Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

5.21.2013

#SabahTrip Day 6 : Poring Hot Spring dan Canopy Walk

Hari Ke 6.
Khamis
Hari ini Rya dah betul2 demam.
Ikutkan memang tak larat nak berjalan tapi takut rasa rugi maka digigihkan juga ikut.

Hari ini kami ke Poring Hotspring yang letaknya dalam 30 minit sahaja dari rumah adik.
Untuk kesini terpaksa menapak selama 20 minit melalui titian jeram untuk ke pintu masuk hot spring.



Suasana pagi itu memang sejuk.
Pagi pun tak pagi sangat sebab kami keluar pun dah pukul 10.


Rya cuma sekadar merendamkankan kaki.

Kemudahan disini memang complete.
Ade bilik khas untuk disewa bagi mereka yang inginkan privasi dan ada juga bilik sauna.

Tapi yang banyak adalah kolah2 kecil ini.
Anda cuma perlu bancuh sendiri air panas ikut kepanasan yang anda mahukan dgn adjust air pili sejuk dan panas.
Kalau buka pili air panas sahaja memang tahap panasnya sampai mendidih!



Aisyah dan Danny yang menikmati setiap keseronokan disini.


Sambil menunggu mereka berendam, aku abang dan adik mengambil keputusan untuk jungle walk ke canopywalk.





Untuk ke canopywalk kena berjalan meredah hutan selama 30minit.
Semput jugak sebab tak lama berexcersice.




Setelah penat berjalan baru kami tiba di canopy walk atau titi gantung yang panjang ini.
Gayat jugak bila tengook ke bawah.
Selepas sejam kami tiba semula di Poring Hotspring.



Dalam perjalanan pulang kami singgah di Warung Bang Din di tepi jalan untuk menikmati rojak mee nya yang sedap.

Malamnya Rya ditinggalkan sementara ahli keluarga yang lain keluar makan seafood.
Dah penat dan panas sangat badan Rya malam tu.
Nak keluar pun dah tak larat, nak makan pn dah tak berselera.
Hari ke 6 di Sabah diakhiri dengan tido awal.


5.07.2013

#SabahTrip Day 5: Sabah Tea dan Kg Sungai Luanti

 Hari ke 5
Rabu
Ini pemandangan dari rumah sewa adik.
Semalam sampai dah malam, tak perasan dengan keadaan sekitar.
Patutla sejuk rupanya rumah adik di kelilingi bukit.
Kat atas bukit tu, hari terakhir baru nampak orang main para gliding ke para sailing.
Nak snap gambar x bape nak nampak sebab dah maghrib.


Selepas bersarapan dirumah yang disediakan oleh mak, kami keluar untuk jalan2 lagi.
Keluar pn dah agak tengahari. 
Hari ini destinasi pertama kami adalah Sabah Tea.
Tersangat lah dekat dengan rumah adik.

 Disini kami menjamu santapan makanan tengahari kami di cafe yang disediakan.
Must try nasi goreng dia yang dimasak dengan daun teh itu sendiri.
Dan minuman mestilah tea kan?
Rya pilih untuk minum lemon tea panas.
Sebabnya sejak semalam memang dah tak sihat.
Selsema tak berhenti dan demam.



 Kawasan Sabah Tea ni x besar mana.
Tanaman teh dia pn kecik je.
Tak payah la nak banding dengan Cameron Plantation dan Boh kat Cameron tu yer.

Boleh beli Sabah Tea dekat kedai dia.
Banyak perisa termasuk cinnamon, misai kucing, halia, dan yang paling Rya suka perisa pandan.
Memang rasa dia sama macam boh pandan selai dan ayaq tea.

 Selepas kunjungan singkat kami ke Sabah Tea kami ke Kg Luanti yang berada di sebelahnya.
Apa yang menarik disini?
Jeng jeng jeng..
Memang tak kan dapat pegalaman ni kat tempat lain.

 Ikan kelah fish spa!
Ikannya besar2 sebesar tapak tangan dan ada yang lebih besar dari itu.
Bayaran untuk masuk ke sungai ini adalah RM10 untuk dewasa untuk 15minit.

 5 minit pertama memang Rya menjerit jer sebab geli dikerumun dengan ikan2 ni.
Ikan2 ni gigit xder la sakit tapi still rasa terkejut macam kena cutey.


 Ikan ni memang jinak2.
Masuk je kaki dalam air sungai cepat jer dorang datang kerumun.
Muka masing2 dok tahan geli jer.
Oh ya, masuk sini dibekalkan dgn sepeket kecil makanan ikan.
Tp xyah umpan dgn makanan pun ikan2 ni tetap akan datang kerumun.


 Titi gantung ni pun dekat dengan sungai tu.
Taktau menghala kemana sebab kami naik separuh jer utk amik gambar.
Dan hingga ke hari ni abang tak bagi2 pun gambar Rya yg dia snap dgn kamera dia. Cisss..

Done untuk hari ke 5.
Masa untuk pulang dan habiskan malam di rumah sewa adik.