Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

9.17.2012

Update tentang Danny

So far seminggu ni Danny dengan Rya alhamdullilah, semua pun ok.
Tapi Danny kadang2 masing fobia takut Rya tinggalkan dia.
Tak boleh langsung Rya hilang dari mata dia. Even kalau Rya ke dapur pun Danny dah nangis2.
Kalau time tidur lagilah. Kalau terjaga mesti menangis.
Belum pernah lagi dia tidur xterjaga dan tak menangis.

2-3 hari ni Rya bawak Danny ke opis.
Even masa jamuan hari raya Mardi tu pun Rya heret sekali.
Seperti biasa, Danny memang taknak dengan orang. Risau agaknya orang ambik dia dan pisahkan dari mummy dia lagi.
Dan hari2 selebihnya kawan Rya tolong jagakan.
Alhamdullilah, Danny ok je kalau Rya takde.
Kalau Rya ade je dia nyer ngade tu berlebih2.

Sepanjang minggu lepas, Rya banyak beli baju2 untuk Danny since Daddy dia cuma bagi sebeg kecil baju Danny yang lama2.
Nak taknak terpaksa la Rya belikn Danny baju baru sebab takkan nak hantar Danny dekat pengasuh nanti dengan baju2 buruk.
I wonder mana baju2 Danny yang Rya belikan untuk anak2 since sejak dulu pun memang Rya yang belikan baju anak2.
Tak perla, benda tu Rya masih mampu untuk belikan.
So tak menjadi masalah.

Bercakap pasal nafkah anak, daddy Danny ckp dia akan supplykn susu dan pampers Danny dan cuma akan bayar separuh dr bayaran hantar Danny ke pengasuh.
Erm, entahlah bagi Rya itu x fair sebab tanggungjawab masih atas dia even Danny dibawah jagaan Rya.
Alasan dia, dia xnak bagi sebab takut Rya guna nafkah anak tu untuk kepentingan Rya sorang.
Sorry la yer. Bab duit, gaji Rya alhamdullilah dah lebih dari cukup.
Cuma Rya mintak dia bayar penuh harga pengasuh disamping bg susu dan pampers Danny tiap2 bulan.
Makan minum Danny, baju2 dan keperluan yg lain xper, Rya uruskan.

Abis bab tu..
Berbalik pada Danny.
Danny sekarang manjanya berlebih2. Mengada2 nya lagila.
Kalau pegi memana, kalau nmpak kereta mainan tu dia punya meronta satu mall boleh dengar. Kalau bagi dia main, then ok xper la. Ni pas main nak main dan main lagi.
Danny sayang, Danny kena ingat, bukan semua yang Danny nak Danny boleh dapat tau sayang.
Dengar cakap mummy yer sayang.

Esok, first day Rya akan hantar Danny ke pengasuh yg rumahnya berdekatan dengan opis Rya.
Kak Jah namanya.
Kita tengoklah macam mana. Cuma Rya jangkakan ianya pasti sukar buat Danny dan juga mummy.
Barang2 Danny pun awal2 lagi Rya dah siapkan dan Rya dah bagitau tahu awal2 kat Danny yg esok Danny kena duduk dgn org lain.
Sorry yer sayang, mummy kena pegi work. Mummy terpaksa tinggalkan Danny sekejap.

Danny jangan sedih2 sebab mummy tak suke tengok Danny sedih.
Kalau Danny sedih, mummy lagi lah bertambah sedih.
Danny has to be strong, so nanti Danny boleh jaga mummy dan juga protect mummy kan?
Mummy cuma boleh harapkan Danny untuk jaga mummy bila mummy dah tua nanti.
Sebab mummy dah takde sape2 yg nak tolong tengokkan mummy nanti.
Bahagia mummy sekarang hanya ada pada Danny. Danny lah cinta mummy dunia akhirat.
Insyallah Danny takkan tinggalkan mummy macam yang lain2 tinggalkan mummy kan?
X dapat mummy bayangkan macam mana keadaan mummy nanti tanpa Danny.
Biarlah macam mana susah pun mummy, Danny kekal bawah jagaan mummy sampai bila2.
Mummy sayang Danny sampai mummy mati. Itu janji mummy.

P.s: untuk dapatkan sesuatu yang kita nak, kita kena lepaskan sesuatu yg menjadi milik kita. Untuk Dapatkan danny, mummy terpaksa lepaskan sesuatu yg mummy sayang. Mummy percaya apa yang berlaku adalah yang dah tersusun dan yang terbaik buat mummy dan Danny. Moga kebahagian itu tetap menjadi milik kekal mummy dan Danny. Insyallah.


5 comments:

  1. you go girl. be strong. may Allah bless you. just remember that whoever step on your toes today will be kissing your feet tomorrow.

    ReplyDelete
  2. owh, danny dh duk dgn rya ye.. sedihnya baca.. moga rya lebih tabah..

    ReplyDelete
  3. Semoga segala doa Rya utk Danny termakbul..

    Danny, anak lelaki mummy rya, wlaupon danny xau apa itu tanggungjawab, sbg seorang anak lelaki, wlaupon Danny da besar n kawin nnt, tanggungjawab danny jaga mummy rya sampai bila2...

    Insyallahh Rya, Danny pasti akan jadi insan yg terbaik yg mampu menjaga rya... Fit doakan rya n danny kuat hadapi ujian yg mendatang...

    DIA berikan ujian yg mampu kta tempuh, dan DIA x akan berikan ujian yg x mampu kita tempuh... :)

    ReplyDelete
  4. Menitis air mata saya ..kuatkan semangat.. :)

    ReplyDelete
  5. Salam Rya....

    Maaf ya.... akak cuma nak membantu dan memberi pandangan sahaja, terpulang Rya.....

    Lembutkan hati anak2 dengan zikir Ya Latiff....bacakan di telinganya waktu dia dalam dakapan masa nak tidur atau bila2 masa....

    Bacakan ayatul Qursi dan surah Al Insyirah setiap kali Rya bersamanya, tak kira bila dan di mana....Lepas solat ajaklah dia duduk di riba dan mengaji bersamanya..

    Setiap malam dengarkan bacaan Al Quran berlagu spt Surah AlMulk oleh Syeikh Misyari AlFasyi yg boleh disimpan di handfon dan pasangkan sebelum tidur.... InsyaAllah nanti lama2 anak akan hafaz surah tu

    http://www.youtube.com/watch?v=qUpCxdWp9jk

    Ini pun bagus juga, Nyanyian zikir oleh Hafiz

    http://www.youtube.com/watch?v=9NcS_2Io9t4

    InsyaAllah anak2 akan lembut hati dengan selalu mendengar ayat2 alQuran.....

    Semoga Rya tabah dan Danny jadi anak Soleh...

    ReplyDelete