Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

2.15.2013

Giving up?

Kadang2 rasa nak give up tu datang dengan kadar yg sangat banyak.
Rasa nak give up on everything.
Rasa dah tak tahan.
Rasa dah penat sangat hidup macam ni.

Tiap kali rasa nak give tu datang time dukung Danny yang mengada2 mintak dukung naik ke rumah tgkt 5.
Dengan rasa nk nanges Rya dukung Danny, dengan bahu kanan galas henbeg yg berat tu, bahu kiri galas beg laptop dengan beg baju danny.
Kadang2 penat sangat sampai Rya biar je Danny nanges2 lari2 kejar Rya naik tangga.
Kalau tak buat macam tu memang tak nak dia nak jalan naik sendiri.
Rya cuba cakap kat Danny yang mummy penat, barang byk nk kena angkat dan kaki mummy sakit nak dukung Danny, tp Danny pun dah pandai guna alasan penat dan kaki sakit tiap kali nak suruh Rya dukung naik tangga setinggi 5 tingkat tu.

Rya rasa nak give up bila tgk beg duit cuma ada RM3, berkira2 utk beli makanan utk Danny atau buat belanja  makan lunch kt opis nanti.
Dan ofkos, terpaksa biarkan Danny menang dengan belikan dia sarapan buat bekal ke rumah pengasuh, Ibu Jah.
2 minggu lepas gaji, dah berkira2 dengan duit yang ada dalam beg duit. Dah kutip mana2 duit syiling yang tersorak kat mana2 dalam rumah.
Dah korek2 poket seluar kalau2 jumpe duit2 tersorok.
Dah berkira2 dengan orang yg berhutang dengan Rya agar bayat sikit baki hutang tu.
Dan berdoa agar ada duit terpijak atau yang tiba2 jatuh dari langit.
Pinjam dari orang? Itu bukan satu option sebab dengan keadaan life Rya macam ni Rya takkan mampu untuk bayar balik tanpa jejaskan hutang2 dan bil2 yg sememangnya Rya wajib bayar tiap2 bulan.

Rya rasa nak give bila kt opis semorang macam nak pulaukan Rya.
Semorang nak cuba lari dan jauhkan dari Rya.
Bila bos Rya komplen pasal Rya pada bos besar dan bos besar panggil Rya masuk ke bilik dia.

Rasa nak give bilamana apa yang Rya buat semua nampak tak betul di mata orang.

Rya terpaksa mengaku Rya menyesal lepaskan hidup Rya yang dulu.
Dimana Rya ada segenap kebahagiaan dan kemewahan yg Rya nak.
Mungkin Allah tarik balik semua tu sebab Rya tak pernah bersyukur.
Dan ini apa yang Rya dapat.. terpaksa bersusah payah supaya Rya lebih menghargai apa yang Allah beri pada Rya selepas ni. Kalau ada..

Bila pikirkan balik, selepas apa yang Rya dah hadapi.. sejauh ini yang Rya telah pergi takkan Rya nk give up semata2 tak larat nk naik tangga tingkat 5, atau semata duit tinggal RM3 dlm dompet, atau sebab Rya takde kawan sebab sume pulaukan Rya atau semata sebab bos yang tak puas hati dengan Rya? Kan?
Lagipun Rya takde pun sebenarnya pilihan untuk give up tu.
Yang Rya ada cuma perlu kuat, tabah, cekal untuk teruskan hidup bersama2 Danny.
Yes, Danny. Rya perlu kuat untuk Danny.
Kalau Rya sorang mungkin Rya dah lama give up.

Kadang2 terpikir berbaloi tak apa yang Rya buat setakat ini untuk apa yang Rya dapat sekarang?

P.s: Ya Allah jangan kau putuskan untuk berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian Mu.

No comments:

Post a Comment