Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

6.28.2011

Kisah sedih my Aspire One Happy

 Aku beli netbook Aspire Acer One Happy ni pada 8/2/2011 yg lalu.
Masa tu aku tengah kaya sekejap sebab baru dapat duit kwsp aku sebanyak RM14k tu.
Ni salah satu benda yg aku beli (walaupn aku xde alasan kukuh kenapa aku beli benda alah ni)
Aku beli dengan harga RM1299 termasuk free satu kotak penuh berisi accesories komputer.

Aku rasa aku pegang netbook ni adalah cuma 5-6 kali, sebab xde connection antara aku dan si hijau ini
(aku beli kaler ni sebab kaler ni je satu2 kaler yg ada, atau lebih tepat satu2nya acer one happy yg ada di kedai tersebut)
Oh ya, aku beli di sebuah kedai komputer di Wangsa Walk Mall yer.

Netbook ni selain windows ada jugak android yg aku rasa menyampah sgt..
Tu satu, satu lagi sebab netbook ni xpernah dapat connect dengan wifi PiW1 aku kat rumah tu.
Sebabnya, seperti yg hubby bgtau, wifi n blutooth dia link bersama yg mn selalu berlaku konflik ketika nk connect tu internet.

Sebagai salah satu solution, hubby try utk buang windows dan android dan install 
dengan ubuntu.
Lepas 5-6 kali aku pegang mmg aku tak amik pusing lg perihal netbook ni.
Aku tak kisah sangat since kt rumah ni ada 4 laptop termasuk netbook ni.
Lepas tu aku tgk netbook tu elok je duduk dalam kotak dia dan duduk sengap dalam almari baju aku.
Bila aku tnya hubby dia kata xboleh on dan akan bwk balik ke kedai ritu.

Sampai la semalam, laptop yg aku selalu guna tu tiba2 mati sebab xboleh charging.
Bila diselidiki rupanya lubang tempat caj tu, ada besi yg dah patah.. so xleh la on lg sbb xboleh caj lg..
Then aku try la punggah balik Acer One ni kot2 boleh bukak..
Memang boleh bukak tapi....

 Ini yang kelihatan..
Sebelah skrin dah jadi macam tu..

So lepas keje td terus gegas ke kedai komputer tu balik..
Sebab masih ada warranty lagi..
Bila tunjuk kt tokey tu, dia kata skrin rosak tak termasuk dalam warranty..
Katanya skrin netbook tu pecah kt dalam..
Walau kt luar takde retak ke ape..

Aku tak pernah ingat pn netbook ni ada jatuh ke apa..
Kalau nak kata Dania @ Dhiya yg jatuhkn mustahil sbb diorang memang aku tak bg pegang langsung laptop yg ini..

Dia kata lagi dia suruh kitorang hantar kt Acer di Plaza Low Yat untuk repair..
Kalau dia nak tolong hantar boleh tp dia akan caj lebih la..
Dan caj untuk repair lebih kurang sama untuk beli yg baru..

So kesedihan melanda aku hari ni..
Sebabnya membazir je aku beli netbook ni..
Duit RM1299 burn macam tu je la..
Nyesal lak beli sebab kalau ikutkan aku tak perlu pn netbook ni..

Hubby give me one option,
Dia suruh aku beli monitor baru then jadikan desktop..
Aku kata netbook ni tak tahan untuk penggunaan lelama..
So idea tu memang aku tolak..

Pilihan aku, akan ke Low Yat dan tanya harga..
If below than RM800 i still can consider
If more than that, i better keep the netbook buat tukun ikan2 aku kt rumah tu..

p.s: sesapa ada another option don't hesitate to contact me yer..

Pendaftaran Giant Kids Run 2011

Semalam terpandang tweet dari @runwitme tentang Giant Kids Run
Jadi lepas balik keje semalam, kami terus bergegas ke Giant Hypermarket Batu Caves untuk dapatkan borang.
Lepas melayari laman web runwitme menerusi BBku di dalam kereta
Apa yang aku faham, untuk register kena beli barang2 dari pihak penaja minimum RM20.

So kami pun beli la barang munchy's, ducth lady dan libresse bernilai RM40 semata2 untuk dapatkan 2 borang.

Ini barang² yang kami beli

Kemudian kami ke kaunter rokok untuk dapatkan borang.
Rupanya cuma perlu beli RM20 dah boleh daptkan borang.
Borang tu pulak boleh isi untuk up to 4 childs..

Tapi,
Ingat tu je kena bayar.. rupanya kena bayar RM15 per child
So untuk Dania dan Dhiya kena la bayar RM30.

Dhiya masuk kategori 4-6 tahun, cuma 400meter.
Salah seorang parent kena ikut lari bersama
Dania pulak kategori 7-8 tahun, cuma 600 meter dan kena lari sendiri

Oh ya, larian ni akan diadakan pada Hari Malaysia iaitu 16/9/2011.
Lambat lagi kan?
Akan dapat tshirt, bib dan goodie bag worth RM100
Akan diadakan di Taman Metropolitan Kepong (dekat la ngan rumah I, hehehhe)

This will be Dhiya 1st run and second for Dania after her 1st @ Standard Chatered.

p.s: Hadiah berupa wang tunai menarik menanti pemenang tempat pertama hingga ketiga..

6.26.2011

Standard Chartered Runs (KL Marathon) 2011

Ini kali kedua kami menghadiri Standard Chartered Run ini.
Kali pertama adalah pada tahun lepas.
Tahun lepas hanya hubby yg sertai larian, ku datang jua tapi sekadar menemani.
Kali ni, Dania pertama hati kami yang pertama pun sertai juga
Dania masuk kategori Kids Dash 950meter manakala hubby kategori Men Open 10km.

Kami tiba seawal pukul 5 pagi
Itupun melilau kami mencari jalan sebab pada ketika itu rata-rata semua jalan telah ditutup
Akhirnya dapat juga kami jumpa jalan menuju ke JKR HQ.
Kami parking disitu dan berjalan lebih kurang 1km ke Dataran Merdeka.

Kategori yang hubby masuk bermula pukul 7.00am manakala kategori Dania pukul 830am
Sementara menunggu hubby selesai habiskan larian kami menunggu di khemah menunggu sambil menonton di skrin besar.
Oh ya, kali ini KL Marathon disertai seramai 22k peserta.

Hubby tamatkan larian selepas 55 minit.
Bermakna hubby akan lari menemani Dania pada pukul 830 nanti.

Sambil menunggu untuk kategori Dania bermula, 
Kami tengok persembahan kebudayaan yang sedang berlangsung.

Dania dapat lolipop dan belon
Itupun punya la malu nak suruh dia gi amik..

Ada kids zone
Nasib la Dhiya tak ikut, kalau tak mesti nak main kt sini je..

Selepas dapatkan maklumat di Information Counter,
Kami terus bersedia ke starting point yang terletak di berdekatan dengan Royal Selangor.

Ramai budak2 dah menunggu disini..

Dania dan hubby warming up dulu.. Takut lari nanti kejang pulak..
Buat regangan dan lompat bintang 30 kali.

Lepas larian dilepaskan, aku ke garisan penamat di sebelah sana..
Rupanya aku belum sampai, diorang dah sampai dulu..

Selepas itu, hubby buat recovery sport massage
Harga still sama macam tahun lepas, RM20 untuk lower body.
Dan aku perasan brother yang sama jugak massage hubby tahun lepas sbb aku ingat aku ada capture gambar dia dulu.

Untuk yang masuk marathon dan half marathon lepas abis larian boleh rendam kaki di ice treatment ni.

Ini sijil penyertaan yang Dania dapat
Sangat kagum dengan Dania since this is her first run
Hopefully lepas ni Dania boleh join lagi banyak aktiviti running macam ni..

 Ini medal untuk finisher tahun ini..

Dania and Daddy, like daddy like daugther..
Sangat bangga dengan korang berdua..

p.s: Xde la gambarku kali ni..

Kasut Baru Dhiya

Selepas collect bib no dari Standard Chartered di Kompleks Bukit Jalil siang tadi,

Kami ke 1Utama untuk cari kasut NB
Sebenarnya hubby yang nak cari kasut untuk Larian Standard Chartered Ahad ini..
Tambah pulak dapat voucher diskaun 20% masa collect bib tu.

Rupanya NB 1Utama tengah buat sales sehingga 50% diskaun
Kasut yang hubby nak tu memang dah ada diskaun 30%
So xleh dah guna voucher tu

Tetiba ternampak kasut cam Dania beli ritu kat post ini
Kebetulan memang Dania tengah pakai kasut tu,
Salesgirl NB tu kata kt Dania, 'Amboi, kecik2 dah pakai kasut NB. Akak dah besar baru merasa'
Nak je aku jawab, 'Saya pun sama la dh besar br merasa'

Tapi kasut kaler merah cam Dania dah xder size
So Dhiya beli kaler biru
Cantik lagi kaler biru dimataku..
So dapat la Dhiya kasut NB jugak
dengan guna voucher 20% yang dapat tu..

Cantikkan?
Pas ni nak cari kasut sport utk Danny pulak
Tapi xde la jenama NB sbb NB xde untuk baby..

p.s: Hubby aku asal nak masuk larian mesti nak beli kasut baru, tak paham sungguh aku..

6.23.2011

Tempahan Baju Kelab MA

 Pukul 10 tadi kami (aku, ekin, fzly n wan aznan) ke kedai Botakz ini

 Terjumpa dengan kedai ini setelh ku membuat carian google di internet untuk mencari kedai tempahan baju
Kitorang (Kelab MA) bercadang nak buat uniform keparat (read: korporat)
..selepas kejayaan kitorang hasilkan baju batik kelab yg lepas.

 So, aku selaku Bendahari kelab diajak bersama untuk membuat rundingan bersama abang Botakz ini..

 Wan Aznan pening memikirkan design tercantik bersama abang Botakz

Aku (dan kami) sangat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan.
Even untuk buat blok logo cuma dicas RM50
Sepasang baju kosong cuma RM38.
Lepas letak nama dan logo so jadilah RM44 sehelai.
Still dalam bajet lagi.

 Oh ya, siapa yg berminta untuk tempahan baju boleh ke link ini
 Terletak di Taman Cheras Prima

Dan ini design kami. Cantik?

 Lepas tu kami menjamu selera di Gerai Lebah yang berdekatan
Terima kasih kepada Presiden Terlampau yang sudi membelanja kami.

Aku dan Penolong Bendahari (Ekin) merangkap BFF aku..

p.s: Kepada BFF sorang lagi tu jangan amik hati yer, nnti bebila kita pegi lagi.. Saya sayang kamu dan kamu..

6.22.2011

Letting go my DF..

Berat untuk saya buat keputusan ini..
Sebab saya sangat² sayangkan deep freezer saya itu..
Banyak kenangan tercipta bersama DF itew..

Teringat saat² DF saya hampir penuh dengan stok EBM
Walaupun DF saya tak pernah penuh dan melimpah² macam otai² BF moms diluar sana, namun ini sudah membuatkan benar² bersyukur..
Satu kejayaan besar bagi saya.. Kerana sehingga kini saya masih mampu untuk memberikan susu terbaik untuk Danny Rayyan yang dah pun berusia setahun 6 bulan itew..

Tapi sejak 3 bulan lepas, DF itew telah kosong dan tidak berpenghuni..

 Sebab stok EBM dah ditranfer ke freezer peti sejukku..

Dan hari ini, freezerku itew hanya dihuni oleh ikan², daging² dan yg seangkatan dengannya
Sebabnya sudah habis semua stok EBMku..
Hasil perahan setiap hari hanya mampu untuk dibekalkan untuk keesokkan harinya..
Tak mampu lagi disimpan untuk buat EBM..

So I've decided utk letgo DF ini..
Nak tunggu ada baby lagi lambat lagi, ikut perangan tahun 2013 kalau still ada rezeki yang Allah nak bagi..
Dah ada 2 buyer pun dok tanya² tapi masih belum confirm..

Oh ya, DF ni jenama Midea, beli awal tahun 2010.. pakai dalam setahun 3 bulan gitu..
 Dah siap lekat sticker cantik lg..

Sekarang DF tu duduk sengap je situ..
(Motip: Nak tunjuk kitchenku sebenarnyer,, heheh)

p.s: Andaia ada rezeki untuk beranak lagi, nak trade in peti sejuk sekarang ni dgn peti sejuk 2 pintu bukak cm lemari tu, freezer sebelah, peti ais sebelah... Rezeki itu ada jika kita usaha.


6.21.2011

Pahala untuk ibu-ibu yang menyusukan...

Ini janji Allah untuk ibu-ibu yang menyusukan anaknya,,,

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

p.s: Ya Allah, seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini. penuhilah ia dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku, Danny Rayyan.

Perasaan itu..

Aku tak suka perasaan ini..
Cuba anda bayangkan...

Esok keje..
Malam itu anda merenung lemari anda yang semak itu..
Taktau baju mana perlu anda capai dan gosok.. (atau serah pada maid utk jalankan tugasan itu)
Anda tarik satu baju, lama anda renung baju itu..
'Baju ni dah pakai minggu lepas' hati kecik anda berdetik..
Terus simpan balik baju itu..
Anda tarik baju kurung warna biru itu pula..
Anda termenung lagi.. memikirkan baju itu mahu dipadankan dengan tudung apa..
Lantas anda simpan semula dan termenung lagi depan lemari..

Ataupun anda amik jugak baju itu walau hati anda rasa berat.
Anda gosok (atau maid yang gosokkan) dan gantung untuk dipakai keesokan hari..
Bila esok tiba, anda capai baju yang anda sudah gosok itu, dengan satu perasaan..
Anda tak mahu pakai baju itu, lantas termenung kembali depan lemari pikirkan semula baju apa yang anda betul² ingin pakai hari itu..
Dan situasi itu berulang-ulang pada waktu yang sama setiap hari berkerja..

Itu situasi yang saya alami.. setiap hari..
 Oh, betapa saya idamkan untuk memiliki walk in wardrobe yang penuh berisi dengan koleksi² baju saya..
Saya mahu koleksi baju² yang banyak sampaikan saya tak perlu ulang baju yang sama selama setahun. (boleh?)
Saya tak mahu berkongsi lemari..
Lemari saya, lemari saya..
Baju awak letak sana jauh²..
p.s: Lemari 6 pintu yg ada sekarang dah cukup besar.. tapi hanya 2 pintu yg guna.. 4 pintu lagi berkunci siap ada code untuk buka.. Kenapa? Hanya aku, dia, dia dan dia dia yang tahu.. Oh, betapa saya inginkan rumah idaman saya... Dan juga, saya tidak suka akan perasaan itu..



6.20.2011

Kisah basikalku..

Malam Jumaat tu hubby mula mulakan operasi..
Time tu baik punya aku landing atas totoo dpn tv layan maharajalawak..
Dia beli fox baru untuk basikal dia..
So fox basikal dia, dia tukar ke basikalku..

Dah la smpai trpotong jari kiri beliau..
Terpaksa bergegas ke klinik di Sri Gombak..
Kena 2 jahitan..

Itu satu hal..
Satu lagi tah hape yg dia buat pada gear depan bikeku itu..
Sampai kabel dalam tu putus..
Bila bawak repair tauke kedai beskal tu pn kata ni model baru, dia tak pernah bukak dan repair lg..

Pas bukak, dia xreti dh pasang balik..
Kekdahnya, dia kata tukar je la gear baru.. Sepasang dia bg harga kautimmm rm50 je padahal harga sebenar rm140..

Bike aku tu dh jd mcam beskal experiment bg dia..
Padahal aku bukannya amik port sgt pasal basikal tu..
Ada la 2-3 kali round taman teman Dania bawak basikal dia..

Kat opis pn dh ramai yg beli basikal..
Ada tu smpai rm2700.. Mak aii..

P.s: xtau eja fox atau fork.. Mana2 la asalkn bunyi dia sama kan?



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

6.14.2011

Gadget Baru..

Lebih kurang sebulan aku dok survey² mudah.my untuk cari gadget ini.
Dah 3 orang pengiklan yang aku sms bertanyakan tentang mesin jahit tepi singer yg diorang iklankan..
Tapi semua pun senyap tanpa jawapan..
Harga yang paling murah adalah RM700 untuk model seperti di bawah ni.

Akhirnya aku bersms denga Nuha,
Harga yang diletak di Mudah.my adalah RM1000,
Namun apabila tawar menawar berlangsung akhirnya dapat jugak ikut bajet aku RM850
Siap datang antar kat rumah lagi..

Conditon memang tiptop, tak nampak langsung macam second hand
Sebab katanya baru guna 2-3 kali je..
Dia datang siap dengan kotak lagi..

Sangat² berpuas hati dapat mesin jahit tepi singer ni
Harga untuk model baru adalah RM1200
Serasi je dia duduk bersama mesin jahit ku itu..

Aku dah try test, memang ok..
Walaupun mula² agak terkial² baca manual cara² nak masukkan benang..
Akhirnya berjaya jugak..

Itulah tempat letaknya kedua² gadgetku itu..
Kalau nak menjahit memang aku sambil berdiri je..
Kalau nak duduk kena mengangkut ke tingkat bawah pulak, duduk kt meja makan..
Kejap² menjahit boleh la.. Lelama lenguh kaki..

Sekarang ni dok usyar2 kerusi dan meja kat Ikea..
So ini pilihan aku.. Paling murah yang dapat aku cari..
Meja ni berharga RM95
Dengan kerusi matching ini berharga RM47
So total RM142

p.s: Jom ke IKEA..

6.13.2011

Bila tiba musim berbasikal..

Sebenarnya tak tau pun kenapa tiba² cam ramai jek yang berbasikal.
Mungkin dah masuk musim berbasikal pulak kot.

Mula² beli basikal Dania dan Dhiya..
Niat dah lama nak beli sebagai hadiah harijadi yang dah berapa bulan tertunggak..
Akhirnya dapat jugak langsaikan hutang basikal untuk budak² tu..

Pastu beli basikal mountain bike Oscar ini..
Murah je dalam RM680 kalau tak salah.
Beli basikal ni sebab hubby nak cycle pergi opis baru dia..

 Tiba² bulan kedua beli lak basikal Nexus RM1000+ ni..
Terkejut aku nengok harga, tak sangka mahal benor harganya..
Kalau ikutkan aku aku tak bagi beli basikal memahal ni
Basikal Oscar RM600++ tu pun dah mahal benor bagi aku..

Aku ingat lagi masa aku dapat keputusan bagus masa PMR dulu,
Mak dan Abah hadiahkan aku mountain bike kaler pepel berharga RM100+
Untuk beli basikal tu, susah payah benor mak abah cari duit..
So aku amat2 hargai sangat² basikal tu.. Sebab sebelum tu aku naik basikal mini yg ada raga depan tu je.
Harga masa tu RM80 je sebuah...

Bila aku pegi kedai basikal fav hubby kt Wangsa Maju tu. terkejut nengok harga..
Tak sangka ada basikal harga sampai RM3000++, dalam hati aku berkata, 'baik beli moto'

Bila dah beli basikal Nexus idaman hubby tu, basikal Oscar tu dia hulur la kat aku..
Padahal aku tak minta nak basikal pun sebab aku tau aku bukannya ada masa nak berbasikal..
Pastu marah aku lak sebab tak naik basikal tu, lama² kang karat katanya..
Masa beli basikal Oscar tu, bajet ciput dan beli dalam keadaan kelam kabut.. So tak berkenan lak hubby..
Tu yang bila ada duit terus je sambar Nexus tu..

Tu pun ada hati nak upgrade basikal Oscar dia tu.. Harga upgrade dah sama harga cam beli basikal lagi satu..
Erm.. Tak tau la nak kata apa.. Dia dah ada duit, lantak pi la..
Tapi sib baik la cycle jugak.. sehari huby akan cycle dalam 10-15km..

p.s: Suka nengok basikal Pixie kalerful yang budak² dok gilai sekarang...