Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

6.13.2011

Bila tiba musim berbasikal..

Sebenarnya tak tau pun kenapa tiba² cam ramai jek yang berbasikal.
Mungkin dah masuk musim berbasikal pulak kot.

Mula² beli basikal Dania dan Dhiya..
Niat dah lama nak beli sebagai hadiah harijadi yang dah berapa bulan tertunggak..
Akhirnya dapat jugak langsaikan hutang basikal untuk budak² tu..

Pastu beli basikal mountain bike Oscar ini..
Murah je dalam RM680 kalau tak salah.
Beli basikal ni sebab hubby nak cycle pergi opis baru dia..

 Tiba² bulan kedua beli lak basikal Nexus RM1000+ ni..
Terkejut aku nengok harga, tak sangka mahal benor harganya..
Kalau ikutkan aku aku tak bagi beli basikal memahal ni
Basikal Oscar RM600++ tu pun dah mahal benor bagi aku..

Aku ingat lagi masa aku dapat keputusan bagus masa PMR dulu,
Mak dan Abah hadiahkan aku mountain bike kaler pepel berharga RM100+
Untuk beli basikal tu, susah payah benor mak abah cari duit..
So aku amat2 hargai sangat² basikal tu.. Sebab sebelum tu aku naik basikal mini yg ada raga depan tu je.
Harga masa tu RM80 je sebuah...

Bila aku pegi kedai basikal fav hubby kt Wangsa Maju tu. terkejut nengok harga..
Tak sangka ada basikal harga sampai RM3000++, dalam hati aku berkata, 'baik beli moto'

Bila dah beli basikal Nexus idaman hubby tu, basikal Oscar tu dia hulur la kat aku..
Padahal aku tak minta nak basikal pun sebab aku tau aku bukannya ada masa nak berbasikal..
Pastu marah aku lak sebab tak naik basikal tu, lama² kang karat katanya..
Masa beli basikal Oscar tu, bajet ciput dan beli dalam keadaan kelam kabut.. So tak berkenan lak hubby..
Tu yang bila ada duit terus je sambar Nexus tu..

Tu pun ada hati nak upgrade basikal Oscar dia tu.. Harga upgrade dah sama harga cam beli basikal lagi satu..
Erm.. Tak tau la nak kata apa.. Dia dah ada duit, lantak pi la..
Tapi sib baik la cycle jugak.. sehari huby akan cycle dalam 10-15km..

p.s: Suka nengok basikal Pixie kalerful yang budak² dok gilai sekarang...

2 comments: