Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

4.23.2012

XPDC White Water Rafting di Sg Nenggiri

6-9 April yang lalu, Rya berkesempatan menyertai xpdc ini bersama staf2 MARDI di bawah anjuran KSSM
Unutk tujuan ini RM220 dikenakan termasuk utk makanan dan trasport. Sebanyak 32 orang yg menyertai.

Kami bertolak dari Serdang pada pkl 11 mlm dan sampai di Gua Musang pada pukul 7am.
Selepas solat subuh dan bersarapan, kami bersiap sedia untuk ke Sg Nenggiri,

Daripada tempat bas ke sungai tersebut kami terpaksa bersesak2 naiki lori 1tan.
Namun perjalanannya tidak la sejauh mana,

Disepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan anak-anak orang asli yg kebanyakkannya berasrama di sekolah disini.
Kagum tgk dorang yg masih bersekolah rendah tp sudah pun menetap diasrama.

Sampai di point permulaan hari sudah pun terik.
Terasa panas cahaya matahari membakar kulit.
Rakan2 Rya yg lain sibuk2 mensapu losyen sun burn, namun Rya hanya amik endah. Heee~

Kami dibahagikan kepada 7 kumpulan.
Setiap kumpulan mengandungi 6-7 orang termasuk guide.

Kami diberikan sedikit sebanyak taklimat oleh ketua xpdc tentang keselamatan, life jacket rubber dinghy.

Group Rya adalah sebanyak 7 orang.
Rya, abang Razi, Maya, Dayah, Firdausi, Fazly dan Man selaku guide

Kami diajar tentang water confident aitu meletakkan kepercayaan kepada life jacket.
Kami dibiarkan hanyut di sungai dan diajar cara untuk menterapungkan diri.
Hari pertama kami hanya melalui beberapa jeram yg light2 sahaja.
Lebih banyak bersantai kerana arusnya yang tidak kuat.
Namun begitu daya kayuhan perlu jauh jika tidak mahu kami ketinggalan dibelakang.

Namun ada sebuah dinghy yang terbalik ketika melalui jeram.
Habis lenjun kesemuanya termasuk barang2 peribadi.

Manakala di rubber dinghy Rya, hanya Maya, Dayah dan Firdausi yg terjatuh.
Bila terjatuh mereka2 ini akan dikutip sorang demi sorang oleh rubber dinghy yg berdekatan.
Yang penting bila jatuh, jangan panik dan jangan lepaskan pedal.

Malamnya kami berkhemah ditepi sungai.
Kebanyakkan baju dalam begpack sumenya lencun.

Hari kedua, selepas bergambar kenangan kami menyambung lagi xpdc.
Kali ini lebih banyak jeram yang akan dilalui dan lagi mencabar.

Pengalaman di Jeram Berhala yang tidak boleh Rya lupakan.
Masa kami melalui jeram tersebut, bukaan air sangat cantik dan membentuk lubang yg besar.
Dan sebab water dinghy kami senget sebelah, maka Rya dan Maya terjatuh.

Pengalaman jatuh dan hanyut memang tak boleh dilupakan,
Memang takut tapi nasib baik Rya tak mengelabah dan cuba praktikkan semua pesanan mereka.

Kami singgah makan tengahari di sebuah sekolah anak2 orang asli.
Makanan kami cuma roti dan tuna sahaja.

Kami tiba di point terakhir ketika hujan sedang lebat.
Dari situ sekali lagi kami dibawa ke bas dengan menaiki lori.

video
2 hari pengalaman di Sg Nenggiri memang takkan Rya lupakan,.
Disitulah Rya temui keseronokan, kedamaian dan ketenangan,
Insyallah kalau ade rezeki dan peluang, Rya nak repeat lagi pergi ke sana.

p.s: Next XPDC - Gunung Chemerong

1 comment:

  1. de x website @ contact no utk pakej water rating kt sg. nenggiri?

    ReplyDelete