Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

12.24.2012

Hitam putih kehidupan

Mulai hari ni, nak post gambar sume hitam putih jer.
Simbolik kepada warna kehidupan Rya.

p.s: Yang penting, dalam hati tetap ada pelangi.

12.21.2012

My Lifetime Regret

Kadang-kadang terpikir jugak.
Sampai mati pun Rya tetap takkan dapat hilangkan rasa bersalah terhadap anak-anak sebab buat hidup dorang tak sama macam kawan-kawan yang lain.
Sorry Dania, Dhiya and Danny.
Sorry for making ur life like this.

p.s: Remember one thing, what ever happened, mummy will always loves u guys. :*

12.20.2012

Sekitar Suzuki AFF Cup 2012

 Suzuki AFF Cup telah pun berakhir dengan tempat ke final tidak dapat di tangan Harimau Melaya.
Kalau awak nak tahu, sepanjang hidup Rya 30 tahun ni, ini la pertama kali Rya kestadium menyaksikan perlawanan bola. Noob kan?

 So far 2 kali jer Rya pegi.
Pertama masa perlawanan Malaysia vs Singapura.
Time tu gigih korek tabung semata-mata nak beli tiket bola.
Tak de jersi Malaysia pun belasah jer pegi pakai baju biasa.

 Dan perlawanan semi final antara Malaysia vs Thailand Rya berkesempatan bawak Dhiya dan Danny sekali.
Tu pun sian masing2 lencun dek hujan pada malam tu.

 Seperti biasa Danny dan Dhiya memang excited kalau pegi tempat-tempat baru.
Tapi kejap jela excitednya tu.
Boleh nampak muka memasing masa time pegi hepi jer.
Dah lama2 masing2 muka ketat dan bosan.

 Kali kedua ni Rya pegi sebab ade orang sponsor tiket free.
Dan untuk Dhiya dan Danny memang masuk free sebab bawah 12 tahun.




 Hari tu jugak Rya beli baju jersi untuk kami bertiga.
Jersi bola ke2 Rya selepas jersi Spain.

 Tah bile lagi berkesempatan nak tengok bola kat stadium lagi macam ni.
Suatu pengalaman baru bagi Rya.



Inshaalah kalau ade masa lagi dan ade perlawanan menarik lagi boleh turun stadium lagi untuk beri sokongan.

p.s: Kami turun ke stadium sehati sejiwa.. 


12.14.2012

Sambutan Hari Jadi Danny

 Semalam lepas balik keje, Mummy singgah Jusco utk beli kek harijadi Danny.

 Teringin nak makan kek Secret Recipe, tapi disebabkan celebrate berdua jer dgn Danny kat rumah, maka beli 2 slice je.
Satu Mummy dan satu untuk Danny.

 Danny pilih Cappucino Cheese Cake, Mummy pulak pilih Tiramisu.

 Walaupun sambut berdua, Danny seem so excited.
Hanya ini yang Mummy mampu Danny.
At least ada gambar dan boleh dibuat kenangan.

 Tahun lepas ingat tak kita celebrate dengan kakak2 dan Daddy di Alamanda?
Walaupun masa tu Mummy dah berpisah dengan Daddy tp Daddy still boleh kuar sekali sekala dengan kita.
Tak macam sekarang kan? Call dan sms pun dah xder reply.

Ramai yang wish Danny, di twitter dan instagram.
Untung anak Mummy ni ramai yang sayang dia.
Tapi Mummy tahu jauh dalam sudut hati Danny, Danny mengharapkan wish dari org yg Danny sayang tapi xwish2 pun kan?
Xperla. Mummy tahu dia ingat dan sayang Danny tapi ego membataskan dia untuk call dan jumpa Danny utk wish.

Dan ini kek yang Mummy beli untuk hantar ke rumah Ibu Jah pengasuh Danny.

p.s: Sayang anak Mummy!

12.13.2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang Ke 3 Danny!

Hari ini, 3 tahun yang lepas Mummy dianugerahkan dengan sesuatu yang sangat2 berharga dalam hidup Mummy.
Tepat pukul; 12.09pm, bayi seberat 3.44kg selamat dilahirkan didunia di Hospital Selayang,
Mummy masih ingat lagi tika itu bayi yang masih berlendir dan berdarah itu diletakkan dalam dakapan mummy.
Di atas dada Mummy, Mummy boleh dengar hembusan nafas, degupan jantung dan regekan bayi kecil merah itu.

Kini 3 tahun berlalu, alhamdullilah Danny Rayyan masih berada dalam dakapan Mummy.
Dan Mummy harap untuk beberapa dekad lagi, Danny akan terus sentiasa setia berada di samping Mummy.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke3 wahai puteraku Danny Rayyan.
Moga membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh.
Ingatlah segala pengorbanan yang Mummy telah lakukan untuk berada disamping Danny dan kekalkan Danny di bawah penjagaan Mummy.
Mummy tak mintak banyak, cukuplah kasih sayang dan kegembiraan yang Danny berikan untuk Mummy.
Mummy sangat2 bahagia disamping Danny.
Terima Kasih Danny.
Mummy loves you so much.

p.s: Bilamana orang lain datang dan pergi dalam hidup Mummy, Mummy cuma berharap agar Danny kekal dengan Mummy untuk menjaga Mummy hingga akhir nyawa Mummy nanti.


12.12.2012

Annual Concert and Graduation 2012 Smart Reader Dhiya


Hari Ahad lepas berlangsung Dhiya punya concert dan graduation day.
Bertempat di Auditorium Kuis, Bandar Seri Putra.
Dua tiga hari sebelum tu lagi Daddy Dhiya call suh temankan Dhiya sebab katanya dia xder minggu tu.

Hari Sabtu petang Rya dan amik Dhiya dari rumah neneknya.
Bawak pegi Alamanda beli kasut sebab Dhiya takde kasut cantik.
Dan bebear tu Rya belikan untuk Dhiya sebab dah banyak kali Dhiya mintak dibelikan Bebear.
Tapi dia tinggal kat rumah Rya, sebab taknak bawak balik ke rumah nenek. Takut nenek marah katanya. 

Dan dihari kejadian seawal pukul 730 pagi Rya, Dhiya dan Danny dah berada di KUIS dan menjadi antara orang terawal sampai.
Dapat la seat paling depan sekali sebab senang nnti nak amik gambar.



 Selepas mendaftar teacher dia bagi fail yang berisi sijil tamat belajar tahun 5 dan juga gambar2 konsert dan gambar kelas Dhiya.

 Acara concert adalah persembahan tarian dari setiap kelas.
Dhiya dan kawan2 sekelas menari lagu Bollywood bertajuk Jaihoo..

 Diakhir concert disampaikan anugerah special achievement.
Tak sangka Dhiya dapat anugerah 'Most Cooperative Student 2012'

 Me really enjoy myself that day, 
N rasanya Dhiya pun macam tu jugak.
Alhamdullilah masih berpeluang melihat hari2 bersejarah anak2.
Harap2 esok2 masih berpeluang macam ni lagi

p.s: Alhamdullilah. Seronok bila tengok anak2 gembira. Mummy tumpang gembira sekali.