Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

5.23.2012

Broga 3.0

Rya kembali lagi ke Broga.
Untuk kali ke3.
Kali ini bersama rakan twitter Rya, @Topanesta pada cuti hari pekerja 1 Mei yg lalu.
Mulanya da 6 orang gitu nk ikut..
Last minit sume pun cancel, termasuk yg tak berbangun pagi tu.

Kali ni, Rya manage untuk sampai ke puncak ke dua dalam masa 40 minit.
Kalua sebelum ni amik masa sejam, kali ni dah ade sedikit improvement.

Rya tiba ke puncak lebih kurang pukul 6am.
Kami berdua memulakan pendakian lebih kurang pukul 5am

Disebabkan hari tu hari cuti umum, Broga agak sesak dengan pendaki.
Nk naik pun agak jem.

Agak2 puas duduk sejam kat atas tu..
Ambil angin, tengok sunset, ambil gambar..
Pukul 7am kami pun turun.



Kami amik keputusan utk turun awal sebab taknak bersesak2 dengan pendaki lain.
Tu pn, waktu tu dah sesak.

Di atas sana sekali lagi kenangan dan pengalaman tercipta.
Mendaki Broga tak pernah tidak bagi kepuasan untuk Rya.
Memang masa tengah naik rasa nak give up n tak nak naik lagi.
Tapi bila dah sampai, rasa macam nk naik berkali2 lagi.

Rya dah pun kesana utk kali ke4
Tapi Rya takkan update entry Broga 4.
Takut org boring Rya xder cerita lain pulak.

p.s: Broga jadi saksi.


5.15.2012

#TwtupIpoh

 28/4/2012 yang lalu Rya berpeluang menyertai rakan2 twitter di Twtup yang diadakan di P.O.R.T Ipoh.
Kami berlima menaiki kereta Rya: Rya, Topan, Khai, Amir dan Cha Cha
Manakala sebuah kereta lagi dinaiki oleh Abu, Lulu dan Ery.

Kami bertolak pukul 3am, dan sampai lebih kurang pukul 7am.
Mandi2 di masjid dan terus ke tempat kejadian.

 Ini baju Tshirt yang Rya tempah 2 minggu sebelum Twtup ini berlangsung.

Ada macam2 aktiviti yang diadakan disini.
Aktiviti bermula dari pukul 10am-10pm dan dihadiri oleh tweeps dari sepelusuk daerah.
Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan dota, speed dating, karaoke, jualan dll.

 Kat sini Rya jumpe dengan tweeps yang selalu borak di timeline twitter tapi tak berkesempatan nak bertemu muka.
Bila adanya twtup macam ni la baru nak berkenalan dengan lebih rapat katanya.
Rya jumpe dengan @Deana_Imbran, single mother beranak 3 macam Rya jugak.
Tak nampak macam mak budak pun kan?
Rya nak jadi macam dia, 8 tahun single but still standing. Kagum!

 Malamnya pula diadakan konsert.
Meriah uolls..

Kami bermalam disebuah homestay di Taman Tambun
Alhamdullilah, walau kelam kabut mencari tempat persinggahan, kami manage untuk dapatkan sebuah homestay berharga RM150 yang memuatkan kami berlapan.

 Keesokannya, sebelum bertolak pulang ke KL kami sempat menikmati Nasi Ganja yang sungguh famous di Ipoh.
Bagi Rya, nasinya biasa2 je.. Tak tau ape yang istimewanya dengan Nasi Ganja.
Mungkin bagi orang lain dah cukup sedap, tapi bagi Rya just biasa2 je..

  Ini tweeps2 yang lain yang sempat kami rakamkan kenangan di depan restoran Nasi Ganja.

 
 
Tiba masa untuk pulang..
Rindu geng sekereta..
Tah bila boleh konvoi reramai macam ni lagi..

p.s: Sebungkus keseronokan berjaya dibawa pulang. Follow me on twitter @RyaAmani . Rya pasti membanjiri timeline anda.

5.08.2012

Lawatan Smart Reader ke Kidzania

 25/4/2012 yang lalu, Tadika Smart Reader Dhiya mengadakan lawatan sambil belajar ke Kidzania.
Kidzania ni terletak betul2 atas McDonald berhadapan dengan The Curve, Damansara Utama.
Dhiya datang dengan bas bersama kawan2 yg lain.
Rya ke sana bersama Daddy Dhiya.

 Untuk dewasa, bayaran masuk adalah RM35
Kaunter tiket ala2 kaunter Air Asia di airport.
Dan kami diberi tiket penerbangan konon2nya.

 Sebelum masuk kami dipakaikan dengan wrist band ini. Dan discan.

 Dhiya dan kawan2nya diberikan dengan duit ini. Ada 3oo dolar kesemuanya untuk digunakan di dalam bandar Kidzania ini.

Dhiya, bila nampak Rya datang tersangatlah happynya dia,

Tapi bila dah lama2, dah nampak dah kebosanannya dia tu.
Bukannya ape, sebab group lain dah masuk, group dia masih beratur kt luar.

Kidzania ni konsep dia macam 1 bandar kanak2.
Ade restoran, balai bomba, pawagam, bank dan lain2 kedai.

Dan setiap outlet2 ni kanak2 boleh masuk dan pakai pakai2 mereka dan melakonkan watak2 sebagai penjual beger, ahli bomba, penjaga kaunter bank dan lain2 pekerjaan.

Outlet2 dalam ni adalah dari penjana2.
Contohnya hitz, air asia dan lain2.

Ini kedai bakery
Kanak2 berpeluang buat dan masak2 pengguna indgredient sebenar dan boleh makan lepas tu.

Semua kemudahan yang ada di sebuah bandar sebenar ada di bandar fantasi kidzania ini.

Mereka berpeluang jadi ahli bomba dan memadam kebakaran konon2 di hotel ini.
Bes sangat.

Ini Dhiya dan kawan2nya.
Mula2 excident abis.
Tapi last2 buat perangai xnak join kawan2 dia yang lain.
Rasa macam kehadiran Rya dan Daddy kat situ mcm jadi penghalang pulak.
Lagipun parents lain kebanyakkan tak datang teman pun.

Makanan pun ade jual kat situ. 
Rya makan spaggheti bolognese dan coffee.
Dalam pukul 3 Rya dan Daddy Dhiya mintak kebenaran teacher untuk bawa k Dhiya pulang sebab tengok dia dah moody.

p.s: Masa Rya sampai, Dhiya seronoko sangat sebab x expect pun Rya akan datang dan Rya percaya Daddy dia pun xmaklumkan awal2 ke Dhiya,

5.04.2012

Bukit Broga 2.0

 22/4/2012 yang lalu, Rya ke Broga lagi.
Kali ni plannyer berlima.
Me, Dean, Myra, adik ipar Myra dan bf adik ipar Myra.

Kami mendaki seawal pikulm 5am.
Oleh kerana adik ipar Myra dan bfnyer belom sampai, maka kami, Rya, Myra dan Dean ambil keputusan untuk naik dulu.

 Sampai di stage pertama Myra menghadapi kesukaran dan pening2.
Lepas kami dudukkan dia, dan teguk air seteguk dua barulah ok.
Lepas sejam akhirnya kami pun sampai di puncak ketiga.
Kami tiba lebih kurang pukul 6am
Masa tu matahari baru nak menampakkan diri.
Angin kat atas tu pulak  memang sedap gile.
Nyaman jer rasa.

Ini Dean, kawan lama Rya
Terpaksa pick up dia kt Shah Alam sebab xder transport
 Sebab hari tu hari Ahad, seperti biasa Broga akan sesak dengan orang ramai.
Tapi kami still manage untuk dapat port yg selesa untuk lepak tunggu matahari terbit sambil2 bergambar.

  
Akhirnya matahari pun terbit.
Sangat2 cantik pemandangan dari atas sana. 
Subhanallah.

 Lebih kurang pukul 730 kami memulakan penurunan.
Tak boleh lewat2 turun sangat. Takut nnti ramai orang yg turun.
Agak sesak disitu.

 
 Rya nak jadikan Broga sebagai tempat Rya praktis untuk ke Gunung Chenderong hujung bulan 6 nanti.
Kalau boleh tiap2 minggu naik Broga pun Rya ok.
Rya suka aktiviti outdoor ni.

Kalau sape2 teringin nak naik Broga, ajaklah Rya. 
Rya ok jer untuk teman.
Kalau ade plan nak naik bukit lain pun leh roger2..

p.s: Nantikan blog post Bukit Broga 3.0 nnti k.