Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

7.23.2012

Kunjungan ke Zoo Negara

Sabtu lepas, 14 July Rya bawak Dhiya dan Danny berkunjung ke Zoo Negara.
Niat dihati nak bawak dania sekali, tapi Dania tengah demam campak pulak.
Ini kunjungan pertama Danny ke Zoo.
Kali terakhir cuma ada Rya, Daddy, Dania dan Dhiya.
Masa tu Rya sedang hamilkan Danny 3 bulan.
Kitorang ke Zoo dulu sebab ikut rombongan Tadika Krista Dania.
Cerita itu anda boleh ikuti disini

Mula2 Rya pun risau takut2 Rya tak boleh handle sorang budak2 berdua ni.
Kalau ada Dania, boleh jugak berharap kat dia tengok2kan adik2 dia time Rya ke toilet ke ape.
Tapi alhamdullilah, kunjungan kami berjalan lancar.
Nasib baik Danny dan Dhiya tak buat perangai.
Rya cuma risaukan Danny mintak berdukung jer, tapi alhamdullilah, dia paham kederat Mummy yang tak berapa nak larat nak dukung Danny sepanjang jalan.

Kami tiba lebih kurang pukul 12pm selepas Rya jemput dorang di rumah nenek dorang di BSP.
Rya ade bawak bekal biskut dan air ribena untuk dorang sekali.
Masa jemput dorang, sian Dania sebab badan enuh bersapu dengan calamine.
Mesti Dania sedih sebab tak dapat ikut sekali.

Cuaca hari tu pun seakan memahami.
Tak panas sangat dan tak hujan sangat pun.
Cuma masa nak dekat2 nak balik tu baru hujan renyai2 turun.

Sepanjang disini kami cuma berjalan kaki, tak naik pun tram yang disediakan.
Oh ya,untuk tram harga lain pulak tau.
Tiket yang Rya beli merangkumi untuk masuk taman burung dan juga taman rama-rama.
RM25 dewasa dan RM9 untuk kanak2.
Danny free sebab masih belum berusia 9 tahun.


Semasa berada disini, kami terserempak dengan Johan dan family dia.
Nak tegor ofkos la segan.
Apatah lagi nak amik gambar bersama.
Rya cuma mampu nak amik gambar kami2 jer.
Itupun amik gambar sendiri, takder saper tolong amikkan.

Alhamdullilah, sonok sangat dorang kat sana.
Mummy pun enjoy sekali.
Tengok anak2 gembira, ibu mestilah bertambah2 gembira nya kan?
Tiada apa yang Rya inginkan cuma nak lihat anak2 happy jer.
Rya tak mampu nak buat dorang happy dengan adanya Rya dalam hidup dorang hari2, cuma seminggu sekali masa yang ada untuk Rya dan dorang Rya seboleh2nya nak guna masa tu utk buat dorang happy dan ada kenangan gembira bersama Rya utk dorang ingat nanti.

Yang Rya suka disini adalah Taman Rama-rama. 
Taklah sebesar Taman Rama-Rama yang dekat Taman Tasik Titiwangsa tu, tapi ok jugaklah.
Banyak rama2 dalam tu yang kita boleh tengok dari dekat dan pegang.

Bila dah bawa ke pukul 3, Danny dah buat perangai sikit.
Marah sikit tapi merajuknyer kemain panjang.
Tah perangai saper tah yg diikutnyer.
Last2 Danny tertidur atas pangkuan Rya masa kitorang tengok duduk tepi tengok penguin.
Rya bawak dorang ke Amphitheathre untuk tengok show biatang.
Kat sini, Danny tidur sepuas-puasnya.

Dah pukul 5 lebih, baru kitorang beransur pulang.
Singgah beli nasi kukus ayam dara dan balik makan dirumah Rya.
Malam dalam pukul 10, baru Rya hantar dorang balik ke rumah nenek dorang.

p.s: Dah banyak kali Mummy cakap, tapi Mummy nak cakap lagi, Mummy saaaayaaannnggg anak2 Mummy. Memuhhhss..

No comments:

Post a Comment