Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

6.28.2011

Kisah sedih my Aspire One Happy

 Aku beli netbook Aspire Acer One Happy ni pada 8/2/2011 yg lalu.
Masa tu aku tengah kaya sekejap sebab baru dapat duit kwsp aku sebanyak RM14k tu.
Ni salah satu benda yg aku beli (walaupn aku xde alasan kukuh kenapa aku beli benda alah ni)
Aku beli dengan harga RM1299 termasuk free satu kotak penuh berisi accesories komputer.

Aku rasa aku pegang netbook ni adalah cuma 5-6 kali, sebab xde connection antara aku dan si hijau ini
(aku beli kaler ni sebab kaler ni je satu2 kaler yg ada, atau lebih tepat satu2nya acer one happy yg ada di kedai tersebut)
Oh ya, aku beli di sebuah kedai komputer di Wangsa Walk Mall yer.

Netbook ni selain windows ada jugak android yg aku rasa menyampah sgt..
Tu satu, satu lagi sebab netbook ni xpernah dapat connect dengan wifi PiW1 aku kat rumah tu.
Sebabnya, seperti yg hubby bgtau, wifi n blutooth dia link bersama yg mn selalu berlaku konflik ketika nk connect tu internet.

Sebagai salah satu solution, hubby try utk buang windows dan android dan install 
dengan ubuntu.
Lepas 5-6 kali aku pegang mmg aku tak amik pusing lg perihal netbook ni.
Aku tak kisah sangat since kt rumah ni ada 4 laptop termasuk netbook ni.
Lepas tu aku tgk netbook tu elok je duduk dalam kotak dia dan duduk sengap dalam almari baju aku.
Bila aku tnya hubby dia kata xboleh on dan akan bwk balik ke kedai ritu.

Sampai la semalam, laptop yg aku selalu guna tu tiba2 mati sebab xboleh charging.
Bila diselidiki rupanya lubang tempat caj tu, ada besi yg dah patah.. so xleh la on lg sbb xboleh caj lg..
Then aku try la punggah balik Acer One ni kot2 boleh bukak..
Memang boleh bukak tapi....

 Ini yang kelihatan..
Sebelah skrin dah jadi macam tu..

So lepas keje td terus gegas ke kedai komputer tu balik..
Sebab masih ada warranty lagi..
Bila tunjuk kt tokey tu, dia kata skrin rosak tak termasuk dalam warranty..
Katanya skrin netbook tu pecah kt dalam..
Walau kt luar takde retak ke ape..

Aku tak pernah ingat pn netbook ni ada jatuh ke apa..
Kalau nak kata Dania @ Dhiya yg jatuhkn mustahil sbb diorang memang aku tak bg pegang langsung laptop yg ini..

Dia kata lagi dia suruh kitorang hantar kt Acer di Plaza Low Yat untuk repair..
Kalau dia nak tolong hantar boleh tp dia akan caj lebih la..
Dan caj untuk repair lebih kurang sama untuk beli yg baru..

So kesedihan melanda aku hari ni..
Sebabnya membazir je aku beli netbook ni..
Duit RM1299 burn macam tu je la..
Nyesal lak beli sebab kalau ikutkan aku tak perlu pn netbook ni..

Hubby give me one option,
Dia suruh aku beli monitor baru then jadikan desktop..
Aku kata netbook ni tak tahan untuk penggunaan lelama..
So idea tu memang aku tolak..

Pilihan aku, akan ke Low Yat dan tanya harga..
If below than RM800 i still can consider
If more than that, i better keep the netbook buat tukun ikan2 aku kt rumah tu..

p.s: sesapa ada another option don't hesitate to contact me yer..

4 comments:

  1. eh..beli lcd laptop yg reckon je..x sampai rm500 kot...nk senang cari kt kedai yg ade repair laptop..

    ReplyDelete
  2. ok, mmg ingt cmtu jgk klu harga repair mhl sgt.. tq

    ReplyDelete
  3. Salam cik. Saya boleh repair skrin laptop netbook tu pada harga rm250 sahaja. Call gigahertz 0163149620

    ReplyDelete
  4. Sesiapa yang mengalami problem skrin pecah di atas boleh datang ke kedai saya di

    Lot 1.38 First Floor Selayang Capitol Complex 68100 Selayang Jaya Selangor
    GPS : N 3.243696,101.648941

    ReplyDelete