Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

2.27.2013

#TJTshirt with tweethandle

Baju #TJTshirt Twitterjaya dengan tweethandle. RM35 sehelai tidak termasuk pos. Preorder baju anda sekarang dan buat bayaran sebelum preorder ditutup 31/3. Pilih saiz dan warna hitam atau putih. Emelkan order anda dgn sertakan tweethandle, warna, saiz dan no hp ke relorvalabel@gmail.com atau follow @Relorva di twitter atau search hashtag #TJTshirt . Baju dijangka siap dalam masa 2 minggu selepas preorder di tutup.
COD hanya untuk tempat2 terpilih di Selangor, KL dan JB yang akan ditentukan kami pada tempat, masa dan tarikh yang akan ditentukan kelak.

Jangan lupa follow Rya di twitter juga @RyaLorva atau whatsapp 0169188656 untuk sebarang pertanyaan.




2.26.2013

Red Velvet In A Jar

 Ini projek minggu lepas.
Sejak seminggu lepas dok survey2 untuk buat red velvet dalam jar ni.
Akhirnya datang jugak kesungguhan nak buat tu.

 Sebenarnya cari Jar kaca tapi masih belom ada kat kedai bakery yang Rya cari tu.
So try buat dalam bekas ni dulu.
Untuk 1 adunan dapat la dalam 6 biji jar.
Introduction price Rya jual RM5 je. Sebab tak sekali dengan sudu dan riben.

 Dan satu piece ni untuk tuan punya badan sendiri yang makan.

P.S: Sila sms/whataspp utk tempahan. Minimum 5 jar. 0169188656



2.21.2013

Tuntutan

Sekiranya itu hak dan sepatutnya menjadi milik aku, akan ku tuntut dihari pembalasan kelak.

P.s: aku tak punya wang, tak punya kuasa untuk menuntut hak aku. Biar aku susah sikit sekarang asalkan disana nanti aku bahagia.

2.19.2013

Sepetang bersama 3D


Tetibe beberapa menjak ni Rya rasa emosi Rya sangat terganggu.
Cepat jer terase, cepat jer nak menangis.
Dan beberapa malam yang lalu Rya menangis sebab terlalu rindukan anak2 Rya.
Dah lama tak bawak Dania dan Dhiya kuar berjalan2.
Jumpe pun semata sebab nak hantar Danny ke rumah nenek dorang.

Semua tu terganggu disebabkan masalah kewangan.
Rya congak2 duit minyak dan belanja kalau bawak dorang kuar.
Tapi bila pikir2 balik, tak bawak dorang pun duit habis jugak.
Dari habis ke mana2 baik berhabisan dengan anak2 sendiri.







Berbekalkan RM70 Rya bawak dorang ke Pullman, (Pullman lagi!)
RM20 isi minyak, RM20 buat beli makanan untuk dorang.
Mulanya plan nak mandi2 dekat Pusat Rekreasi Air tu, tapi Dania cakap Danny pesan jangan mandi nanti takut demam.
Erm, yerlah. Hampa Mummy nak mandi kolam since Mummy dah sesiap pakai suar tight untuk mandi pun.




Sampai2 kat Pullman penuh dengan kereta.
Rupanya hari tu ada Pertandingan kayak kebangasaan ke ape tah.
Patut la orang ramai tak macam weekend2 yang lepas.

Rya bawak budak2 main pasir kat pantai acah2 situ.
Danny pun dah pakai suar mandi tapi terpaksa batalkan niat untuk mandi.







Rya bawak bekal muffin coklat yang Rya buat pagi tu. 
Sambil2 Rya tengok dorang main, Rya suap dorang makan.

Awal bulan depan Rya plan nak bawak Dania dan Dhiya tido rumah since mak dan abah nak datang untuk pernikahan sepupu Rya nanti.
Moga2 dipermudahkan semuanya
Sebab bukan boleh harap jugak, last2 minit ade jer Daddy dorang nak cantas plan Rya.
Rya dah kabor awal2 tapi dia senyap macam selalu bila Rya hantar sms.

p.s: Bila kurang masa bersama orang2 yang kita sayang, saat dapat bersama akan lebih kita hargai. Mummy sayang Dania, Dhiya dan Danny ketat2.

Tutup pintu.

Masing2 yang tahu cerita pasal Rya semua pun mendoakan suatu hari nanti bakal tiba seseorang untuk Rya.
Yang lebih baik dari dia.
Yes, Rya harap sangat ada. 
Tapi..

Macam mana nak bezakan orang yang ikhlas nak berkawan dengan Rya dengan orang yang hanya nak ambil kesempatan?
Semorang yang approach Rya semua nampak baik2 dan nampak ikhlas nak berkawan pada mulanya.
Dan Rya memang xsuka nak sorokkan status Rya, terang2 Rya bagitahu awal2.
Dan sebab status Rya ramai yang mulanya tadi ikhlas dah bertukar untuk ambik kesempatan.
Kadang2 orang tu nampak macam caring sangat.
Ambil berat pasal Rya, selalu tanya Rya dah makan ke belum.
Tanya pasal Danny..

Dan lama2 bila Rya hampir dapat terima dia dan percaya yang dia benar2 ikhlas, baru nampak hint2 tu keluar.
Sesetengah dari lelaki ni pandai.. tak tunjuk belang awal2.
Sebab kalau awal2 dah nk dirty talk dengan Rya memang Rya terus angkat kaki dan tak layan dorang lagi.
So kena pelan2.
Guna ayat mcm 'mesti tak bestkan malam2 tido sorang2 xde teman', 'xsejuk ke?', 'xsunyi ke?'.
Ni ayat2 yg biasa Rya dpt dan lepas je nampak hint2 macam ni memang bye2 la.
Kalau whatspp terus Rya block.
Kalau twitter pn terus Rya block.

So Rya pikir better Rya tak payah berkawan dengan lelaki.
Melainkan kawan2 lelaki yang sedia ada kenal lama.
Betul pesan mak, toksah berkawan dengan lelaki.
Ada sebab kan kenape mak cakap macam tu?
Dulu terpikir jugak kalau Rya tak berkawan dan menolak untuk berkawan dengan lelaki sampai bila Rya akan jumpe jodoh Rya?
Kalau memang betul dia jodoh Rya sejauh mana Rya lari dan jauhkan diri dari dia, dia tetap akan jadi jodoh Rya.
Kan?

Setakat nak sesembang tu n tego2 Rya tak kisah, cuma tak nak melarat sampai beborak kosong lelama kt whatsapp ke viber ke.
Rya taknak melayan. Biarla cakap Rya ni sombong ke ape.
Rya nak tutup pintu hati dah ni.
Taknak terjatuh lagi.
Tapi apa yang Rya buat ni adalah untuk protect diri Rya.
Sebab sekarang takde sape yang ada untuk protect Rya selain diri Rya sendiri.

Rya rasa Rya dah cukup ready untuk hidup sendiri sampai akhir hayat Rya.
Dari segi kewangan tu boleh diusahakan tapi dari segi mental Rya rasa Rya dah cukup bersedia.
I'm preparing myself to walk alone thru this journey of life.
I'm think I'm ready enough and strong enough.

P.s: biar mak yang carikan sendiri menantu dia kalau mak nak sangat bermenantu.  Hiks.

2.18.2013

Gift from Philipphine

Semalam masa amik Dania dan Dhiya, Dhiya bawak bersama mainan2 kecil ini.
The moment Rya tengok jeepney ni Rya dah tahu ianya dari Philipphines dan dapat agak dari siapa.
Danny punya Tita Jennifer yang hadiahkan atau lebih tepat lagi mummy baru anak2 Rya.
(Tita means Aunty dalam bahasa Tagalog)

A nite before Rya stalk FB Dania and its really hurt me when i descover someone calling Dania as her Dania.
Kenapa Rya mesti rasa tergugat?
Tak patut ada pun perasaan tu sebenarnya.
Sebab walau macam mana sekali pun, dia takkan boleh amik alih peranan Rya sebagai ibu kandung kepada anak2 Rya.
Someone yang statusnya sama macam Rya once advised me on twitter, 


Once I posted the gifts on Instagram ramai pulak yg komen beri semangat.
Terima kasih banyak2, Rya memang perlukan kata2 tu untuk teruskan hidup dengan lebih tabah dan kuat.

Thanks again. Awak nampak saya kuat, tapi saya percaya kalau awak berada ditempat saya awak pun mungkin akan jadi lebih kuat dan tabah dari saya.

p.s: The moment nampak seseorang yang pernah kita sayang, rasa nak lari pelok dia, dan taknak lepaskan lagi. But I have to admit, he is no longer mine. He is now with someone better than me, what I can only do is praying all the best for their marriage. I still love him as one of the person yang paling rapat pernah berada dengan Rya selepas ibubapa dan adik beradik Rya. He is now nobody to me except a stranger and a father to my kids. :)

Sepetang di Pullman Putrajaya

Pullmana Putrajaya atau lebih tepat lagi Pusat Reakreasi Air ni macam dah jadi tempat wajib untuk riadah kami anak beranak.
First time dulu datang sini sebab turutkan ajakan Kak Linda untuk bawak anak mandi2.
Pastu dah jadi tempat wajib kami singgah time hujung minggu.
Yerla ikutkan tempat ni dekat sangat dengan rumah Rya dan paling bes free.





Kat sini adalah port sesuai untuk orang datang buat photoshoot
Petang2 tambah2 hujung minggu ramai jer yang buat photoshoot wedding dan ade jugak yg pre wedding.
Sonok tengok baju2 pengantin dorang yang meriah2 tu.




Kali ni Rya bawak Bella dan Cicis sekali
Minggu lepas datang jumpe sorang rakan tweep @itsmelatiyuolls . 
Dia datang bawak kucing2 dia bersama dengan ibu dia.
So y not Rya pun  bawak Bella dan Cicis kuar jalan2 tengok dunia sekali sekala.
Takde la asyik terperap jer kat rumah tak kena cahaya matahari.


















OTW balik ke rumah, singgah di Taman Wetland
Naik pelantar pemandangan untuk lihat kawasan Putrajaya








Minggu ni pun Rya pegi lagi
Bawak Dania dan Dhiya bersama
itu nanti Rya story yer.

p.s: Pasni leh bawak bekal berkelah kat sini jer,