Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

9.07.2012

Akhirnya Danny kembali ke pangkuanku


Pukul 10pm tadi Rya tiba di Anjung Suasana, Bandar Seri Putra.
Mengambil Danny untuk pulang ke pangkuan Rya setelah setahun Rya dipisahkan dengan Danny.
Semuanya bermula sejak seminggu yang lepas bilamana Daddy Danny menyuarakan pendapat supaya Rya ambil alih menjaga Danny.
Alasan dia, Danny murung. Kurang bercakap, kurang bermain.
Rya hairan jugak sebab bila hujung minggu Rya ambil Danny ke rumah Rya, Danny happy jer. 
Suka jer dia main-main dengan anak-anak kucing Rya yang sekarang dah ade 4 ekor.

Cuma bila masa Rya hantar Danny balik, Daddy nangis-nangis, meronta-ronta nak ikut Rya balik.
Rupanya mungkin sebab itu Danny murung.
Alhamdullilah, Rya terima dengan hati yang sangat terbuka.
Memang itu yang Rya inginkan sejak dari Rya berpisah dengan Daddy Danny.
Cuma tak dapat persetujuaan dari dia sebab dia kata dia taknak pisahkan Danny dari kakak2nya.
Dan juga katanya kalau anak-anak berada bawah jagaan Rya, nanti hidup diorang tak berjamin dan tak ada masa depan.
Ok.
:(

Kali ini Rya akan pastikan semua persetujuan dihitam putihkan.
Rya taknak lagi Danny dicampak sekejap ke sana sekejap ke sini.
Biar selamanya Danny di bawah jagaan Rya.
Rya tak ada masalah kalau dia nak ambil Danny sekali sekala.

Cuma Rya ralat sangat sebab masa Rya minta jaga Danny sebab masa tu Danny masih menyusu badan dengan Rya, tapi ditolak bulat-bulat.
Rya cuma sempat menyusu Danny selama setahun tujuh bulan.
Rasa kecewa sebab tak dpat nak menyusukan Danny dengan susu Rya macam yang Rya nak, selama 2 tahun.
Tapi yerlah, kita hanya mampu untuk merancang kan?


Masa Rya ambil Danny tadi, cuma ada Daddy dan Kakak Dania.
Kakak Dhiya dah tidur. Sedih Rya sebab tak dapat jumpa Dhiya.
Kalau tak mesti tak berhenti mulut Dhiya tu nak bercerita macam-macam.

Malam ini, perasaan bercampur baur.
Antara gembira sebab dapat tidur sambil peluk Danny dan sedih sebab satu perkara yang diberitahu oleh Daddy Danny sebentar tadi.
I know this moment will come, tapi sungguh Rya tak sangka ianya secepat ini.
Mungkin berita yang Rya dapat tahu ini salah satu sebab kenapa Danny diserahkan kembali di bawah jagaan Rya.

Berita gembira buat dia, yang menjadi berita sedih buat Rya.
Bohonglah kalau Rya kata Rya tak sedih.
Sedih, tapi macam mana pun benda ini suatu hari nanti Rya kena hadapai juga.
Dan Rya berharap sangat, bila hari bersejarah itu tiba, Rya dah punya cukup kekuatan untuk menghadapinya malah Rya mampu untuk tersenyum bilamana Rya lihat dia mengharungi detik-detik awal kebahagiaan hidup dia nanti.

Rya taknak cerita panjang lagi, biarlah malam ni Rya happy-happy jer dengan Danny.
Alhamdullilah, syukur sangat-sangat.
Rya tak nak miss lagi tengok perkembangan Danny.
Rya nak Danny membesar depan mata Rya lepas ni.

Ini yang dah Dia susun untuk Rya.
Ini yang terbaik untuk Rya.
Rya terima, redha, bersyukur dengan apa yang telah Rya berjaya harungi selama ini.
Rya takkan tahu Rya kuat kalau Dia tak bagi Rya ujian untuk Rya harungi.
Dan Rya akan jadi kuat bilamana menjadi kuat itu adalah satu-satunya pilihan yang Rya ada.

Selamat malam.
I sleep with a smile and tears on my face tonight.
Moga esok diberikan kekuatan buat Rya lagi dan sedikit kebahagiaan buat Rya teruskan hidup bersama Danny.
Assalamualaikum.

p.s: Stalking itu menyakitkan, tapi itu juga yang kita suka buat kan?

6 comments:

  1. baca entry ni dengan perasaan bercampur baur juga..happy untuk yuyu dan unhappy utk satu lagi tu. tak apalah yuyu, yang penting danny dahada dengan yuyu dan moga hari2 yuyu bertambah ceria. :)

    ReplyDelete
  2. syukur, suatu berita gembira...semoga danny menguatkan rya demi masa depan.
    akan tiba masanya nanti rya temui bahagia yg baru juga, doakan kebahagian daddy danny dgn pasangan barunya semoga bahagia itu juga terpalit pada rya.

    danny jaga mummy baik2 tau...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, as a mom, siapa yang sanggup dipisahkan dengan anak2 kita. Kita yang mengandungkan dan melahirkan. Semoga Rya juga beroleh kebahagian disamping Danny dan juga the girls.

    ReplyDelete
  4. oja, being honest, aku selalu follow citer ko after lepas ko berpisah, but this entry yang paling berjaya wat aku menangis.Allahuakhbar. aku nak jumpa ko, tapi kekangan kerja dan masa selalunya. Alhamdulillah, Insyaallah Allah akan mudahkan jalan bagi mereka yang sabar

    ReplyDelete
  5. sedih aku baca entry hang oja. tapi gembira untuk hang sebab anak hang dah kembali ke sisi hang.

    mula2 dulu aku tak paham bila baca entry2 hang yang dulu tapi la ni aku dah faham dah. be strong..

    ReplyDelete