Tahun ni, MARDI HQ jadi penganjur untuk sukan MARDI
Dan ini merupakan penglibatan pertama kali aku dalam menjadi urusetia sukan ini
2 tahun lepas aku pernah menjadi urusetia penginapan untuk sukan MOA yang diadakan di Uniten.
Kali ini ia diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terletak di Nilai.
Kebanyakan sukan berlangsung di Kompleks sukan ini
Ada juga yang diadakan di lokasi lain seperti Paroi, Ilsas Bangi dan The MInes.
Hari pertama iaitu hari Jumaat aku dah checkin disini.
Ambil kunci bilik walaupun aku tak tidur disana
Sekadar menjadi bilik persinggahan untuk mandi dan berehat sahaja.
Rata² aku banyak bergading kerja bersama Suzana
Kerja aku sebagai AJK hadiah adalah menyediakan medal² dan menyampaikan hadiah kepada VIP
Kerja aku sebagai AJK hadiah adalah menyediakan medal² dan menyampaikan hadiah kepada VIP
Antara permainan yg dipertandingkan adalah badminton, congkak, bola jaring, futsal dll
Ini je pic yg sempat aku amik..
Aku bersama Lin, seAJK dengan aku jugak sedang menyaksikan perlawanan Futsal Wanita.
Malam Sabtu diadakan jamuan dinner untuk semua atlet dan AJK
Antara menu yang menarik adalah kambing panggang
Tapi aku xboleh nak stay lelama, pukul 9.30pm aku dah balik ke rumah my in law di Bandar Seri Putra
Hari Sabtu kami lunch di Ayam Penyet AP di 9Avenue
First time aku makan ayam penyet walaupun kt Wangsa Walk tempat aku selalu dating tu bersepah kedai ayam penyet.
Aku suka dengan menu² kat situ, memenuhi selera aku dan memang sedap
Makanan tengahari tu ditaja oleh Kak MIlah.. TQVM
Kemudian kami ke Ice Room, sebab Nana mengidam nak makan eskrim kt sana
Nana amik Ice Cream Tropical Fruit, dan aku amik Mango
Harga semangkuk adalah dari RM7.9-9.90
Selain ice cream, kat sini ada jugak menu berat²
Time kitorang pegi tu tengahari, memang ramai yg makan kat sini.
Penuh kerusi meja kat dalam tu.
Dan semalam adalah hari terakhir aku disana
Apa yang dapat aku simpulkan selama aku disana..
Kerja tak banyak mana, tapi penat nak kena ulang alik Nilai-Bandar Seri Putra-Gombak
Dan seronok sangat dapat jumpa kengkawan lama termasuk dari stesen MArdi lain..
p.s: Sori buat hubby dan anak2 sebab terpaksa tinggalkan korang hujung minggu tu.. Sian kat Danny sebab tak jumpa mummy sebab mummy balik lewat Danny dah tido, mummy kuar awal Danny belum bangun. Tapi Mummy tau Danny sedar mummy ada disisi sebab Mummy BFkan Danny. selama Danny tido.
Pic credited to Suzana
Pic credited to Suzana



0 yang sudi beri komen:
Post a Comment