Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

6.30.2012

Saya tak boleh nak janji..

Saya tak boleh nak janji boleh berikan semua yg awak nak,
Tapi saya boleh janji akan buat awak happy dengan adanya saya disisi awak.

Saya tak boleh nak janji takkan tinggikan suara,
Tapi saya boleh janji akan bersabar bila awak buat saya marah.

Saya tak boleh nak janji takkan lakukan kesilapan,
Tapi saya boleh janji akan betulkan setiap kesilapan saya.

Saya tak boleh nak janji saya takkan biarkan awak jatuh,
Tapi saya boleh janji saya akan tolong awak bangkit semula.

Saya tak boleh nak janji akan sentiasa ada bersama awak,
Tapi saya boleh janji saya akan sentiasa sayang awak sampai bila2 walaupun kita jauh.

p.s: Itu janji mummy buat anak2 Mummy.

6.25.2012

Kursus Nano Teknologi

Selasa lepas hingga Jumaat Rya menghadiri Kursus Nano Teknologi anjuran opis Rya sendiri.
Kursus ni diadakan di opis Rya je pun dan disertai oleh 13 orang pegawai.

Yang best bila ada kursus ni tak payah risau pasal makanan sebab makan pagi, tgh hari dan minum petang ditaja sepenuhnya. 
Tak habis lagi kenyang, kursus break utk makan atau minum lagi.


Lagi banyak menconteng dari menyalin nota.
Lagi banyak menguao dari fokus terhadap apa yang diperkatakan.
=]

ps: Follow me di twitter. @RyaAmani

6.20.2012

Desaru 16 Jun 2012

Jumaat 15/6/2012 Rya jejakkan kaki lagi ke JB
Ini kali kedua dalam masa 2 bulan.
Dan kali ke tiga berada di JB sepanjang hidup Rya.

Rya tolak ketepi sekejap anak2 demi untuk settlekan urusan Rya di JB sampai kan kena marah oleh Daddy anak2 Rya.
Dia kata, 'Jangan jumpe anak2 selagi masalah hidup u belom settle, i xnak u pikiran terganggu masa jaga anak2'.

Motif kedatangan Rya kali ini sama dengan motif kedatangan Rya sebelum ini.
Rya mencari cinta Rya yang tertinggal di JB.
Alhamdullilah, masalah kami dah settle dan kami akan pertahankan hubungan kami.



Hari Sabtu dia bawak Rya ke Desaru.
Rya rindu nak lihat pantai
Rindu nak tengok ombak
Rindu nak hidu bau laut
Rindu nak disapa bayu laut
Akhirnya hari itu impian Rya termakbul.

Pantai dan ombak tak pernah mengecewakan Rya
Setiap kali lihat pantai, Rya sangat2 gembira dan tenang.

Di pantai itu, kami tinggalkan jejak dan kenangan kami berdua.
Untuk kami kenang bersama di waktu usia meningkat senja nanti. Insyallah!

 
Butir2 pasir jadi saksi, betapa Rya sayangkan dia dan tak nak berpisah dengan dia.
Biar dia jadi lelaki terakhir dalam hidup Rya dan dia yang Rya mahu bersama di Jannah kelak.

p.s: Sekeras2 ego dia, Rya tahu dia pasti akan lembut sebab dia sayangkan Rya.

6.18.2012

Barang-barang old school zaman 90an

Weekends lepas Rya ke JB dan Melaka.
Mih Rya story ape yang Rya jumpa disana.

Malam Sabtu Rya ke Bazaar Karat JB.
Rya jumpe gelang di atas.
Ingat x?
Suatu ketika dalam hidup Rya, Rya sangat gigih buat benda alah ni.
Masukkan perca kain yg dah dicelup dengan minyak ke dalam tiub ni.
Epic kan?

Barang-barang seterusnya Rya jumpe masa jalan-jalan di Jonker Walk Melaka.
Ingat x bubble ni?
Bubble dia macam plastik.
Dan bau dia memang sungguh buat ketagih.
Tak sangka ada jual lagi benda alah ni.

Paper doll ni pun Rya jumpe kat tempat yang sama.
Sebuku RM1
Wonder budak-budak zaman sekarang main lagi tak anak patung kertas ni?
Anak-anak Rya memang tak la.

Last sekali terompah ni.
Yang ni xder la epic sangat sebab masih ada jual lagi sekarang.
Cuma yang Rya beli ni versi magnet yg boleh lekat kat peti es.

p.s: Rya beli bukan nak buat main pun, sebagai collectable items je.

Dania dan Sekolah Baru

Lately Rya perasan Rya selalu update pasal Rya dan kawan2 je kan?
Lama dah tak bercerita pasal anak2.
Even Rya tak tercerita pasal mereka disini, namun Rya masih berjumpa dengan mereka selalu.
Kalau takde aral setiap minggu Rya akan jumpe mereka.
Sama ada bawak balik bermalam di rumah Rya atau bawak dorang jenjalan.

Isnin yang lepas iaitu hari pertama persekolahan selepas cuti penggal pertama, Dania mendaftarkan diri di sekolah baru ini.
Sebab tukar sekolah?
Bibik yang jaga dorang dah abis tempoh dan dah balik Medan pun.
Sekarang dalam proses pengambilan maid Filipino yang baru.
Dijangka bulan tujuh nanti baru dapat.

Sebelum ini Dania bersekolah di SK Taman Melati.
Since dah xder bibik, dorang dah tak stay sana.
Dah duduk kat rumah nenek dorang kat Bandar Seri Putra.
Dan sekolah Dania yang baru ni hanyalah sepelaung jauhnya dari rumah nenek dorang.

 Hari pertama dan kedua persekolahan Rya yang hantar jemput Dania.
Sebabnya nenek dorang takde, balik kampung ke Philipphines katanya.

Sekolah ni besar.
Dan kata daddy dorang, persaingan agak sengit disini.
Maklumlah ia terletak di kawasan elitis2.
Dania ni pun dapat masuk sebab ada seorang pelajar pindah sekolah.
Kalau tak memang penuh.

Dania dapat masuk ke kelas nombor 3.
Sebab itu je kosong.
Harap pas periksa akhir tahun nanti Dania dapat tukar kelas yang lebih bagus sikit.
Dania ok je tukar sekolah.
Rya nampak Dania update status FB dia kata sekolah tu bes, kawan2 pun baik2.
Alhamdullilah la kalau macam tu. Senang hati mummy tengok Dania cepat suaikan diri.

 
Lepas dua hari tu, urusan hantar jemput Dania diambil alih oleh nenek Dania.

p.s: Dhiya je masih belom sekolah. Dah berenti Smart Reader Tmn Melati tp lom daftar baru lagi kt BSP ni.

6.15.2012

#TwtupKami

Sabtu lepas komuniti Twitterjaya qium Bukit Jalil.
Acara bermula seawal pukul 9.00 pagi tapi Rya tiba disana bersama Topan dalam lingkungan pukul 3 ptg.
Keadaan masa tu sangat2 panas.
Berlopak ketiak mak!

Disana kami bertemu dengan ramai tweeps yang pernah berjumpa dan ade jugak baru pertama kali jumpe.
Oh ya, Rya di sana bersama dengan seorang blogger, YanaYonet.
Dia dan temannya yang menemani Rya disitu.
Al maklumlah Topan busy benor melayan peminat.

 Kami berada di sana sehingga acara kemuncak berlangsung iaitu konsert pada sebelah malamnya.
Tapi tak sempat nak tunggu sampai habis sebab hujan dah mulai turun.

 Siapa yang masih belum follow Rya masih boleh follow di @RyaAmani
Tapi sebenarnyer kan, Rya dah deactivate akaun sejak Rabu lepas.
Insyallah kalau ade permintaan Rya akan activekan balik
Tapi bukan dalam waktu terdekat ni.
Sebabnya Rya nak buktikan pada seseorang, yang Rya mampu untuk delete twitter dan hidup tanpa twitter.
Demi menjaga hati, Rya turutkan permintaan dia supaya Rya delete akaun twitter Rya.
Huhuhuhu..

Kalau ade twtup lagi lepas ni, insyallah Rya tetap akan pergi bagi sokongan.
Kawan2 twitter Rya tetap kawan.
Cuma interaksi Rya agak terhad sekarang sebab dah tak boleh sama2 melepak di susur masa macam dulu.

p.s: Ade ape hal delete twitter kan?

Rya dan Cinta

Bila bercakap pasal cinta respon Rya mesti; malas.
Tapi bila dah terjatuh hati, memang susah nak elak kan?
Dah memang jadi satu kelemahan Rya, mudah jatuh hati pada orang yang Rya suka.
Sejak sekolah dulu lg.
Rya mudah jatuh hati pada suara berbanding rupa.

Percaya tak kalau Rya cakap Rya boleh jatuh hati dengar suara tanpa lihat wajah?
Dah banyak dah terjadi pada Rya.
Cumanya, kebanyakkannya Rya yang jatuh hati.
Rya pendam sendiri.
Hinggalah Rya tak nampak respon apa2 dari si dia, barulah perasaan suka tu lama2 hilang macam tu aje.
Mungkin perasaan ni dikatakan sebagai lust bukan love.

Rya pernah nampak satu qoute yg mengatakan kalau perasaan suka tu kekal selepas 4 bulan barulah dinamakan cinta.
Kalau kurang dari itu, maka itu hanya lust atau nafsu.

Rya bercinta bukan untuk suka2.
Rya bercinta bukan untuk try and error.
Rya bercinta bukan sebab Rya tak nak forever alone.
Rya bercinta untuk kekal.
Rya bercinta untuk mencari bahagia.
Rya bukan cari calon boyfriend, Rya cari calon suami.

Once I fall in love, I fall hard.
Once Rya bercinta, Rya nak kekal.
Rya akan pertahankan.
Biar Rya bercinta untuk kali terakhir.
Biar si dia jadi orang terakhir yang Rya lihat bila Rya mati kelak.
Biar Rya menghembus nafas terakhir di pangkuan dia kelak.
Biar dia yang bersama2 Rya di syurga nanti.

Bila bercinta, dan bila ada krisis, Rya sebolehnya akan cuba sedaya upaya untuk settlekan isu tersebut.
Rya tak nak terus putus macam tu saja.
Rya akan pertahankan no matter what.
Walau Rya terpaksa merayu pun Rya sanggup kalau Rya yakin dan nampak masa depan Rya dengan si dia.
Rya belajar dari pengalaman yg lepas.
Rya taknak peristiwa lama berulang kembali.

Rya menyesal sebab tak pertahankan cinta Rya.
Rya menyesal sebab Rya terlalu ego untuk mengaku kesalahan Rya.
Rya menyesal sebab terlalu ego untuk meminta maaf.
Rya menyesal sebab terlalu ego untuk mengaku yang Rya masih cintakan dia.

Jika apa yang Rya rasakan sekarang adalah cinta, moga ia kekal dan dia menjadi yang terakhir dalam hidup Rya.
Tapi jika bukan dia yang Allah ciptakan untuk Rya, Rya mohon supaya hati Rya dikuatkan untuk melepaskan dia pergi.
P.s: Dalam hati hanya ada kamu. Hanya kamu, HH.

6.14.2012

Currently reading.

Waktu rehat hari ni dihabiskan dengan tidur di sofa empuk di bilik Ekin.
Agak keletihan selepas sepagian bergotong royong bersihkan greenhouse Mat Sharif yg dah kering bunga2 kekwanya tu.
Selepas menjamah dua tiga suap nasi lemak yg Rya order dari Kak Jun kantin pengurusan stesen, Rya terus ke bilik Ekin melepaskan lelah.
Sedar x sedar Rya tertidur.


Terjaga dari tidur, tengok jam dh pukul 2.30.
Bangun dgn keadaan hidung berair.
Mungkin sebab masa gotong royong td byk terdapat abuk2 dr pokok bunga tu.
Sensitip lak tetibe hidung ni.
Rasa cm nak demam pun ade.
Lepas bancuh air Nescafe Mild 3in1 dan telan 2 biji panadol actifast, Rya masuk bilik pejabat dan hadap buku ni.

Rya beli masa #TwtupKami di Bukit Jalil Sabtu lepas.
3 buah buku fixi Rya sambar termasuk buku Kopi ni.
Kopi adalah sebuah buku yg menghimpunkn cerpen2 pendek yg berkaitan dengan kopi.
So far Rya dah baca 4 cerpen dan semuanya Rya suke.
Tak sabar nak habiskan.
Rya syak dlm masa sehari dua ni habislah kalau Rya konsentrate betul2 hadap.
Al maklumlah Rya dh deactivate akaun twitter @Rya Amani sejak Rabu lepas atas sebab2 kebaikan Rya sendiri.
Dah x hadap hp, maka balik ke hobi asal, baca novel.

P.s: 'Setiap yang nikmat pasti ada pahitnya.'

6.06.2012

Tiket Legoland Malaysia.

Hai.
Rya ada dua ticket ke Legoland Malaysia.
Rya beli ticket ni masa pameran MITE yg berlangsung kt Maeps baru2 ni.
Harga utk tiket ni adalah RM96 per person per day.
Harga ni harga earlybird. Harga sebenarnya adalah RM140.

Yang Rya beli ni ticket utk perday tau.
Ada juga pass utk annual. RM200+ utk early bird.
Kenape early bird?
Sebab Legoland yg terletak di Nusajaya Johor ni masih dlm binaan dan dijangka di bukapada 15 September nanti.
So kalau beli ticket sebelum dibuka dptlah murah.
Nampak x permainan dia disitu?

Masa beli Rya dh tuliskan dalam hati dgn siapa Rya nk pegi.
Alang2 pegi Johor boleh langsung ke Singapore u
tk pegi Universal Studio.
Tapi kena renew passport dulu la.
Tapi lately, nama yg tertulis dlm hati tu dh makin pudar.
Erm, malas nk ulas. Rya mmg ni luck dlm bab2 cinta ni.

So skrg mcm dh xder hati nk pegi.
Sebab masih xnmpk Rya nak pegi dgn sape?
Mungkin bile Legoland dh buka nanti Rya akan let go ticket ni dgn harga Rya beli ni.
Atau mungkin bagi je kt sesape sbagai hadiah.
Untuk detail pasal Legoland dan pembelian tiket masih boleh dibeli disini

p.s: Takde kekuatan nak pergi bercuti sensorang. Nanti JK pulak sorang2.



6.04.2012

Broga 4.0

Yer Rya tipu..
 Mohon ampun.
Dalam entry Broga 3.0 tempoh hari Rya cakap Rya xnak update lagi pasal Broga kan?
Tapi tengoklah, Rya update jugak.
Heee~


 Broga masih sama.
Masih penuh dengan manusia.
Masih cantik.
Masih berangin.
Masih dingin.

 Cuma bezanya kali ini Rya pergi bersama anak sulung Rya, Dania Hadfina.
Dania baru berumur 9 tahun kalau korang tak tahu.

Rya kagum dengan semangat Dania sebenarnya.
Dia yang bersungguh ajak Rya ke Broga pada hari Sabtu tu.
Dania tahu Rya selalu ke Broga, sebab tu Dania nak cuba.
Ini cubaan kali pertama Dania hiking.

Ini gambar kejayaan Dania di puncak Broga.
Cuma berpakaian seluar tidur semalam dan baju tadika Krista 3 tahun lepas.

p.s: Terima kasih Dania, Dania cipta satu lagi kenangan manis buat mummy di puncak Broga ini.