Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

8.07.2012

Trajedi 4 Ogos 2012

Sabtu baru2 ni, Rya dan anak2 balik kampun ke Sg Petani.
Lepas jemput anak2 di rumah nenek dorang pagi tu Rya langsung memulakan perjalanan.
Masa time Rya bertolak tu pun dah pukul 12 tgh hari.

Sepanjang perjalanan memang Rya mengantuk.
Riuk pikuk anak2 pundah tak boleh nak mencelikkan mata Rya.
2-3 kali Rya berhenti di RnR untuk tido dan hilangkan rasa mengantuk tu sekejap.

Selepas kuar dari Tol Juru, di KM137 hujan turun rintik2.Tapi itu tak memberhentikan dari anak2 Rya bermain dan menyanyi dalam kereta.
Sesekali Rya ikut dorang menyanyi lagu Untuk Dia, hey!
Keadaan masa tu agak jem.

Malang tak berbau, dalam pada tenga jem tu, kereta depan Rya (Altis) brek mengejut.
Rya pun terpaksa brek mengejut jugak dan sempat tahan tangan di tgh2 kerusi sebab takut anak2 tercampak ke depan.
Lega sebab sempat brek dan tak hentam kereta depan.

Malangnya, tak habis disitu je, kereta belakang (Hyundai Accent) yg memandu agak laju time tu tak sempat brek dan hentam kereta Rya.
Dan sebab tu kereta Rya hentam pulak kete depan sebab jarak agak dekat. 
Kereta depan Rya pulak hentam kereta depan dia.
So bermakna 4 kereta la berbabit dalam kemalangan ini.

 Ini keadaan Hyundai Accent yang hentam kete Rya tu.
Agak teruk sebab dia hentam time laju.

 Ini pulak kereta depan Rya, Altis yang Rya hentam tu.
Depan dia xder ape sangat, kereta depan dia pun xder ape sangat.

Alhamdullilah, anak2 ok walaupun dorang tercampak ke depan sewaktu kena hentam tu.
Dari riuh rendah terus senyap.
Dhiya nangis, Dania cuma nangis bila cakap otp dengan Dadd dia.
Mummy? Ofkos Mummy nangis! 1st time kot accident sejak 10+ tahun bawak kereta.

Bila accident tu, ramai betul callman yang datang. Cepat pulak tu.
Orang ni ckp cmni, orang tu cakap camtu, sampaikan Rya tak leh nak pikir ape2 dah.
Last2 Rya tawakal je ikut cakap sorang callman melayu ni. Rizal nama dia.
Dia yg call kereta untuk bawak Rya dan anak2 ke balai polis cawangan traffic Bukit Mertajam.


 Dan ini sume keadaan kereta Rya lepas accident tu.
Dari tempat kejadiaan terus tow ke Balai Polis Bukit Mertajam.
Rya tunggu turn agak lama untuk buat report, sampaikan terpaksa berbuka dengan hanya setin soya.

Alhamdullilah, Rya ade kenalan twitter yang duduk area situ. @LuthfiMY namanya.
Lepas kena je accident, terus talipon dia suruh dia datang.
Dia lah jugak yang tolong hantar Rya dan anak2 ke rumah mak di Sp.

Lepas call Abah, abah cakap nak datang. 
tapi Rya tak bagi sebab kesian Abah nak datang jauh2 dalam keadaan jem macam tu.
Nak cari tempat kejadiaan lagi satu hal.
Nasib baik Luthfi ada, kalau tak nangis jugak Rya kat situ sebab xder saper2 teman.

Perancangan Rya untuk raya nanti x diizinkan olehNya.
Ternyata Dia ada perancangan yang ebih baik untuk Rya.
Raya nanti Rya bakal beraya tanpa kereta, sebab Rya ingat memang takkan sempat kereta siap repair dalam masa 2 minggu je lagi ni.

Susah la sikit sekarang, pegi balik keje nak kena tumpang orang.
Rasa segan tu memang tebal.
Sebab Rya jenis xsuke nak susahkan orang, biar Rya susah sorang xper.
Tapi I have no choice, nak tak nak kena mintak tolong orang jugak.
Orang sudi ke tak blkg kira, janji Rya dah usaha tebalkan muka mintak tlg orang.

ps: Dah xde mood nak beraya tahun ni. Sama jgk macam tahun lepas yg tak beraya. Trajedi bulan Ramadhan berulang lagi tahun ini. 

8.01.2012

#TwtupBerbuka 2012

Hari Sabtu lepas bersamaan dengan 21 July 2012, komuniti twitterjaya telah mengadakan satu majlis berbuka puasa sambil meraikan anak2 yatim.
Majlis ini diketuai oleh @Aidasue dan @Urasnobucho
Ianya diaadakan di Kampung Pengantin, Setapak KL.

 Rya tiba agak lewat sebab Rya pick up @Anne_Tan di Wangsa Maju.
Dari Wangsa Maju ke lokasi tersebut dah tak jauh mane.
Lokasi kampung Pengantin ni terletak di bangunan berhadapan dengan Hospital Columbia Asia.

 Di majlis ini anak-anak yatim diraikan.
Pemberian duit raya juga berlangsung.
Sedih jugak tengok diorang.
Kecil2 lagi dah bergelar yatim piatu.
Kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah anak2 kecik ini tapi luka di dalam hati siapa tahu kan?

 Apa yang Rya boleh katakan majlis ini berlangsung dengan jayanya dan meriah.
Tweeps2 yang hadir pun seronok sebab dapat jumpe dan bergambar dengan tweeps2 lain.
Ade yang Rya baru first time jumpe, ade yang dah selalu lepak bersama.

 Majlis ini juga disulami dan diceriakan lagi dengan hiburan nyanyian dari tweeps dan juga anak2 yatim itu sendiri.
Sayu jer dengar dorang menyampaikan lagu.

 Inilah @Aidasue, tulang belakang dan orang yang menjayakan majlis ini.
Rata2 sume orang di twitter kenal dengan Aida sebab dia selalu menganjurkan aktiviti2 amal terutama #TwtupQaseh
Sape yang ade twitter tapi tak kenal Aida, boleh delete twitter anda sekarang.

 Selain dari nyanyian ada juga pemberian cabutan bertuah untuk tweeps dan anak2 yatim yang bertuah.
Juga oleh kerana tema majlis adalah Ala Kampung, makanya best dress memenangi hadiah sebuah telipon bimbit sumbangan dari penganjur iaitu TuneTalk.

 Rata2 tweeps yang hadir tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan tweeps yang lain.
Cuma gambar Rya tak banyak, ade la dua-tiga keping je sebab Rya busy melayan karenah danny.

 Dalam pada sibuk melayan karenah Danny, sempat jugak Rya snap beberapa keping gambar anak kesayangan Rya ni dengan berbekalkan kamera hp Rya.

Majlis ini berjalan dengan lancarnya.
Untuk kamu2 diluar sana yang ingin menyertai aktiviti ini boleh sign up untuk bukak akaun twitter dan sertai semua aktiviti yang Twitterjaya adakan.
Next, mungkin akan diadakan TwtupBerbuka seperti yang Rya hadiri tahun lepas.

Yang mana masih belom follow Rya di twitter boleh follow di sini
Atau boleh search nama @RyaAmani di twitter anda.
Terima kasih!
Pictures credited to @aaakems dan @HahnAfs

p.s: Danny, bersyukurlah sebab sekurang2nya Danny masih ada Mummy dan Danny, tak seperti mereka yang sudah tidak punya siapa2.