Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

7.21.2011

Kedatangan Surat yang Mendebarkan

 Baru semalam baru pas buat entry Wordless Wednesday pasal baki pinjaman PTPTN yang berjumlah RM16,136.70.
Tu setakat 11/10/2010 je. Baki semasa taktau brape lagi dia naik.

Hari ni, tetiba dapat surat yang mendebarkan jiwa ini.
Tengok tajuk atas tu pun dah gerun.
Adakah aku sudah diblacklist oleh Imigresen?
Awal tahun lepas aku dah cek di laman sesawang PTPTN, masih tidak diblacklist lagi
Aku risau bukan ape, sebab tahun ni, sekali pun aku tidak lagi membuat pembayaran balik disebabkan oleh isu kekangan kewangan yang aku alami.
Tambah lagi risau, takut aku tak boleh balik Philipphines bulan 12 nanti since tiket sume dah beli.

Rupannya dia cuma nak kata yang aku telah dikenalpasti sedang berkhidmat di sektor kerajaan
So dia ingatkan aku supaya membuat bayaran balik dan mengelakkan dari disenaraihitamkan.

Fuh lega la sikit, mati² ingatkan dah kena blacklist
Aku cuba masuk laman sesawang PTPTN untuk semakan senarai peminjam yang telah disenaraihitamkan tapi waktu itu laman tersebut sedang down dan tak dapat diakses.

Terus aku buat pembayaran balik melalui BankIslamOnline sebanyak RM300 tadi
Aku kira² kalau tiap² bulan aku buat bayaran secara teratur sebanyak RM300, pinjaman ini akan langsai dalam masa 4 tahun setengah lg iaitu tahun 2016
Tupun kalau jumlah pinjaman tak naik lagi.

Tahun ni je aku tak buat apa² bayaran balik, tahun lepas² aku buat bayaran dengan penuh berhemat RM200 sebulan.
Tapi tak luak pun jumlah tu, masih banyak dan makin bertambah
Padahal aku pinjam dulu RM15k je.

p.s: Time dapat duit PTPTN masa belajar dulu buat joli, tak pikir pun natijahnyer kena bayar sampai sekarang xabis²

3 comments:

  1. knur nye pun tak settle lagi..bayar berselang seli je tiap bulan..janji account aktif dan tak di black list..hehe

    ReplyDelete
  2. nama saya dah blacklist kt PTPTN.. sedih.. T___T

    ReplyDelete
  3. knur, janji ada buat jgk paymnt wlupun skit.

    anarm, klu dh blacklist ssh nk gi obersi dh.

    ReplyDelete