Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

7.01.2011

Rentetan Pembedahan Tonsil

 Pagi ini, 30/6/2011 aku menapakkan diri ke Hospital Selayang sekali lagi
Selepas kali terakhir aku berada disini hujung bulan April yang lalu.
Aku dijadualkan datang kesini untuk follow up check up selepas pembedahan tonsil yg telah kujalani pada 27 April yang lalu.

Seawal pukul 9am kami sudah berada disana
KAmi tangguhkan dahulu niat untuk bersarapan kerana takut terlewat nanti
Selepas ambil no giliran yang ke 2024 aku menunggu di ruang menunggu kauter pendaftaran untuk daftar.

Hubby ambil cuti hari ini semata² untuk menemani ku kesini seperti biasa.
Sambil menunggu, beliau membaca majalah Malaysian Cycling manakala aku habiskan masa dengan membaca novel "Hanya Ada Kamu" dan bertweet di twitter menerusi BBku.

Selepas mendaftarkan diri, kami ke Klinik Oftamologi yg terletak dalam 20 langkah dari situ
No giliran yg kudapat adalah 3010 namun keika itu no giliran no 1 pun masih belum dipanggil
Kira² sejam selepas itu, baru tiba giliranku untuk bertemu doktor pakar
Namun apa yang dikhabarkan kepadaku kurang menyenangkan aku
Katanya report hasil dari pembedahan masih belum beliau terima
Walaupun sudah hampir 2 bulan aku menjalani pembedahan

Kesudahanny selepas mengecek keadaan tonsil aku dan bertanyakan beberapa soalan mudah,
Aku dibenarkan pulang.
Katanya pihak mereka akan menelefonku untuk memberitahu tentang keputusan pembedahan apabila sudah sedia nanti
Jika ada yang tak kena, aku kena datang semula ke hospital kelas.

p.s: Aku rasa dah ok, cuma kekadang rasa suara lain skit.. agak sengau..

Pengalaman pembedahan tonsil saya boleh anda baca disini:

2 comments: