Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

11.29.2012

Yang awak tidak tahu..

Awak mungkin nampak saya kuat.
Dan awak mungkin mengagumi ketabahan saya,
Tapi dalam hati, saya menangis dan memohon agar diri saya ditabahkan lebih kuat lagi.

p.s: Awak apa tahu?

11.14.2012

Danny dan Tonsilitis

Semuanya bermula pada pagi Ahad 4/11/2012 tempoh hari.
Danny bangun seperti biasa, minta dibuatkan milo.
Lepas abis sebotol, terus muntah balik semula.
Mummy marah Danny, sebab macam selalu2 Danny suka muntahkan balik ape Danny makan dan minum.

Kemudian mummy Danny mummy buatkan susu.
Macam tu jugak abis kuar balik semula susu tu.
Sampa bawak ke tengahari, apa yang Danny minum/ makan sume keluar balik.

 Dah sampai lembik dah Danny mummy tengok.
Sebab dah muntah lebih 10x.
Kesian pulak tengok perut Danny masih belom terima apa2 makanan sejak pagi.

Mummy bawak Danny pegi Klinik Qistina, klinik yang selalu Mummy bawak Danny kalau Danny tak sihat.
Doktor syak Danny keracunan makanan.
Tapi musykil pulak sebab Danny xder la kena cirit birit jugak.
Dan semalam Danny makan dan minum apa yang Mummy makan.
Danny makan dinner yang mummy masak kat rumah semalam.

 Sebab keadaan Danny yang dah lembik tu, Doktor syorkan terus bawak pegi klinik untuk cek darah dan masukkan air.
Doktor bagi surat refferal suruh terus pegi ke unit kecemasan Hospital Serdang.

 Mummy langsung bawak Danny ke sana ditemani dengan Uncle Topan.
Sepanjang perjalanan, Danny muntah lagi.
This time dah xder mende dah Danny nak muntah.
Cuma kuar cecair asid dalam perut kaler kuning2 tu. 

 Time tu memang Danny dah lembik gile.
Diam tak berkata2 pun.
Senyap jer, risau pulak Mummy Danny macam tu.

Then bila Doktor cek, Danny kena tonsilitis macam Mummy pernah kena dulu.
Tonsil Danny bengkak dan hampir tutup saluran pernafasan.
Doktor tanya nak warded tak? Ofkos la Mummy jawab kalau boleh memang la taknak.
So Doktor suruh Mummy balik rumah dan pujuk bagi Danny makan dan minum sikit.
Doktor bagi ubat antibiotik, garam dehidration dan ubat demam in case kalau demam.

 Doktor bagi suruh untuk refer Danny ke pakar ENT.
Mummy dah pegi untuk dapatkan appointment.
25 Dis ni mummy kena bawak Danny untuk cek. 

Balik dari hospital Danny tido jer.
Pukul 9+mlm baru Danny bangun
Alhamdullilah dah ceria sikit.
Mummy bagi air masak, kemain banyak Danny minum.
Padahal sebelum ni air masak memang tak pandang langsung.
Mummy buatkan nasi goreng. Danny makan.
Danny muntah jugak sikit, tapi dah tak sebanyak pagi tadi.
At least makanan tu sampai jugak ke perut kan?

Hari2 seterusnya Danny still muntah jugak.
Tapi lama2 dah kurang2 sikit.
Mummy risau camner la keadaan Danny kalau kena operate buang tonsil tu nanti..
Masa mummy kena dulu pun hazab betul rasa time nak recover, Danny lagi la.
Ape2 pun, Danny kena tabah hadapai semua tu tau. Mummy tau Danny kuat macam Mummy jugak.
Nanti kita sama2 harungi susah perit tu nanti k.
Jangan risau, Mummy will always be my ur side.

p.s: Teringat masa pas operate tonsil dulu, mak datang melawat kt hospital dan menangis tengok penderitaan aku, aku syak bila aku dalam situasi yang sama macam mak, tengok anak sendiri sakit mesti aku nangis lebih hebat lagi. Erm, kalau la boleh Mummy tukar agar segala kesakitan Danny biar Mummy jer yang tanggung. :(
Cerita pasal Mummy kena operate tonsil ada disini.