!
Ikannya besar2 sebesar tapak tangan dan ada yang lebih besar dari itu.
Bayaran untuk masuk ke sungai ini adalah RM10 untuk dewasa untuk 15minit.

 5 minit pertama memang Rya menjerit jer sebab geli dikerumun dengan ikan2 ni.
Ikan2 ni gigit xder la sakit tapi still rasa terkejut macam kena cutey.


 Ikan ni memang jinak2.
Masuk je kaki dalam air sungai cepat jer dorang datang kerumun.
Muka masing2 dok tahan geli jer.
Oh ya, masuk sini dibekalkan dgn sepeket kecil makanan ikan.
Tp xyah umpan dgn makanan pun ikan2 ni tetap akan datang kerumun.


 Titi gantung ni pun dekat dengan sungai tu.
Taktau menghala kemana sebab kami naik separuh jer utk amik gambar.
Dan hingga ke hari ni abang tak bagi2 pun gambar Rya yg dia snap dgn kamera dia. Cisss..

Done untuk hari ke 5.
Masa untuk pulang dan habiskan malam di rumah sewa adik.

1 comment:

  1. Oh my goodness! Impressive article dude! Many thanks, However I am having troubles with
    your RSS. I don't know the reason why I can't join it.
    Is there anybody else having similar RSS problems?
    Anyone who knows the answer will you kindly respond?
    Thanks!!

    Feel free to visit my web page acoustic guitar a chord

    ReplyDelete