Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

9.19.2012

Minggu yang kelam kabut.

Minggu ni minggu yang agak kelam kabut bagi Rya.
Dengan isu kerja yang banyak dan pada satu2 masa yg nak kena disettlekan segera.
Dengan masalah Danny yang baru nak hantar ke Mak Jah.
Dengan isu personal yang tak pernah selesai.

P.s: mohon jangan ditambahkan lagi masalah. Berserabut perut dah ni.



9.17.2012

Update tentang Danny

So far seminggu ni Danny dengan Rya alhamdullilah, semua pun ok.
Tapi Danny kadang2 masing fobia takut Rya tinggalkan dia.
Tak boleh langsung Rya hilang dari mata dia. Even kalau Rya ke dapur pun Danny dah nangis2.
Kalau time tidur lagilah. Kalau terjaga mesti menangis.
Belum pernah lagi dia tidur xterjaga dan tak menangis.

2-3 hari ni Rya bawak Danny ke opis.
Even masa jamuan hari raya Mardi tu pun Rya heret sekali.
Seperti biasa, Danny memang taknak dengan orang. Risau agaknya orang ambik dia dan pisahkan dari mummy dia lagi.
Dan hari2 selebihnya kawan Rya tolong jagakan.
Alhamdullilah, Danny ok je kalau Rya takde.
Kalau Rya ade je dia nyer ngade tu berlebih2.

Sepanjang minggu lepas, Rya banyak beli baju2 untuk Danny since Daddy dia cuma bagi sebeg kecil baju Danny yang lama2.
Nak taknak terpaksa la Rya belikn Danny baju baru sebab takkan nak hantar Danny dekat pengasuh nanti dengan baju2 buruk.
I wonder mana baju2 Danny yang Rya belikan untuk anak2 since sejak dulu pun memang Rya yang belikan baju anak2.
Tak perla, benda tu Rya masih mampu untuk belikan.
So tak menjadi masalah.

Bercakap pasal nafkah anak, daddy Danny ckp dia akan supplykn susu dan pampers Danny dan cuma akan bayar separuh dr bayaran hantar Danny ke pengasuh.
Erm, entahlah bagi Rya itu x fair sebab tanggungjawab masih atas dia even Danny dibawah jagaan Rya.
Alasan dia, dia xnak bagi sebab takut Rya guna nafkah anak tu untuk kepentingan Rya sorang.
Sorry la yer. Bab duit, gaji Rya alhamdullilah dah lebih dari cukup.
Cuma Rya mintak dia bayar penuh harga pengasuh disamping bg susu dan pampers Danny tiap2 bulan.
Makan minum Danny, baju2 dan keperluan yg lain xper, Rya uruskan.

Abis bab tu..
Berbalik pada Danny.
Danny sekarang manjanya berlebih2. Mengada2 nya lagila.
Kalau pegi memana, kalau nmpak kereta mainan tu dia punya meronta satu mall boleh dengar. Kalau bagi dia main, then ok xper la. Ni pas main nak main dan main lagi.
Danny sayang, Danny kena ingat, bukan semua yang Danny nak Danny boleh dapat tau sayang.
Dengar cakap mummy yer sayang.

Esok, first day Rya akan hantar Danny ke pengasuh yg rumahnya berdekatan dengan opis Rya.
Kak Jah namanya.
Kita tengoklah macam mana. Cuma Rya jangkakan ianya pasti sukar buat Danny dan juga mummy.
Barang2 Danny pun awal2 lagi Rya dah siapkan dan Rya dah bagitau tahu awal2 kat Danny yg esok Danny kena duduk dgn org lain.
Sorry yer sayang, mummy kena pegi work. Mummy terpaksa tinggalkan Danny sekejap.

Danny jangan sedih2 sebab mummy tak suke tengok Danny sedih.
Kalau Danny sedih, mummy lagi lah bertambah sedih.
Danny has to be strong, so nanti Danny boleh jaga mummy dan juga protect mummy kan?
Mummy cuma boleh harapkan Danny untuk jaga mummy bila mummy dah tua nanti.
Sebab mummy dah takde sape2 yg nak tolong tengokkan mummy nanti.
Bahagia mummy sekarang hanya ada pada Danny. Danny lah cinta mummy dunia akhirat.
Insyallah Danny takkan tinggalkan mummy macam yang lain2 tinggalkan mummy kan?
X dapat mummy bayangkan macam mana keadaan mummy nanti tanpa Danny.
Biarlah macam mana susah pun mummy, Danny kekal bawah jagaan mummy sampai bila2.
Mummy sayang Danny sampai mummy mati. Itu janji mummy.

P.s: untuk dapatkan sesuatu yang kita nak, kita kena lepaskan sesuatu yg menjadi milik kita. Untuk Dapatkan danny, mummy terpaksa lepaskan sesuatu yg mummy sayang. Mummy percaya apa yang berlaku adalah yang dah tersusun dan yang terbaik buat mummy dan Danny. Moga kebahagian itu tetap menjadi milik kekal mummy dan Danny. Insyallah.


9.12.2012

Kepulangan Pepelicious yang Dinanti

Dari hari Rabu membawa ke hari Jumaat dan akhirnya ke hari Isnin.
Terpaksa lah Rya mintak cuti hari Isnin tu.
Rya naik bas dari Hentian Kajang bersama Danny dan Topan pukul 9.30pagi.
Sampai Butterworth pukul 4.30 petang.
Tu pun Rya risau sangat takut tak sempat nak amik sebelum opis dia tutup pukul 6 petang.
Nasib baik ada kawan twitter @keddakhobbit dok sana dan sudi jemput kami dari terminal bas dan bawak kami ke bengkel kete tersebut.

Tu pun bila sampai sana, kereta belum totally ready untuk diserahkan.
Barulah nak pasang penutup reverse sensor, baru lah nak cuci conteng2 kat cermin kete dan barulah nak amik gambar untuk proses insurans.
Alih-alih pukul 6.30 baru siap. Time tu pun kedak dah terpaksa beransur meninggalkan kami di bengkel tu sebab ada urusan lain.
Terima kasih banyak-banyak Kedak!


Lepas ambil kereta, makan nasi kaat kedai nasi kandar berdekatan, singgah stesen minyak bersihkan kereta sikit dan langsung terus bertolak balik KL pukul 7 malam.
Hujan rintik-rintik menemani sepanjang perjalanan.

Oh ya, Rya tak singgah pun ke Kedah berjumpa mak dan abah sebab teringatkan pesanan abah di entry Rya sebelum ni.
Abah cakap macam tu sebab abah malu dengan pandangan jiran-jiran agaknya.
Xper la. Selagi Rya berstatus macam ni, Rya takkan balik. Nanti mak dan abah malu sebab Rya balik tanpa suami.
Salah mak dan abah jugak sebab nak rahsiakan status Rya dari jiran-jiran dan sedara-sedara.
Xper la, jangan risau. Rya takkan malukan mak dan abah lagi. Selagi Rya mampu, Rya takkan susahkan mak dan abah lagi.

Cukupla sebulan kereta Rya tersadai di bengkel.
Start dari 4/8 ritu excident sampailah Rya ambil semalam 10/9.
Nak kira berapa Rya berhabis semalam ketiadaan kereta ni?
Sewa kereta RM550+RM450+RM200
Belom masuk lagi harga tiket bas Rya ulang alik KL ke sana.

9.09.2012

Pesan mak dan abah.

Mak: Toksah berkawan dengan lelaki.
Abah: Aku taknak hang bawak balik lelaki ke rumah aku.

P.s: Noted. ≧﹏≦

9.07.2012

Akhirnya Danny kembali ke pangkuanku


Pukul 10pm tadi Rya tiba di Anjung Suasana, Bandar Seri Putra.
Mengambil Danny untuk pulang ke pangkuan Rya setelah setahun Rya dipisahkan dengan Danny.
Semuanya bermula sejak seminggu yang lepas bilamana Daddy Danny menyuarakan pendapat supaya Rya ambil alih menjaga Danny.
Alasan dia, Danny murung. Kurang bercakap, kurang bermain.
Rya hairan jugak sebab bila hujung minggu Rya ambil Danny ke rumah Rya, Danny happy jer. 
Suka jer dia main-main dengan anak-anak kucing Rya yang sekarang dah ade 4 ekor.

Cuma bila masa Rya hantar Danny balik, Daddy nangis-nangis, meronta-ronta nak ikut Rya balik.
Rupanya mungkin sebab itu Danny murung.
Alhamdullilah, Rya terima dengan hati yang sangat terbuka.
Memang itu yang Rya inginkan sejak dari Rya berpisah dengan Daddy Danny.
Cuma tak dapat persetujuaan dari dia sebab dia kata dia taknak pisahkan Danny dari kakak2nya.
Dan juga katanya kalau anak-anak berada bawah jagaan Rya, nanti hidup diorang tak berjamin dan tak ada masa depan.
Ok.
:(

Kali ini Rya akan pastikan semua persetujuan dihitam putihkan.
Rya taknak lagi Danny dicampak sekejap ke sana sekejap ke sini.
Biar selamanya Danny di bawah jagaan Rya.
Rya tak ada masalah kalau dia nak ambil Danny sekali sekala.

Cuma Rya ralat sangat sebab masa Rya minta jaga Danny sebab masa tu Danny masih menyusu badan dengan Rya, tapi ditolak bulat-bulat.
Rya cuma sempat menyusu Danny selama setahun tujuh bulan.
Rasa kecewa sebab tak dpat nak menyusukan Danny dengan susu Rya macam yang Rya nak, selama 2 tahun.
Tapi yerlah, kita hanya mampu untuk merancang kan?


Masa Rya ambil Danny tadi, cuma ada Daddy dan Kakak Dania.
Kakak Dhiya dah tidur. Sedih Rya sebab tak dapat jumpa Dhiya.
Kalau tak mesti tak berhenti mulut Dhiya tu nak bercerita macam-macam.

Malam ini, perasaan bercampur baur.
Antara gembira sebab dapat tidur sambil peluk Danny dan sedih sebab satu perkara yang diberitahu oleh Daddy Danny sebentar tadi.
I know this moment will come, tapi sungguh Rya tak sangka ianya secepat ini.
Mungkin berita yang Rya dapat tahu ini salah satu sebab kenapa Danny diserahkan kembali di bawah jagaan Rya.

Berita gembira buat dia, yang menjadi berita sedih buat Rya.
Bohonglah kalau Rya kata Rya tak sedih.
Sedih, tapi macam mana pun benda ini suatu hari nanti Rya kena hadapai juga.
Dan Rya berharap sangat, bila hari bersejarah itu tiba, Rya dah punya cukup kekuatan untuk menghadapinya malah Rya mampu untuk tersenyum bilamana Rya lihat dia mengharungi detik-detik awal kebahagiaan hidup dia nanti.

Rya taknak cerita panjang lagi, biarlah malam ni Rya happy-happy jer dengan Danny.
Alhamdullilah, syukur sangat-sangat.
Rya tak nak miss lagi tengok perkembangan Danny.
Rya nak Danny membesar depan mata Rya lepas ni.

Ini yang dah Dia susun untuk Rya.
Ini yang terbaik untuk Rya.
Rya terima, redha, bersyukur dengan apa yang telah Rya berjaya harungi selama ini.
Rya takkan tahu Rya kuat kalau Dia tak bagi Rya ujian untuk Rya harungi.
Dan Rya akan jadi kuat bilamana menjadi kuat itu adalah satu-satunya pilihan yang Rya ada.

Selamat malam.
I sleep with a smile and tears on my face tonight.
Moga esok diberikan kekuatan buat Rya lagi dan sedikit kebahagiaan buat Rya teruskan hidup bersama Danny.
Assalamualaikum.

p.s: Stalking itu menyakitkan, tapi itu juga yang kita suka buat kan?