Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

4.16.2013

#SabahTrip Day 4: KK-Kundasang-Ranau

Hari ke 4.
Selasa.
Selepas biasa lepas breakfast dirumah, baru kami keluar.
Dalam pukul 9am gitu.
Hari ini kami akan meningglkan KK untuk ke rumah sewa adik di Ranau.
Tapi sepanjang perjalanan banyak pitstop yang akan kami singgah.

Destinasi pertama di pasar philliphine.
Kat sini tempat orang2 jual souvenir dan barang2 kering dari laut.
Kat sini je aku dah borong tshirt, frigde magnet, keychain, brooch mutiara, ikan bilis dan udang kering.

Dengan keadaan org agak ramai, sempit dan panas ditambah dengan rengekan Danny yang dah kebosanan, memang aku shopping disini dengan keadaan yg kelam kabut.


Destinasi kedua kami tengahari itu adalah di Restoran Koki Bandung.
Ini tempat kami makan tengahari, masakan ala Indonesia ada disini.

Kami order pecal lele, nasi ayam penyet.
Tempat makan dia pulak kami pilih untuk bersila di pelantar.
Dengan bantal2 kecik pengalas punggung memang sangat selesa disamping makanannya yang sedap.
Betul2 depan kedai ada jual sanggar keju. Kami tapau 2 bungkus untuk makan dlm perjalanan.
RM2.50 untuk 6 ketul. Murah lagi dari kedai yg kami makan 1st2 ritu.

Perjalanan ke Ranau mengambil masa selama 2jam.
Selepas sejam kami singgah di Kundasang untuk mengambil gambar pemandangannya yang menarik.
Dari sini sudah boleh nampak Gunung Kinaballu dengan jelas.

Destinasi terakhir yang kami singgah adalah di Pasar Nabalu,
Disini adalah pusat kraftangan dan banyak souvenir dijual disini.
Keadaan lebih lapang dan selesa, dan yang paling penting lagi murah souvenir disini berbanding di Pasar Philliphine.
Harga asal berbeza disetiap kedai, ikut cara masing2 untuk tawar menawar.

Kami sampai di rumah sewa adik di Kampung Lohan sudah petang.
Masa yang tersisa kami cuma habiskan dirumah sahaja petang dan malam itu.

p.s: Time ni Rya dah mula selsema dan rasa macam nak demam.

No comments:

Post a Comment