Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

2.28.2012

Lagi ujian, lagi kisah sedih.

Minggu lepas, Daddy anak2 Rya telepon suruh tengok2 anak2 kat Gombak since bibik tak sihat.
Ingat kan bibik demam, tapi kali ni sampai susah bibik nak jalan.
Terseret2 kaki dan sesekali macam nk jatuh.

Rya terus bawak Bibik ke klinik Melati Utama
Baru tau darah tinggi bibik naik tinggi sangat dan sebab bibik tak boleh jalan disebabkan bibik kena mild stroke.
Kaki dan tangan sebelah kanan sukar untuk digerakkan macam biasa.
So doktor nak monitor balik keadaan bibik selepas seminggu, nk tengok macam mana.
Doktor bagi ubat darah tinggi dan ubat cairkan darah sebab katanya darah bibik pekat sangat.

So seminggu dua ni terpaksalah Rya balik Gombak setiap tengahari untuk hantarkan makanan kat dorang.
Jauh jugak dan penat jugak nk ulang alik dari Seri Kembangan ke Gombak.
Kadang tengah hari pegi, petang karang pas kerja pun pegi lagi.
Nak kena uruskan anak2 since Daddy dorang balik lambat.

Tak tau sampai bila keadaan akan jadi macam ni.
Keadaan bibik setiap hari macam makin teruk
Nak bawak ke hospital, takut bibik kena admit.
Kalau kena admit, sape nk tengok2 anak2 nanti?
Sekarang pun harapkan Dani yang tolong tengok2kan adik2 dia.
Rya cuma pegi tenghari, kemas ape yang patut, basuh baju, sidai sume dan kul 2masuk opis balik.

Kalau bibik tak sembuh jgk macam mana?
Nak hantar bibik balik? Cari bibik lain?
Sedih kalau bibik balik, bibik dah jadi sebahagian dari keluarga Rya.
Dah 5 tahun bibik duduk dgn kami.
Rya percayakan dan harapkan dia untuk jaga anak2 Rya.
Dia pun sayang dorang macam anak sendiri dah,.
Macam mana nak cari bibik lain yg macam bibik Suyani jugak?

Hari Ahad lepas, bawak bibik ke Kg Baru untuk berurut,
Rya papah bibik melintas jalan, melintas padang, melintas beberapa blok rumah sebelum sampai ke rumah setinggan si tukang urut.
Dengan sebelah tangan Rya papah bibik, sebelah lagi kendong Danny, dalam hujan rintik2 kami sama2 menangis. T____T

Ya Allah, ini sebahagian dari ujianmu lagi.
Rya kena kuat dan hadapi benda ni dengan sabar.
Rya tau Rya sedang diuji sebab Allah ingat akan Rya dan sayangkan Rya.

ps: Rya sayang bibik. Bibik plis cepat sembuh.


2.14.2012

Kediaman baruku.

Ini kediaman baru Rya
Rya duduk disini sejak awal tahun baru yang lalu.
Alhamdullilah, dah mampu sikit sewa rumah instead sewa bilik je ritu.

p.s: Baru nak mulakan hidup kembali dari zero. Doakan agar Rya kuat, k.

2.13.2012

Kenangan di Bandar Melaka

Dh lama post ni disimpan sebagai draft.
Berbelah bagi nak post atau tidak since kenangan ni sepatutnya jadi kenangan terindah, tapi jadi kenangan yang menyedihkan pulak.
Takperla, kita buang yang keroh, ambil yang jernih.
Banyak memori manis yang terukir disini berbanding memori pahit.
So, mari Rya tunjukkan gambar2 sekitar Bandar Melaka selama 2 hari Rya berada disana masa tahun baru yang lepas. (lama kan terperap).


Rya menetap di Strait Meridien Hotel.
Tak berapa jauh dari Bandar Melaka.
Alhamdullilah dapat la rate untuk kakitangan kerajaan RM150 satu malam.

Di bawah ni gambar2 sekitar Bandar Melaka yang Rya kunjungi pada malam pertama.
Mihmih layan gambar.


Kalau datang Melaka tak pekena asam pedas memang tak sah kan?
Sepanjang dua hari berada disini, tu je la makanan Rya.
Memang terbaik.


Hari kedua, abis semua tempat Rya jelajahi.
Seronok dapat tengok Bandar Melaka dari atas bukit.
Dan juga sempat melawat ke beberapa tapak arkeologi.



Kenangan hanya tinggal kenangan
Namun ianya suatu kenangan buat Rya
Yang akan Rya semat dlam hati sekemas-kemasnya

p.s: Tetap ada dalam hati.

2.09.2012

Di Pantai Itu..

 Di pantai itu.
Ku temui kedamaian yang ku cari
Yang hilang..

Pantai Merdeka, Gunung Jerai..
Menjadi saksi luahan perasaan Rya dan tangisan gugur di pasir putih itu.

Rya ke sana bersama Akhtarul (Ayon)
Rakan sekolah Convent yg Rya kenal sejak darjah 1 lg.
Ikutkan sorang2 pn Rya boleh lepak kt pantai ni, but alang2 Ayon nk ikut, so bwk la dia skali.
Ada jugak teman utk luahkan rasa.

Rya rindu pada ombak di Pantai Merdeka, pada Gunung Jerai yang tersergam indah, pada Tanjong Dawai yang mengamit kenangan.
Akhirnya, niat Rya untuk ke situ tercapai.
Insyallah tiap kali Rya balik ke Sg Petani lepas ni, Pantai Merdeka pasti jadi lokasi wajib untuk Rya kunjungi.

Disitu, Rya laungkan namanya..
Betapa aku rindu kamooo..
Kamu yang pernah menempatkan hatiku dalam hati kamooo..
Saat matahari terbenam, Rya cuma terdiam menghayati suasana.. Dengan pikiran terisi penuh dengan kamooo..

Tengok nelayan menebarkan jala.. Sungguh indah pemandangan itu.
Langsung hati yang duka, jadi sangat senang.


Jejak Rya tinggalkan di pasir itu..
Dengan harapan, suatu hari nanti Rya akan ke sana lagi.
Sendiri atau mungkin berteman.

 Terima kasih Ayon.
Sudi teman Rya.
Dengar luahan Rya.
Berkongsi rasa rindu Rya
berkongsi rasa duka Rya.
Terima kasih sangat2.
Aku sayang kat kau, Ayon.

Pantai Merdeka Rya tinggalkan dengan seribu keluahan dihati.
Di wajah tampak suka, dihati takkan nampak dukanya.

'Kan ku ukir namamu di awan Gunung Jerai,
Bersaksikan laut, daun nyiur melambai,
Jauh pandangan permai disitu Tanjong Dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terurai..
Oh, indah peristiwa.. Cinta kita di Pantai Merdeka.'

p.s: Pantai, buat aku tenang. Seketika...

2.02.2012

Lunch Treat Pusat MA

 Rabu lepas, (1 February 2012) Pusat Penyelidikan Mekasasi & Automasi (MA) menganjurkan lunch treat di Hotel Residence, Uniten.
Lunch ini telah dihadiri oleh 70 orang staf MA

 Since hari tu adalah hari Rabu pertama bulan ni, makanya wajibla pakai baju korporat rasmi MA

 Lunch ni dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan pegawai2 yang naik pangkat.
Seawal pukul 12pm, kami dah bergerak ke sana.

 Antara agenda lain di majlis ini adalah pembubaran dan perlantikan baru ahli2 jawatankuasa Kelab MA
Rya sebagai Bendahari Kelab yang telah menyandang jawatan tersebut selama 2 penggal (2009-2011) dengan relanya meletak jawatan.

 Menu-menunya pun boleh pun boleh tahan.
Ada banyak lauk-lauk melayu
Since Rya tak makan nasi, Rya tak amik port sangat lauk-lauk yang ada disitu.

 Apam baliknya sedap, makan panas-panas.

 Ini pula antara dessert yang ada. 
Dessert, memang favourite Rya.

 Dan ini yang Rya makan hari tu.
Kerabu sotong, kerabu kaki ayam, salad dan dressing dan juga sup daging.

 Tengoklah kawan-kawan Rya makan.
Sambil-sambil makan, pengumuman ajk baru diumumkan.
Rya sekali lagi dilantik sebagai Bendahari Kelab.
Terpaksa la pegang jawatan tu untuk 2 penggal lagi.

 Lepas makan, Rya amik dessert.
Kuih lopes, memang dari dulu jadi favourite kuih Rya.

Harap Rya dapat laksanakan tanggungjawab sebagai Bendahari ni dengan jayanya.
Bak kata Pengerusi Kelab yang baru iaitu Wan Aznan, jangan kerja untuk saya tapi kerja bersama saya.

p.s: Terima kasih untuk kepercayaan. Berat tugas pegang duit riban-riban ni.