Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

4.15.2013

#SabahTrip Day 3: Pulau Manukan

Isnin.
Hari ke 3 di Sabah.
Hari ke 3 ini agak santai bagi kami.
Sebab masa banyak dihabiskan dirumah apartment sewaan kami.
Hari ini kami hanya ke satu destinasi sahaja.
Pulau Manukan!

Ruang menunggu dan kaunter tiket di Jesselton Port.
Selepas bersarapan dirumah, kami bergerak ke Jesselton Port.
Around pukul 9 gitu
Jeti untuk ke Pulau Manukan dan beberapa pulau yang lain.
Selepas membayar harga tiket bot dan sewa peralatan untuk snorkelling, kami menaiki bot laju menuju ke pulau.
(Harga tiket taktahu sebab abang dan adik yang bayarkan).
Bot akan pick up kami kembali pada pukul 2pm.

Ayahanda dan Bonda
Tunggu bot pun tak lama selepas itu.
Perjalanan ke Pulau Manukan hanya ambil masa sekitar 15 minit.
Sepanjang perjalanan memang tersangat la kagum dengan pemandangan yang terjamu dek mata.
Mashaallah! Cantik.

Sesampai di Pulau terus cari port dan hampar tikar.
Nasib baik orang tak la begitu padat memandangkan hari tersebut adalah hari bekerja.
Terus tukar baju dan snorkeling di kawasan sekitar pantai.
Airnya jernih, ikannya kelihatan besar2.
Tapi awas, ada kawasan yang banyak obor2.
Bila tersentuh terasa la pedihnya sekejap.

Lepas mandi makan, mandi, makan, mandi.
Itu jela aktiviti kami disini.
Nasib baik mak bawak segala bekal dari rumah, sebab kat sini x nampak pun kat mane orang meniaganya.

Lepas puas snorkeling, Rya dan adik berjalan kaki keliling pulau.
Mashaallah serius Rya kagum sangat.
Pantainya bersih dan air laut nya jernih.
Airnya warna hijau torquise lagi.

I sent this pic to him n asked,
Antara ikan dan sayang, b pilih mana?
Ikan la sebab ikan cantik sikit.
:(
Tapi sayang cantik banyak.
Hehehehe.
 Pukul 2pm, tiba masa untuk pulang.
Kat jeti pun dah ramai dengan manusia yang menunggu bot.
Bot kami tiba xlama selepas itu.
Pulang dengan satu perasaan yang tersangat la puas.

 Sebelum pulang kami singgah di Restoran Ummi Aisah.
Disinilah pertama kali aku menikmati sanggar keju (pisang goreng dengan parutan cheese).
Sepinggan RM4.50

Ini namanya kichaipeng.
Atau dalam bahasa KLnya Air Limau Asam Boi.

Ini menu aku, nasi kukus ayam dara,
Burp,alhamdullilah. Tersangat kenyang dan happy hari ini.

Si Umar Uwais yang suka buat aku geram.
 Dan kami habiskan sisa2 petang dan malam dengan melepak dirumah sahaja.

p.s: Tunggu update Day 4 pulak yer.

No comments:

Post a Comment