Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

4.04.2013

#SabahTrip Day 2: Tamparuli








Ahad, hari ke 2 di KK.
Hari ini kami cuma habiskan masa di Tamparuli.
Keluar dari kediaman kami pun sudah pukul 10am, kami menuju ke Rumah Terbalik mengikut perancangan kami.

Parking dalam agak padat jadi kami mengambil keputusan untuk parkir di tepi jalan sahaja. 
Kebetulan hari itu hari Ahad dan ada aktiviti derma darah yang diadakan disitu.
Bayaran masuk adalah RM10 utk dewasa yang bermy kad. 
Percuma untuk kanak2 bawah 12 tahun.

Masuk ke dalam kawasan tersebut kami sudah mula kagum dengan garaj yg terbalik bersama keretanya.
Ingatkan kawasannya luas tapi hanya ada garaj tersebut dan sebuah rumah terbalik.
Saat memasuki rumah tersebut kami dilarang utk mngambil gambar 
Keadaan didlm rmh tersebut semuanya terbalik belaka dimana kami memijak silingnya bukan lantainya. 
Cuma aircon, cctv sahaja yg tak terbalik dalam rmh tersebut.
Namun ada satu benda yg dpt ditangkap dek mata.
Jam tangan yg tergantung di paku di dalam sebuah bilik tidur adalah tidak terbalik.

Kemuadiannya kami ke souvenir shop. Sempat Rya beli sepasang baju tee rumah terbalik warna pink dan biru dan sebiji frigde magnet.
Selepas minum2 di cafe kami bertolak ke destinasi seterusnya.

Kami kemudiannya snggah ke Jambatan Tamparuli yang terkenal dgn lagunya..
Jambatan ini terletak di Pasar Tamu Tamparuli.
Keluat sahaja dari kereta sudah terbau2 hangir ikan.

Selain lagunya yg dipopularkan oleh Marsha Milan Londoh mungkin ramai yg tidak tahu tentang mitos yg dikaitan dgn jambatan ini.
Kononnya ada seorang perempuan cantik yang pandai menyanyi telah diculik.
Dia dimasukkan kedalam tempayan dan kemudiannya ditanam di salah satu tiang di Jambatan Tamparuli ini.
Sebab itulah kononnya jambatan ini masih kukuh walaupun telah lama dibina.

Selepas pulang dari Jambatan Tamparuli, kami singgah di Masjid Bandaraya atau lebiih dikenali sebagai Masjid Terapung Sabah.
Lepastu dalam pukul 3pm kali terus pulang dan beristirehat di apartment kami.

p.s: Cuti2 kami agak santai, dan tak delah rushing sangat,

No comments:

Post a Comment