Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

12.22.2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang Ke2, Danny Rayyan.

13 December 2011
Happy 2th Birthday Danny Rayyan
Dah besar anak mummy.
Ingat lagi saat mummy berhempas pulas melahirkan Danny 2 tahun lepas.
Tapi sejujurnya Mummy bagitau, melahirkan Danny sangat mudah.
Saat kontraksi sedang berlaku dan sedang menunggu bukaan, Mummy boleh tertido.
Masa nak meneran pun Mummy masih mamai2 dan sesekali terpejam mata.

Kelahiran Danny Mummy dan Daddy sambut dengan penuh kesyukuran.
Akhirnya cahaya mata lelaki yang Mummy harapkan termakbul juga.
Begitu juga dengan kakak2, Dania dan Dhiya seronok sangat dapat adik.

Mummy mintak maaf sangat2, sambutan harijadi kali kedua ni tak seperti yang Danny harapkan, kan?
Mummy mintak maaf Mummy tak boleh sentiasa ada dengan Danny,
Mummy dah tak boleh lagi jadi orang pertama yang dengar Danny sebut perkataan baru,
Atau Danny tunjuk kemahiran baru yang Danny boleh buat.
Mummy tak boleh lagi sentiasa ada tatkala Danny suka atau time Danny nangis kalau2 Danny jatuh.

 Mummy cuma nak Danny tau, walau Mummy jauh, walau Mummy tak ada depan mata Danny, tapi kasih sayang tak pernah kurang.
Mummy tak pernah lupakan Danny dan kakak2.
Danny dan kakak2 sentiasa ada dalam hati Mummy. Setiap masa.
Dan bila Mummy solat, Danny dan kakak2 sentiasa Mummy selit dalam doa Mummy.

Mummy tak boleh nak buat benda balik macam dulu.
Mummy cuma mampu jumpa Danny sekali sekala dan ikuti perkembangan Danny dari jauh.
Mummy harap suatu hari nanti Danny akan paham kenapa semua ini berlaku.
Dan Danny akan nampak kebaikan disebaliknya seperti mana yang Mummy nampak sekarang.

Mummy dah plan nak celebrate birthday Danny 17hb haritu.
Kek pun Mummy dah tempah.
Tapi Mummy hanya mampu merancangkan?
Plan Mummy tak boleh dijalankan sebab Daddy ada plan lain.
Insyallah nanti Mummy akan celebrate jugak birthday Danny bila kita bertemu lagi nanti.

p.s: Danny, please jangan berhenti sayangkan Mummy.

6 comments:

  1. salam yuyu,
    lama tak dengar cerita..
    Rupa2nya yuyu dah tukar nama kat fb.. Hehe..

    Sedihnya baca entry ni.
    Kenapa yuyu dengan anak2?
    Apa2 pun yang dihadapi yuyu, harapnya yuyu tabah dan gembira selalu ye...

    ReplyDelete
  2. salam yuyu,
    lama tak dengar cerita..
    Rupa2nya yuyu dah tukar nama kat fb.. Hehe..

    Sedihnya baca entry ni.
    Kenapa yuyu dengan anak2?
    Apa2 pun yang dihadapi yuyu, harapnya yuyu tabah dan gembira selalu ye...

    ReplyDelete
  3. hai sya, terima kasih sudi jenguk blog yuyu lg. dh tukar nama ke Rya Amani. Tukar nama baru, kehidupan baru insyallah.

    ReplyDelete
  4. salam sya suka baca blog awak...suka tgk anak2 awak yg comel tu...awak dah divorce ker?sorry i ask u this question

    ReplyDelete
  5. hi awak..
    tq sudi baca..
    yup, sy dah berpisah..

    ReplyDelete
  6. Semoga awak makin ceria...
    Semoga anak2 tidak sesekali melupakan awak ok :)

    ReplyDelete