Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

3.30.2012

Sehari di Cameron Highlands

 Alhamdullilah Rya berkesempatan lagi untuk jejakkan kaki ke Cameron Highlands pada 27 Februari yang lalu.
Kalau bukan sebab ada projek disini pasti Rya xkan ada disini.
Kali terakhir Rya kesini adalah bersama mereka lebih kurang setahun yang lalu.
Cuma kali ini lawatan Rya agak hambar kerana Rya ke sini seorang. Yer seorang.

 Seawal pukul 6pagi Rya bertolak dari Seri Kembangan.
Rya drive sorang2. Rya mengantuk dan berhenti di Hentian RnR lebih kurang setgh jam.
Kesudahannya Rya lewat 30minit untuk mesyuarat yang diadakan disana.

 Projek ni dah lama.
Sejak Rya masuk keje 5 tahun yang lepas lagi.
Kejap on off je, Dah bertukar ramai pengawai pun.

 Selepas meeting, Rya amik kesempatan untuk menikmati kecantikan taman di Taman Agro Technology MARDI
Kebetulan hari tu hari Isnin dan ditutup untuk pelawat, maka Rya sorang je yang bermaharajalela berada di taman tersebut.
Yang paling Rya suka ialah Taman Ros.

 Ada pelbagai spesis ros disini denganpelbagai saiz dan warna.
Geram sangat! 

 
 
 
 
 
 

 Selain Taman Ros ada juga pelbagai spesis bunga-bunga yang lain.
Yang tentunya sangat cantik dan leka memandangnya.

 
 
 
 

 
 
 

Selain bunga-bunga ada juga strawberry disini.

Setelah puas jalan2 dalam Taman Agro Teknologi MARDI, Rya ambil keputusan untuk pulang.
Namun sempat juga Rya singgah di Cameron Tea Plantation
Banyak kenangan disini dulu
Masih Rya simpan gambar Rya bersama anak2 dan dia di lereng ladang teh ini.

Hijau mata memandang
Tak jemu Rya memandang ke arah selautan ladang teh yang mendamaikan
Dengan udara yang sejuk memang Rya rasa macam taknak balik je
Since hari tersebut adalah hari Isnin, maka memang xramai pengunjung yang berada disini.

Seperti biasa kalau singgah disini mesti Rya tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati scone dan green tea

 
Dan perhentian terakhir Rya adalah di Lata Iskandar.
Rya cuma berhenti utuk ambil gambar.
Tak seorang pn kelihatan mandi manda disitu hari tu,

Alhamdullilah perjalanan balik berjalan lancar.
Rya macam tak percaya Rya boleh drive sorang-sorang kesana
Even bos Rya pun tak percaya.
Tapi syukur, Rya kena kuatkan semangat dan bertabah.
Rya boleh buat semua benda tanpa pertolongan orang kalau Rya bersungguh, kan?

p.s: Insyallah 2 bulan sekali Rya akan ke Cameron lagi untuk tengok-tengok projek disana.

2 comments: