Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

3.30.2012

Sehari di Cameron Highlands

 Alhamdullilah Rya berkesempatan lagi untuk jejakkan kaki ke Cameron Highlands pada 27 Februari yang lalu.
Kalau bukan sebab ada projek disini pasti Rya xkan ada disini.
Kali terakhir Rya kesini adalah bersama mereka lebih kurang setahun yang lalu.
Cuma kali ini lawatan Rya agak hambar kerana Rya ke sini seorang. Yer seorang.

 Seawal pukul 6pagi Rya bertolak dari Seri Kembangan.
Rya drive sorang2. Rya mengantuk dan berhenti di Hentian RnR lebih kurang setgh jam.
Kesudahannya Rya lewat 30minit untuk mesyuarat yang diadakan disana.

 Projek ni dah lama.
Sejak Rya masuk keje 5 tahun yang lepas lagi.
Kejap on off je, Dah bertukar ramai pengawai pun.

 Selepas meeting, Rya amik kesempatan untuk menikmati kecantikan taman di Taman Agro Technology MARDI
Kebetulan hari tu hari Isnin dan ditutup untuk pelawat, maka Rya sorang je yang bermaharajalela berada di taman tersebut.
Yang paling Rya suka ialah Taman Ros.

 Ada pelbagai spesis ros disini denganpelbagai saiz dan warna.
Geram sangat! 

 
 
 
 
 
 

 Selain Taman Ros ada juga pelbagai spesis bunga-bunga yang lain.
Yang tentunya sangat cantik dan leka memandangnya.

 
 
 
 

 
 
 

Selain bunga-bunga ada juga strawberry disini.

Setelah puas jalan2 dalam Taman Agro Teknologi MARDI, Rya ambil keputusan untuk pulang.
Namun sempat juga Rya singgah di Cameron Tea Plantation
Banyak kenangan disini dulu
Masih Rya simpan gambar Rya bersama anak2 dan dia di lereng ladang teh ini.

Hijau mata memandang
Tak jemu Rya memandang ke arah selautan ladang teh yang mendamaikan
Dengan udara yang sejuk memang Rya rasa macam taknak balik je
Since hari tersebut adalah hari Isnin, maka memang xramai pengunjung yang berada disini.

Seperti biasa kalau singgah disini mesti Rya tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati scone dan green tea

 
Dan perhentian terakhir Rya adalah di Lata Iskandar.
Rya cuma berhenti utuk ambil gambar.
Tak seorang pn kelihatan mandi manda disitu hari tu,

Alhamdullilah perjalanan balik berjalan lancar.
Rya macam tak percaya Rya boleh drive sorang-sorang kesana
Even bos Rya pun tak percaya.
Tapi syukur, Rya kena kuatkan semangat dan bertabah.
Rya boleh buat semua benda tanpa pertolongan orang kalau Rya bersungguh, kan?

p.s: Insyallah 2 bulan sekali Rya akan ke Cameron lagi untuk tengok-tengok projek disana.

3.26.2012

Bukit Broga

Selepas XPDC ke Sungai Chilling 25/2 yang lepas, keesokkannya Rya join kawan2 twitter pegi hiking ke Broga Hills
Kami yang mengikuti hiking ini adalah seramai 13 orang.
Broga Hills ni terletak didaerah Semenyih.
Kami berkumpul di McDonald Saujana Kajang seawal pukul 4 pagi.
Selepas bersarapan kami memulakan pemanduan ke Semenyih.

Selepas memandu selama 20 minit, kami tiba didestinasi.
Bukit Broga ini berhampiran dengan Nottingham University.
Bayaran RM dikenakan untuk parking dikawasan kelapa sawit, iaitu di kaki bukit Broga.
Kami memulakan pendakian pada pukul 5.30 pagi.
Dan tika itu keadaan masih gelap gelita.
Lampu suluh memang amat diperlukan untuk mendaki.
Track agak mudah cuma keadaan gelap agak menyukarkan langkahan.

Selepas sejam lebih mendaki kami sampai di puncak 3 dari beberapa puncak yg ada.
Kami bercadang untuk melepak disitu memandangkan kawasan tersebut lapang dan memudahkan kami mengcapture sunrise.

Setelah menunggu agak lama, akhirnya mentari muncul juga diufuk timur.

Setelah hari agak cerah, kami mengambil kesempatan untuk merakamkan beberapa keping gambar buat kenang-kenangan. 






Pukul 730 pagi kami memulakan perjalanan menuruni bukit.
Keadaan orang yg agak ramai memperlahankan langkah kami.

Semasa menuruni bukit, barulah kami dapat menikmati pemandangan bandar Semenyih yang terbentang.
Alhamdullilah cuaca yang baik pada hari tersebut memudahkan kami menuruni bukit.




 Sampai dikaki bukit, gerai2 nasi lemak sudah tersedia dibuka untuk pendaki yang kepenatan.


Alhamdullilah, akhirnya berjaya juga Rya menjejakkan kaki ke sini.
Andai kata masih ada yang sudi mengajak, Rya mahu kesini lagi.

p.s: Looking forward untuk Bukit Tabur. Any organizer? Jgn lupa ajak Rya.
Pics credited to @Bell_on