Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

11.11.2011

XPDC Gunung Tebu

Alhamdullilah, mcm xpercaya je Rya join XPDC ke Gunung Tebu ni
Since skrg Rya dh kembali 'solo' so boleh la nk join aktivit2 luar mcm ni
Kalau dulu terpaksa pendamkan minat sebab utamakn anak2 dan suami.
Meh Rya story skit journey XPDC tersebut.

XPDC menawan Puncak Gunung Tebu ni dianjurkan oleh Badan Kebajikan dan Sosial MARDI dan dikelolakan oleh Kelab Sukan dan Sosial MARDI
Telah berlangsung dgn jayanya pada 28/10-31/10 yg lalu.
XPDC ni telah disertai seramai 35 kakitangan MARDI dan beberapa org luar.

Ok, now meh Rya cerita ttg Gunung Tebu pulak
Gunug Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Besut Terengganu.
Mempunyai ketinggian 3408kaki dan mempunyai 7 puncak.

Hari pertama 28/10 (Jumaat)
Siang tu Rya bekerja seperti biasa
Sempat lagi soping last minit beli bekalan mknn utk dibawa ke XPDC tersebut
Mlmnya pukul 9pm kami berkumpul di tempat parkir kereta Pusat MA
Perjalanan bermula pada pukul 10pm dengan menaiki bas express yg disewa khas.

Perjalanan lancar cuma cuaca sejuk kerana hujan spjg perjalanan
Dan byk kali perjalanan terhenti sbb penumpang nk mmbuang hajat.
Aku duduk di seat yg agak belakang, ditemani oleh Said rakan seopisku spjg XPDC ini.

Hari Kedua 29/10 (Sabtu)
Kami smpai di Kertih pada pukul 5am bagi mengambil sorang lg peserta XPDC
Iaitu Zulhilmy, kenalan twitterku.

Kami tiba di Besut lebih kurang pukul 7am
Dan singgah utk sarapan pagi di Gerai Nasi Dagang Mak Ngah

Selepas bersarapan, perjalanan diteruskan
Kami memilih untuk teruskan melalui jalan pesisir pantai.
Sempat lagi kami singgah sebentar untuk menghirup udara laut.

Sampai di kaki gunung iaitu di Lata Belatan lebih kurang pukul 11am,
Kami memunggah beg2 dan sempat minum2 dan makan tengahari di gerai berdekatan
Kemudian kami bergotong royong mendirikan khemah ditapak perkhemahan yang disediakan.

Aktiviti selepas itu adalah bebas.
Rya ambil kesempatan utk mandi di air terjun Lata Belatan dan tolong crew memasak menyediakan bahan2 untuk BBQ malam nanti.



Sebelah petangnya kami ke Pantai Teluk Keluang yg mengambil masa lebih kurang 30 minit
Cantik pemandangan kat sini dengan batu2 nya yang besar2.
Memang cantik untuk amik gambar disini.



Lebih kurang pukul 730pm kami pulang ke tapak perkhemahan.
Pukul 9 lebih kami adakan sesi suai kenal dan makan,
Menu malam pertama agak menarik iaitu sotong bakar dan ikan bakar cicah air asam.
Dan kemuadian masing2 merehatkn diri masing.
Malam tu kami tidur nyenyak sekali walaupun khemah bocor akibat hujan semalam.

Hari Ketiga 30/10 Ahad
  Esoknya kami er sarapan dengan roti sandwich yg Abang Razi dan geng sediakan bagi mengalas perut
Sedikit taklimat diberikan oleh ranger hutan,
Kami dibahagikan kepada 3 group dan setiap group diketuai oleh seorang guide.
Kami memulakan pendakian lebih kurang pukul 830 pagi.

Track 1/3 yang pertama hanya landai menyusuri sungai
2 kali kena lalui sungai yang landai.

 Dan tempat pertama kami berehat adalah di Batu Mat Hassan
Disini terdapat batu besar yang kelihatan seperti seekor katak.


 KAmi tiba di kawasan yang dinamakan jendela pandang
Jika cuaca baik dan terang anda akan nampak pemandangan kaki gunung dari ketinggian ini
Malangnya pemandangan kami dicemburui oleh kabus2 sejuk yang tebal.

 Di pertengahan jalan ade punca air jernih.
Air yg tak berwarna dan tak berperisa
Macam air kosong biasa je plus mcm baru kuar dari peti sejuk,
Kami kumpul botol2 kosong dan hantar beberapa org utk amik air disana.

 
 
 
 
Akhirnya kami tiba di puncak Gunung Tebu lebiih kurang pukul 1 ptg.
Kami berjaya menakluki 3 daripada 7 puncak yg terdapat disini
Di atas puncak terdapat kubur lama, batu bersurat dan pokok2 renek bonsai yg cantik.

 

Kami ambil masa untuk berehat, makan bekal yg dibawa,.
Dan pukul 230pm kami memulakan penurunan.
Pendakian turun kami agak berpecah2.
Aku hanya bersama Said, Nor dan Shahira sahaja dan tiba pd pukul 730ptg.

 Its a wonderful n memorable experience I had here,
Dah lama tak ade masa untuk diri sendiri bersama kawan2.
So far, track dia xde la susah sangat.


Enrty berikutnya nanti akan Rya ceritakan pasal hari Keempat kami di Terengganu ya.
Kami sempat melawat ke Mardi Besut dan ke Pasar Payang.
Sekian, Rya melaporkan..

p.s: Rya suka gambar terakhir tu. Mamat tu ade iras2 Fahrin Ahmad kan? Tu namanya Arman.

1 comment:

  1. hehehe...mmg best naik gunung....but perit nak smpai kat gunung...saya plakkk XPDC saintifik gunung tebu...wat kajian paku pakis gunung tebu....ade la jmpe 110 sp. paku pakis...ponat gak nak menamakan paku pakis tu....but sangat sronok hope lau ade XPDC nak g agi....

    ReplyDelete