Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

11.14.2011

Rentetan XPDC Gunung Tebu

Hari ke 4 31/10 Isnin
Hari ni dapat kelepasan cuti dari bekerja memandangkan kami akan bertolak balik dari Terengganu hari ini.
Seawal pkl 700 pagi kami sudah berkemas meruntuhkan khemah2.
Makan breakfast nasi goreng lebihan malam semalam.

Lebih kurang pukul 9.00 pg kami bertolak pulang
Destinasi kami adalah Besut bagi melawat stesen MARDI di sana.

 Kami diberi taklimat ringkas oleh Pengurus Stese, Encik Saiful tentang operasi di stesen tersebut.
Stesen MARDI Besut menjalankan penyelidikan teknologi makanan dan vitato.

Kami kemudianya menuju ke Pasar Payang untuk membeli batik dan sedikit cenderahati utk di bawa pulang.
Rya amik kesempatan utk beli baju utk anak2 Rya
Dan juga beli keropok kering yg kawan2 kirim.

Dan selepas beberapa kali berhenti kami tiba di Serdang pada pukul 2am
Alhamdullilah berakhir sudah XPDC dan lawatan ke Terengganu selama 4 hari ini.

11.11.2011

XPDC Gunung Tebu

Alhamdullilah, mcm xpercaya je Rya join XPDC ke Gunung Tebu ni
Since skrg Rya dh kembali 'solo' so boleh la nk join aktivit2 luar mcm ni
Kalau dulu terpaksa pendamkan minat sebab utamakn anak2 dan suami.
Meh Rya story skit journey XPDC tersebut.

XPDC menawan Puncak Gunung Tebu ni dianjurkan oleh Badan Kebajikan dan Sosial MARDI dan dikelolakan oleh Kelab Sukan dan Sosial MARDI
Telah berlangsung dgn jayanya pada 28/10-31/10 yg lalu.
XPDC ni telah disertai seramai 35 kakitangan MARDI dan beberapa org luar.

Ok, now meh Rya cerita ttg Gunung Tebu pulak
Gunug Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Besut Terengganu.
Mempunyai ketinggian 3408kaki dan mempunyai 7 puncak.

Hari pertama 28/10 (Jumaat)
Siang tu Rya bekerja seperti biasa
Sempat lagi soping last minit beli bekalan mknn utk dibawa ke XPDC tersebut
Mlmnya pukul 9pm kami berkumpul di tempat parkir kereta Pusat MA
Perjalanan bermula pada pukul 10pm dengan menaiki bas express yg disewa khas.

Perjalanan lancar cuma cuaca sejuk kerana hujan spjg perjalanan
Dan byk kali perjalanan terhenti sbb penumpang nk mmbuang hajat.
Aku duduk di seat yg agak belakang, ditemani oleh Said rakan seopisku spjg XPDC ini.

Hari Kedua 29/10 (Sabtu)
Kami smpai di Kertih pada pukul 5am bagi mengambil sorang lg peserta XPDC
Iaitu Zulhilmy, kenalan twitterku.

Kami tiba di Besut lebih kurang pukul 7am
Dan singgah utk sarapan pagi di Gerai Nasi Dagang Mak Ngah

Selepas bersarapan, perjalanan diteruskan
Kami memilih untuk teruskan melalui jalan pesisir pantai.
Sempat lagi kami singgah sebentar untuk menghirup udara laut.

Sampai di kaki gunung iaitu di Lata Belatan lebih kurang pukul 11am,
Kami memunggah beg2 dan sempat minum2 dan makan tengahari di gerai berdekatan
Kemudian kami bergotong royong mendirikan khemah ditapak perkhemahan yang disediakan.

Aktiviti selepas itu adalah bebas.
Rya ambil kesempatan utk mandi di air terjun Lata Belatan dan tolong crew memasak menyediakan bahan2 untuk BBQ malam nanti.



Sebelah petangnya kami ke Pantai Teluk Keluang yg mengambil masa lebih kurang 30 minit
Cantik pemandangan kat sini dengan batu2 nya yang besar2.
Memang cantik untuk amik gambar disini.



Lebih kurang pukul 730pm kami pulang ke tapak perkhemahan.
Pukul 9 lebih kami adakan sesi suai kenal dan makan,
Menu malam pertama agak menarik iaitu sotong bakar dan ikan bakar cicah air asam.
Dan kemuadian masing2 merehatkn diri masing.
Malam tu kami tidur nyenyak sekali walaupun khemah bocor akibat hujan semalam.

Hari Ketiga 30/10 Ahad
  Esoknya kami er sarapan dengan roti sandwich yg Abang Razi dan geng sediakan bagi mengalas perut
Sedikit taklimat diberikan oleh ranger hutan,
Kami dibahagikan kepada 3 group dan setiap group diketuai oleh seorang guide.
Kami memulakan pendakian lebih kurang pukul 830 pagi.

Track 1/3 yang pertama hanya landai menyusuri sungai
2 kali kena lalui sungai yang landai.

 Dan tempat pertama kami berehat adalah di Batu Mat Hassan
Disini terdapat batu besar yang kelihatan seperti seekor katak.


 KAmi tiba di kawasan yang dinamakan jendela pandang
Jika cuaca baik dan terang anda akan nampak pemandangan kaki gunung dari ketinggian ini
Malangnya pemandangan kami dicemburui oleh kabus2 sejuk yang tebal.

 Di pertengahan jalan ade punca air jernih.
Air yg tak berwarna dan tak berperisa
Macam air kosong biasa je plus mcm baru kuar dari peti sejuk,
Kami kumpul botol2 kosong dan hantar beberapa org utk amik air disana.

 
 
 
 
Akhirnya kami tiba di puncak Gunung Tebu lebiih kurang pukul 1 ptg.
Kami berjaya menakluki 3 daripada 7 puncak yg terdapat disini
Di atas puncak terdapat kubur lama, batu bersurat dan pokok2 renek bonsai yg cantik.

 

Kami ambil masa untuk berehat, makan bekal yg dibawa,.
Dan pukul 230pm kami memulakan penurunan.
Pendakian turun kami agak berpecah2.
Aku hanya bersama Said, Nor dan Shahira sahaja dan tiba pd pukul 730ptg.

 Its a wonderful n memorable experience I had here,
Dah lama tak ade masa untuk diri sendiri bersama kawan2.
So far, track dia xde la susah sangat.


Enrty berikutnya nanti akan Rya ceritakan pasal hari Keempat kami di Terengganu ya.
Kami sempat melawat ke Mardi Besut dan ke Pasar Payang.
Sekian, Rya melaporkan..

p.s: Rya suka gambar terakhir tu. Mamat tu ade iras2 Fahrin Ahmad kan? Tu namanya Arman.

11.02.2011

OctTwtFest

22 Oktober 2011 yang lalu berlangsungnya perjumpaan terbesar tweeps2 di Malaysia
Bertempat di Digi HQ Shah Alam dari pukul 3pm-12am
Event ini juga berjaya direkodkan dalam World Guiness Book of Rekod sebagai perjumpaan twitter terbesar didunia iaitu sebanyak 2600+
Dan disini juga aku berjaya unlocked bagde Epic Swarm di 4sq.

Aku sampai seawal pukul 12pm
Tika itu last minit set up masih rancak berlangsung.

Aku dimaklumkan ini adalah last minit punya idea untuk decoration ni.
Cantik kan?

Ini pulak mini cinema
Tempat ditayangkan movie2 dan juga klip2 video termasuk klip video Cinta Muka Bulu pertama kali dipertontonkan disini.
Juga dikenali sebagai bilik sejuk, sesuai untuk lepak.
Masa aku banyak dihabiskan disini.
Sambil tengok movie, sempat jugak charge hp.

Main Stage
Tempat paling happening
Semua acara nanyi2 dan konsert berlangsung disini.

Start pukul 3pm, pendaftaran mula dibuka
See the crowd, ramai gile..
Memang beratur panjang gile sebelum masuk
Nasib baik aku datang awal.

Dan antara yang terawal untuk daftar masuk.
Pendaftaran adalah wajib bagi untuk mendapatkan jumlah sebenar pengunjung.

Baju Tshirt yang ditempah dari @ziccotees pun aku baru collect pada hari even tersebut.
Istimewanya tshirt ni sebab ada tweethandle aku @RyaAmani

Antara artis yang selalu tak miss join acara twtup adalah Imran Ajmain
First time aku jumpe dia masa TwtupRaya dulu
Dan lagi satu bes pasal dia, dia akan follow balik semua follower dia
So cepat2lah follow bagi sesiapa yg belom follow tu; @ImranAjmain
Oh ya, Imran jugak adalah rakan saya di 4sq *wink*

Bergambar bersama Maria Farida
Cantikkan dia?

Dan juga Dr Fazley

Salah seorang artis yang buat persembahan pada hari tersebut.

Banyak booth2 perniagaan ada kat situ
Salah satu adalah booth BUku Fixi
Aku beli novel Pecah karya @NizamBakeri siap dapat autograph dari dia lagi.

Dan Sharifah Sofia selaku mc pada hari tersebut

Simple yet gorgeous, kan?

Bersama jejaka pujaan ramai, @Adalwi
Bapak orang beranak 3.




Dan dapat jumpa dengan tweeps yang lain..
Termasuklah @FaliqFahmie yg famous amos tu
So happening uollss..

N bergambar dengan artis2 yang lain.

N these are my friends, @diella15 dan @eleanakamal
Thanks korang..
Sape2 yang ade twitter lom follow aku sila berbuat demikian yer,
My tweethandle is @RyaAmani