Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

7.27.2011

Wordless Wednesday #3

Ini pemilik tulang rusuk saya. Dia sanggup tukarkan nyawanya untuk saya. Kau ade?

7.26.2011

Percubaan pertama di Austin Chase

Ni kali pertama kali kunjungan kami ke Austin Chase Wangsa Walk
Sebelum ni asyik beli frappe dan coffee di starbuck je.
So this time, hubby nyer treat.

Kat sini sesuai kalau nak lepak² untuk breakfast atau minum petang sebab ada variety of foods yg sesuai.

Untuk beverages cuma ada 2 saiz, Medium dan Large
Untuk medium harga untuk adalah RM13 dan Large RM14
Which mean more expensive than Starbuck's
Starbucknyer Venti pun baru RM13.50

  Kitorang decide untuk take away je..
So lepak2 dulu kat meja dia
Agak lama jgk la masa yang diorang ambil untuk prepare 2 air tu je.
Anyway, aku suka dengan deretan novel2 english yg tersusun disitu
Menjadikan Austin Chase ni tempat yang sesuai untuk lepak2 ketika menunggu somebody.

 Untuk take away dia letak kat dalam paper bag ni. 
Hubby order hot chocholate manakala untuk aku Chocolate Cream Frappe
Sebenarnya aku nak Chocolate Cream Chip tp hubby semasa order order lupa nk mention chip tu.

Menu Chocolate Cream ni sama macam kt starbuck cuma xde chips sahaja.
Tapi selepas tekak aku menimbang tara, aku lebih prefer rasa yg Starbuck punya,,
Starbuck punya kadang2 leh rasa ais ketul seketul xlumat, tp bagusnya AC ni ais dia memang smooth.
Try rasa hubby nyer hot chocolate kena pulak ngan tekak aku.. Sedap sbb leh rasa manis caramel dia.

Harga untuk dua choc tu adalh RM28.

p.s: Ada jgk menu sama cm Starbuck iaitu Green Tea Frappe. Leh cuba nanti.



7.25.2011

Ayam Penyet AP lagi.

Pas 1st time pekena Ayam Penyet AP sewaktu di Nilai tempoh hari, aku berkesempatan lagi untuk makan ayam penyet
Kali ini di Wangsa Walk Mall
Itupun setelah beberapa kali cubaan memujuk en hubby
Sebabnya en hubby xmakan nasi, so mmg susah nak ajak ke restoran yang menu utamanya nasi.

Sempat lagi en hubby hasut anak², katanya ayam penyet tu ayam yg terpenyet sebab kena langgar kete.
Sabar je la.
Akhirnya dia mengalah, sebab saya tau dia sayangkan saya.

Menu utama yang kupilih masih ayam penyet RM8.00
Dihidangkan bersama ulam salad dan timur dan juga sambal belacan
Cuma yang xada adalah tempe dan tauhu mcm kt Nilai hari tu.

Hubby pulak pilih Lele Penyet iaitu Ikan Keli
RM8.50 untuk 2 ekor yang beasar.

Sup Rawan (sup lembu) RM8.50
Dagingn lembut je.

Dan juga Gado-gado menu yang diorder oleh En Hubby
Sedap kuah kacang dia.
Siap ade keropok lagi
RM5.00 sepinggang
Dan aku order 2 pinggan nasi putih untuk aku makan bersama 3 orang anak²ku.
En hubby memang tak makan nasi ye, harap maklum,

 Untuk air, kitorang order 2 milo panas, 1 indonesia milk tea dan air kosong.

Aku suka suasana dalam restoran ni
Servis pun laju
Tapi kedudukan meja dan kerusi yang agak rapat menyukarkan aku untuk bawa masuk stroller
Kesudahannya kami memilih untuk duduk dimeja paling depan
Makan hari ni semuanya berjumlah RM38.70
Sangat² kenyang dan puas hati

p.s: Next time nak try Ayam Penyet Ria di Wangsa Link, sebelah Wangsa Walk pulak.

7.22.2011

My Bike

This is my bike
Masa beli dulu, macam cikai je..
Tapi yang ni dah upgrade
Yang original hanyalah frame dan seat dia aje
Yang lain sume dah upgrade

Handle bar pun dah tukar kepada yang light weight skit
Dan yang lurus skit, before ni agak curvy
Siap letak side mirror lagi.

Jenama Venzo, beli 2nd hand kat Mudah.. RM50 sahaja yer.

Gear system pun dah tukar
Tapi gear depan xpakai so aku buat, so pengayuhan menjadi lebih smooth..

 Fork pun dh tukar tapi bukan jenama fox la..
Yg penting yg lite weight
Yang merah kt seat tu lampu kelip2 beli kt ace hardware.

p.s: Dah jarang naik, naik pun weekends je, Balik keje penat dan kadang² sampai malam tu yg xsempat tu..

7.21.2011

Kedatangan Surat yang Mendebarkan

 Baru semalam baru pas buat entry Wordless Wednesday pasal baki pinjaman PTPTN yang berjumlah RM16,136.70.
Tu setakat 11/10/2010 je. Baki semasa taktau brape lagi dia naik.

Hari ni, tetiba dapat surat yang mendebarkan jiwa ini.
Tengok tajuk atas tu pun dah gerun.
Adakah aku sudah diblacklist oleh Imigresen?
Awal tahun lepas aku dah cek di laman sesawang PTPTN, masih tidak diblacklist lagi
Aku risau bukan ape, sebab tahun ni, sekali pun aku tidak lagi membuat pembayaran balik disebabkan oleh isu kekangan kewangan yang aku alami.
Tambah lagi risau, takut aku tak boleh balik Philipphines bulan 12 nanti since tiket sume dah beli.

Rupannya dia cuma nak kata yang aku telah dikenalpasti sedang berkhidmat di sektor kerajaan
So dia ingatkan aku supaya membuat bayaran balik dan mengelakkan dari disenaraihitamkan.

Fuh lega la sikit, mati² ingatkan dah kena blacklist
Aku cuba masuk laman sesawang PTPTN untuk semakan senarai peminjam yang telah disenaraihitamkan tapi waktu itu laman tersebut sedang down dan tak dapat diakses.

Terus aku buat pembayaran balik melalui BankIslamOnline sebanyak RM300 tadi
Aku kira² kalau tiap² bulan aku buat bayaran secara teratur sebanyak RM300, pinjaman ini akan langsai dalam masa 4 tahun setengah lg iaitu tahun 2016
Tupun kalau jumlah pinjaman tak naik lagi.

Tahun ni je aku tak buat apa² bayaran balik, tahun lepas² aku buat bayaran dengan penuh berhemat RM200 sebulan.
Tapi tak luak pun jumlah tu, masih banyak dan makin bertambah
Padahal aku pinjam dulu RM15k je.

p.s: Time dapat duit PTPTN masa belajar dulu buat joli, tak pikir pun natijahnyer kena bayar sampai sekarang xabis²

7.20.2011

Wordless Wednesday #2

*sigh*

Makan2 Review: Saba Restaurant

Semalam aku, Suzana dan Abang Lan lunch di Saba Restaurant yang terletak di Cyberjaya
Makanan yang dihidangkan disini adalah makanan dari timur tengah seperti nasi arab dan kebab.

 Time kitorang pegi memang ramai sangat orang
Tak cukup dengan kat dalam, di luar pun penuh
Tapi kitorang dapat jugak meja akhirnya.

Antara menu2 yang bes disini adalah Mandi Chicken dan Mandi Lamb

 Aku dan Abang Lan order Mandi Chicken

Suzana pulak Grilled Chicken

Nasik dia punya la banyak. setimbun dalam pinggan besar tu.
I managed to eat half only.

Air yang aku order adalah Pineapple Juice yang berharga Rm5
Abang Lan Watermelon Juice dan Suzana Lime Juice


 Disini diorang menggunakan kad magnetis Touch n Pay
Lepas amik order dan dikey-in dalam portadle device dia, dia akan touch kad ni dah bg kt customer
Lepas makan customer cuma perlu serahkn kad ni di kaunter bayaran
Jumlah harga yang perlu dibayar akan tertera diskrin selepas di touch

Dah kenyang dah. Tak larat nak abiskan..

Bila kenyang hati pun gembira.

Total semua ialah RM77.70
Tu pun dah termasuk yang ditapau.

p,s: Takleh la selalu² datang makan sini.
One in the while boleh la..

7.19.2011

Sukan Dwi Tahunan MARDI

Tahun ni, MARDI HQ jadi penganjur untuk sukan MARDI
Dan ini merupakan penglibatan pertama kali aku dalam menjadi urusetia sukan ini
2 tahun lepas aku pernah menjadi urusetia penginapan untuk sukan MOA yang diadakan di Uniten.
Kali ini ia diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terletak di Nilai.

Kebanyakan sukan berlangsung di Kompleks sukan ini
Ada juga yang diadakan di lokasi lain seperti Paroi, Ilsas Bangi dan The MInes.

Hari pertama iaitu hari Jumaat aku dah checkin disini.
Ambil kunci bilik walaupun aku tak tidur disana
Sekadar menjadi bilik persinggahan untuk mandi dan berehat sahaja.

Rata² aku banyak bergading kerja bersama Suzana

  Kerja aku sebagai AJK hadiah adalah menyediakan medal² dan menyampaikan hadiah kepada VIP

 Antara permainan yg dipertandingkan adalah badminton, congkak, bola jaring, futsal dll
Ini je pic yg sempat aku amik..

 Aku bersama Lin, seAJK dengan aku jugak sedang menyaksikan perlawanan Futsal Wanita.

Malam Sabtu diadakan jamuan dinner untuk semua atlet dan AJK
Antara menu yang menarik adalah kambing panggang
Tapi aku xboleh nak stay lelama, pukul 9.30pm aku dah balik ke rumah my in law di Bandar Seri Putra

 Hari Sabtu kami lunch di Ayam Penyet AP di 9Avenue
First time aku makan ayam penyet walaupun kt Wangsa Walk tempat aku selalu dating tu bersepah kedai ayam penyet.
Aku suka dengan menu² kat situ, memenuhi selera aku dan memang sedap
Makanan tengahari tu ditaja oleh Kak MIlah.. TQVM

 Kemudian kami ke Ice Room, sebab Nana mengidam nak makan eskrim kt sana
Nana amik Ice Cream Tropical Fruit, dan aku amik Mango
Harga semangkuk adalah dari RM7.9-9.90
Selain ice cream, kat sini ada jugak menu berat²
Time kitorang pegi tu tengahari, memang ramai yg makan kat sini. 
Penuh kerusi meja kat dalam tu.

Dan semalam adalah hari terakhir aku disana
Apa yang dapat aku simpulkan selama aku disana..
Kerja tak banyak mana, tapi penat nak kena ulang alik Nilai-Bandar Seri Putra-Gombak
Dan selama disana aku makan banyak (sebab takde personal trainer aku disisi)

Dan seronok sangat dapat jumpa kengkawan lama termasuk dari stesen MArdi lain..

p.s: Sori buat hubby dan anak2 sebab terpaksa tinggalkan korang hujung minggu tu.. Sian kat Danny sebab tak jumpa mummy sebab mummy balik lewat Danny dah tido, mummy kuar awal Danny belum bangun. Tapi Mummy tau Danny sedar mummy ada disisi sebab Mummy BFkan Danny. selama Danny tido.

Pic credited to Suzana