Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

12.24.2012

Hitam putih kehidupan

Mulai hari ni, nak post gambar sume hitam putih jer.
Simbolik kepada warna kehidupan Rya.

p.s: Yang penting, dalam hati tetap ada pelangi.

12.21.2012

My Lifetime Regret

Kadang-kadang terpikir jugak.
Sampai mati pun Rya tetap takkan dapat hilangkan rasa bersalah terhadap anak-anak sebab buat hidup dorang tak sama macam kawan-kawan yang lain.
Sorry Dania, Dhiya and Danny.
Sorry for making ur life like this.

p.s: Remember one thing, what ever happened, mummy will always loves u guys. :*

12.20.2012

Sekitar Suzuki AFF Cup 2012

 Suzuki AFF Cup telah pun berakhir dengan tempat ke final tidak dapat di tangan Harimau Melaya.
Kalau awak nak tahu, sepanjang hidup Rya 30 tahun ni, ini la pertama kali Rya kestadium menyaksikan perlawanan bola. Noob kan?

 So far 2 kali jer Rya pegi.
Pertama masa perlawanan Malaysia vs Singapura.
Time tu gigih korek tabung semata-mata nak beli tiket bola.
Tak de jersi Malaysia pun belasah jer pegi pakai baju biasa.

 Dan perlawanan semi final antara Malaysia vs Thailand Rya berkesempatan bawak Dhiya dan Danny sekali.
Tu pun sian masing2 lencun dek hujan pada malam tu.

 Seperti biasa Danny dan Dhiya memang excited kalau pegi tempat-tempat baru.
Tapi kejap jela excitednya tu.
Boleh nampak muka memasing masa time pegi hepi jer.
Dah lama2 masing2 muka ketat dan bosan.

 Kali kedua ni Rya pegi sebab ade orang sponsor tiket free.
Dan untuk Dhiya dan Danny memang masuk free sebab bawah 12 tahun.




 Hari tu jugak Rya beli baju jersi untuk kami bertiga.
Jersi bola ke2 Rya selepas jersi Spain.

 Tah bile lagi berkesempatan nak tengok bola kat stadium lagi macam ni.
Suatu pengalaman baru bagi Rya.



Inshaalah kalau ade masa lagi dan ade perlawanan menarik lagi boleh turun stadium lagi untuk beri sokongan.

p.s: Kami turun ke stadium sehati sejiwa.. 


12.14.2012

Sambutan Hari Jadi Danny

 Semalam lepas balik keje, Mummy singgah Jusco utk beli kek harijadi Danny.

 Teringin nak makan kek Secret Recipe, tapi disebabkan celebrate berdua jer dgn Danny kat rumah, maka beli 2 slice je.
Satu Mummy dan satu untuk Danny.

 Danny pilih Cappucino Cheese Cake, Mummy pulak pilih Tiramisu.

 Walaupun sambut berdua, Danny seem so excited.
Hanya ini yang Mummy mampu Danny.
At least ada gambar dan boleh dibuat kenangan.

 Tahun lepas ingat tak kita celebrate dengan kakak2 dan Daddy di Alamanda?
Walaupun masa tu Mummy dah berpisah dengan Daddy tp Daddy still boleh kuar sekali sekala dengan kita.
Tak macam sekarang kan? Call dan sms pun dah xder reply.

Ramai yang wish Danny, di twitter dan instagram.
Untung anak Mummy ni ramai yang sayang dia.
Tapi Mummy tahu jauh dalam sudut hati Danny, Danny mengharapkan wish dari org yg Danny sayang tapi xwish2 pun kan?
Xperla. Mummy tahu dia ingat dan sayang Danny tapi ego membataskan dia untuk call dan jumpa Danny utk wish.

Dan ini kek yang Mummy beli untuk hantar ke rumah Ibu Jah pengasuh Danny.

p.s: Sayang anak Mummy!

12.13.2012

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang Ke 3 Danny!

Hari ini, 3 tahun yang lepas Mummy dianugerahkan dengan sesuatu yang sangat2 berharga dalam hidup Mummy.
Tepat pukul; 12.09pm, bayi seberat 3.44kg selamat dilahirkan didunia di Hospital Selayang,
Mummy masih ingat lagi tika itu bayi yang masih berlendir dan berdarah itu diletakkan dalam dakapan mummy.
Di atas dada Mummy, Mummy boleh dengar hembusan nafas, degupan jantung dan regekan bayi kecil merah itu.

Kini 3 tahun berlalu, alhamdullilah Danny Rayyan masih berada dalam dakapan Mummy.
Dan Mummy harap untuk beberapa dekad lagi, Danny akan terus sentiasa setia berada di samping Mummy.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke3 wahai puteraku Danny Rayyan.
Moga membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh.
Ingatlah segala pengorbanan yang Mummy telah lakukan untuk berada disamping Danny dan kekalkan Danny di bawah penjagaan Mummy.
Mummy tak mintak banyak, cukuplah kasih sayang dan kegembiraan yang Danny berikan untuk Mummy.
Mummy sangat2 bahagia disamping Danny.
Terima Kasih Danny.
Mummy loves you so much.

p.s: Bilamana orang lain datang dan pergi dalam hidup Mummy, Mummy cuma berharap agar Danny kekal dengan Mummy untuk menjaga Mummy hingga akhir nyawa Mummy nanti.


12.12.2012

Annual Concert and Graduation 2012 Smart Reader Dhiya


Hari Ahad lepas berlangsung Dhiya punya concert dan graduation day.
Bertempat di Auditorium Kuis, Bandar Seri Putra.
Dua tiga hari sebelum tu lagi Daddy Dhiya call suh temankan Dhiya sebab katanya dia xder minggu tu.

Hari Sabtu petang Rya dan amik Dhiya dari rumah neneknya.
Bawak pegi Alamanda beli kasut sebab Dhiya takde kasut cantik.
Dan bebear tu Rya belikan untuk Dhiya sebab dah banyak kali Dhiya mintak dibelikan Bebear.
Tapi dia tinggal kat rumah Rya, sebab taknak bawak balik ke rumah nenek. Takut nenek marah katanya. 

Dan dihari kejadian seawal pukul 730 pagi Rya, Dhiya dan Danny dah berada di KUIS dan menjadi antara orang terawal sampai.
Dapat la seat paling depan sekali sebab senang nnti nak amik gambar.



 Selepas mendaftar teacher dia bagi fail yang berisi sijil tamat belajar tahun 5 dan juga gambar2 konsert dan gambar kelas Dhiya.

 Acara concert adalah persembahan tarian dari setiap kelas.
Dhiya dan kawan2 sekelas menari lagu Bollywood bertajuk Jaihoo..

 Diakhir concert disampaikan anugerah special achievement.
Tak sangka Dhiya dapat anugerah 'Most Cooperative Student 2012'

 Me really enjoy myself that day, 
N rasanya Dhiya pun macam tu jugak.
Alhamdullilah masih berpeluang melihat hari2 bersejarah anak2.
Harap2 esok2 masih berpeluang macam ni lagi

p.s: Alhamdullilah. Seronok bila tengok anak2 gembira. Mummy tumpang gembira sekali.

11.29.2012

Yang awak tidak tahu..

Awak mungkin nampak saya kuat.
Dan awak mungkin mengagumi ketabahan saya,
Tapi dalam hati, saya menangis dan memohon agar diri saya ditabahkan lebih kuat lagi.

p.s: Awak apa tahu?

11.14.2012

Danny dan Tonsilitis

Semuanya bermula pada pagi Ahad 4/11/2012 tempoh hari.
Danny bangun seperti biasa, minta dibuatkan milo.
Lepas abis sebotol, terus muntah balik semula.
Mummy marah Danny, sebab macam selalu2 Danny suka muntahkan balik ape Danny makan dan minum.

Kemudian mummy Danny mummy buatkan susu.
Macam tu jugak abis kuar balik semula susu tu.
Sampa bawak ke tengahari, apa yang Danny minum/ makan sume keluar balik.

 Dah sampai lembik dah Danny mummy tengok.
Sebab dah muntah lebih 10x.
Kesian pulak tengok perut Danny masih belom terima apa2 makanan sejak pagi.

Mummy bawak Danny pegi Klinik Qistina, klinik yang selalu Mummy bawak Danny kalau Danny tak sihat.
Doktor syak Danny keracunan makanan.
Tapi musykil pulak sebab Danny xder la kena cirit birit jugak.
Dan semalam Danny makan dan minum apa yang Mummy makan.
Danny makan dinner yang mummy masak kat rumah semalam.

 Sebab keadaan Danny yang dah lembik tu, Doktor syorkan terus bawak pegi klinik untuk cek darah dan masukkan air.
Doktor bagi surat refferal suruh terus pegi ke unit kecemasan Hospital Serdang.

 Mummy langsung bawak Danny ke sana ditemani dengan Uncle Topan.
Sepanjang perjalanan, Danny muntah lagi.
This time dah xder mende dah Danny nak muntah.
Cuma kuar cecair asid dalam perut kaler kuning2 tu. 

 Time tu memang Danny dah lembik gile.
Diam tak berkata2 pun.
Senyap jer, risau pulak Mummy Danny macam tu.

Then bila Doktor cek, Danny kena tonsilitis macam Mummy pernah kena dulu.
Tonsil Danny bengkak dan hampir tutup saluran pernafasan.
Doktor tanya nak warded tak? Ofkos la Mummy jawab kalau boleh memang la taknak.
So Doktor suruh Mummy balik rumah dan pujuk bagi Danny makan dan minum sikit.
Doktor bagi ubat antibiotik, garam dehidration dan ubat demam in case kalau demam.

 Doktor bagi suruh untuk refer Danny ke pakar ENT.
Mummy dah pegi untuk dapatkan appointment.
25 Dis ni mummy kena bawak Danny untuk cek. 

Balik dari hospital Danny tido jer.
Pukul 9+mlm baru Danny bangun
Alhamdullilah dah ceria sikit.
Mummy bagi air masak, kemain banyak Danny minum.
Padahal sebelum ni air masak memang tak pandang langsung.
Mummy buatkan nasi goreng. Danny makan.
Danny muntah jugak sikit, tapi dah tak sebanyak pagi tadi.
At least makanan tu sampai jugak ke perut kan?

Hari2 seterusnya Danny still muntah jugak.
Tapi lama2 dah kurang2 sikit.
Mummy risau camner la keadaan Danny kalau kena operate buang tonsil tu nanti..
Masa mummy kena dulu pun hazab betul rasa time nak recover, Danny lagi la.
Ape2 pun, Danny kena tabah hadapai semua tu tau. Mummy tau Danny kuat macam Mummy jugak.
Nanti kita sama2 harungi susah perit tu nanti k.
Jangan risau, Mummy will always be my ur side.

p.s: Teringat masa pas operate tonsil dulu, mak datang melawat kt hospital dan menangis tengok penderitaan aku, aku syak bila aku dalam situasi yang sama macam mak, tengok anak sendiri sakit mesti aku nangis lebih hebat lagi. Erm, kalau la boleh Mummy tukar agar segala kesakitan Danny biar Mummy jer yang tanggung. :(
Cerita pasal Mummy kena operate tonsil ada disini.

10.15.2012

Doaku tiap kali tersedar dari tidur di tengah malam..

Andai masih ada jodoh,
Ya Allah,
Kembalikan dia kepada aku.

10.04.2012

Menghadiri walimatul urus dan main layang-layang

 Sabtu lepas, pagi2 lagi Daddy dorang dah antar Dhiya dan Dania ke rumah Rya.
So weekend tersebut Rya abiskan bersama anak-anak2 Rya jer.
Tengahari tu kitorang menghadiri jemputa kahwin opismate Rya yang berlangsung di Kelab Golf Bangi.

 Situ, Rya jer la makan.
Entah kenapa budak2 tiga orang tu langsung tak nak makan.
Mungkin sebab dah kenyang sebab sebelum pergi Rya dah gorengkan dorang nugget dan sosej buat alas perut.

 Lepas kenduri tu ingat nak singgah rumah dulu tukar baju sebelum kitorang ke destinasi seterusnya.
Tapi memandangkan dah pukul 3 lebih masa tu, Dania buat keputusan kitorang terus jer ke Kepong.
Dalam kete, memasing tido. Mummy jer drive sorang2 tak berteman.

 Sampai sana pukul 4+ seperti yang Rya target.
Malas nak lambat2 sebab petang2 memang dah xder parking. Kena parking tepi2 jalan mrr2 tu je.
Alhamdullilah masa kami sampai parking pun banyak lagi.
So xder la kena jalan jauh.

 
 Rya belikan dorang layang2 berharga rm12.
Dhiya n Danny pulak merajuk sebab dorang nak sorang satu.
Danny buat perangai sebab nak main palyground kat sana.
Mana Rya nak teman Danny main lagi, Dania lagi..

 Dhiya merajuk xper, kurang2 pun dia senyap jer.
Kalau Danny merajuk, nangis satu taman leh dengar.

 Lepas pujuk dengan belikan dorang aiskrim, barulah ok sikit.
Masa dorang makan aiskrim ade la mamat ni dok berkali2 tangkap gambar Dhiya n Danny.

 Layang-layang Dania naik la jugak.. Tapi takde latinggi mane..
Tak reti nak kawal katanya.
Mummy nak ajar pun mummy tak reti
Lama benar dah tak main layang-layang.

 Alhamdullilah, niat Rya nak kesini tercapai.
Selalu dok tengok time lalu kat taman tu jer.
Kali ni baru berjaya singgah.

p.s: Harus ada kunjungan susulan.