Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

3.19.2012

Pengakhiran dan Permulaan Sebuah Kisah

Rya tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan Rya
Samada gembira, lega, sedih atau kecewa.
Semua perasaan tu bercampur baur.

8 Mac 2012
Semuanya berakhir secara sah.
Kisah Rya dan ZK berakhir disitu.
Di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak.
Bersaksikan 3 pasangan yang lain.
Talak satu dijatuhkan.

Ini flashback sebelum jam kejadian..

Malam sebelum kejadian, Rya terima satu pesanan Whatsapp dari dia yang menyuruh Rya datang kerana katanya dia hendak bincangkan pasal anak2.
Hati Rya berdebaran. Harapan yang pernah hilang tiba-tiba muncul.
Apakah mungkin hari 8/3/2012 akan tiba sebagai sejarah atau hanya hari2 biasa yang melewati?
 Pesanan mesej tersebut menyuruh Rya tidur di rumah Gombak sahaja.

Rya tiba selewat pukul 11 malam.
Anak2 masing2 sudah lama terbuai di alam mimpi.
Bibik yang tersedar dari tidur agak terkejut melihat adanya Rya disitu.

Tiada apa yang berlaku malam itu,
Rya tidur diruang tamu bertemankan bibik dan berpelukan dengan Danny.
Tiada sepatah kata dari dia, 
Rya hampa disitu.
Harapan hanya satu. Andai dia melahirkan cadangan untuk menarik balik kes, Rya akan bersetuju tanpa apa2 syarat.
Tapi itu tidak terjadi.

Kami tiba di mahkamah menaiki kereta dia selepas menghantar Dhiya ke Smart Reader.
Seawal pukul 830am kami sudah berada disana,
 Dia sudah tidak senang duduk, kehulu ke hilir,
Rya seperti biasa berlagak tenang tanpa perasaan.
Rya nekad takkan ada setitis airmata yang akan gugur hari itu

Akhirnya selepas ditunggu, pukul 11.00 pagi kami diminta masuk ke mahkamah,
Sebelum masuk, kami berpelukan. Erat.

 Kami dipanggil ke hadapan sebagai plaintif dan defenden.
Setelah soal jawab dengan hakim, dan persetujuaan antara Rya dan dia, kami diberi ruang untuk bermaafan.
Dihadapan hakim, Rya cium tangan dia dan meminta maaf di atas segala kesalahan2 Rya.
Kami berpelukan dan dia berbisik pada Rya, 'I akan sentiasa sayang u, sampai bila2'
Dan waktu itu, Rya sangka Rya kuat tapi sebenarnya tidak,
Airmata gugur berjujuran hinggalah saat talak dilafazkan.
Rya menangis teresak2 sama seperti malam Rya melangkah keluar dari rumah dia 8 bulan yang lalu.
Selepas selesai, dia mengatakan bahawa dia nak berbaik2 dengan Rya sebagai kawan dan Rya setuju.

Dengan itu, kisah kami setebal 10 tahun, Rya tutup kemas2.
Rya akan simpan sebagai kenangan terindah dalam hidup Rya.
Rya nak dia tahu Rya sayang dia sangat2 dan akan sentiasa kekal macam tu. Sampai bila2.
Tapi cuma kami takkan dapat hidup bersama lagi sebagai suami isteri,.


Dan hari itu juga, Rya lepaskan dia dari hidup Rya sepenuhnya
Senyuman, ciuman, pelukan dia bukan milik Rya lagi.
Rya redha dengan segala yang terjadi hari itu.
Rya kena melangkah pergi. Rya tak boleh berdiri menunggu dia lagi.
Dia takkan berpaling ke arah Rya lagi.
Senyuman itu akan Rya rindu tapi apakan daya..

   Rya tak tahu apa yang tertulis buat Rya 10 tahun akan datang.
Tak semua orang pun tahu,
Yang Rya harapkan cuma moga sisa2 kebahagiaan yang tinggal akan sentiasa berada disisi Rya.,
Bahagia Rya hanya ada pada Dania, Dhiya dan Danny.
Mereka nyawa Rya. :)

Tarikh 8 Mac 2012 melakar sejarah pahit dalam hidup Rya,
Buku baru yang masih kosong Rya buka, Bersedia untuk coretan hidup baru.

p.s: ZK, semoga kau bahagia, Lebih bahagia dari apa yang pernah kau dapat dari aku, Terima kasih kerana pernah buat aku merasa akan kebahagiaan. Kisah kau dan aku, aku tutup disini.

8 comments:

  1. Tak semua diberikan peluang untuk melalui 'jalan' ini dan bukan semua juga yg akan memilih 'jalan' ini. Kerna ianya telah terbuku bagimu di dalam Loh Mahfuz. Tabah & bersabar akan menempuh hari-hari mendatang Rya. -fj-

    ReplyDelete
  2. yup, rya terpilih untuk jalani ujian ini. Insyallah. Tq fatd.

    ReplyDelete
  3. jgn risau rya.... setiap ujian atau dugaan yg diberikan pada kita akan lebih menguatkan diri kita menjadikan kita seorang yg lebih tabah dlm menempuh setiap dugaan yg mendatang.... sama2lah kita beramal padanya kerana dia (Allah )masih menyanyangi kita....

    ReplyDelete
  4. :(.. Sabar byk2 ya.. Inilah dugaan..bangun dari kisah sedih semalam.. Oraklah langkah demi membahagiakan anak2.. Allah masih ada..dhn dialah tmpt mengadu.. Sabar byk2..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sebab masih ada anak sebagai lambang kehebatan cintavyang agung pada masa dulu.

    Semoga apa yang telah lalu boleh diambil sebagai iktibar bersama

    ReplyDelete
  6. Sedih mendengar kisah ini...saya pun terpilih untuk melalui jalan yg sama seperti kamu dan saya bersyukur kerana mampu melaluinya dgn sabar dan tabah..Allah SWT telah berikan saya ketenangan dan kelapangan dalam hidup...moga Allah SWT berikan kita kekuatan demi anak2 kita yg semakin membesar..

    ReplyDelete