Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

5.31.2011

Sneak Peak my new ride..

Sneak peak dulu..
Full story nanti yer..

P.s: my hubby n my new ride..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Repair kete..

Tengahari semalam masa pergi kantin untuk tapau makanan, power window belakang driver stuck..
Boleh turun tapi dah tak boleh naik..
Dah cuba berkali2 tapi still dia malas mau naik..
BBM en hubby bagitau keadaan semasa, sekali ku pulak yang kena marah..

Pas balik kerja, bergegas ke Melati Car Center untuk repair..
En hubby tak sabar2 sampai sume kete yang bawak slow depan dia, dia maki..

Pas diberi pemeriksaan oleh En Ali, mekanik tetap disitu, rupanya kena tukar bracket..
Benda alah tu patah rupanya..
So beli la ganti original proton nyer rm160..
Tapi sib baik la gaji pertama en hubby di opis baru masuk semalam..
So xde hal la RM160 tu, jus 1% dr total gaji dia bulan ni..

P.s: Harap2 bulan2 seterusnya pun gaji meriah cam bulan ni jgk..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ikan Bettaku...

Bilikku di opis dah makin sarat dengan penghuni.
Selain aku dan Ekin ada penghuni² lain yang menumpang disini..
Yang terbaru adalah 2 ekor ikan betta aka ikan laga ni.
Aku beli ikan ni gi kedai ikan di BBB
Ikan jantan RM3, dan betina tu RM1.50 je
Heran jugak bila aku research kt internet ramai yang kata ikan laga betina susah nak cari.

Sekarang ni aku tengah study cara² untuk mengawankan diorang..
Bukan nak buat jual ke apa, saja syok²..
Harap² berjayalah dengan jayanya..
Kang penuh bilik aku dengan bekas² kecil ikan laga..
Time tu nanti aku bagi free je buat sapa² yang nak..

p.s: Nak stop kejap dari beli ikan guppy, biar anak²nya yg 11 ekor tu membesar dulu..

5.30.2011

My Hubby featured in Women Weekly JUne issue..

 Ini kali kedua my hubby aka Encik Zamzul Khairi termasuk dalam majalah.
Kali pertama dalam Men's Health tahun 2009.

Kali ni, tahun 2011 rezeki beliau untuk termasuk dalam majalah lagi.
Sebenarnya ini bukan segmen model ke apa..
Tapi beliau dinominasi sebagai top 10 HUnky HUbbies 2011 yang telah dinominate oleh aku sendiri..
(See ada nama aku dimention disitu siap pekerjaan lagi.)

Seperti kata my hubby, kitorang tak berharap pun menang.. Sebab saingan memang hebat²..
Tercalon sebagai top 10 ni pun dah melompat gembira sangat dah.
Sebab bukan senang nak masuk majalah kan?
Dapat top 10 ni pun kalau tak salah dah dapat penginapan 3hr 2mlm di salah satu hotel di Penang.

p.s: Tolong vote yer.. Sms MWW HH05 NAME NRIC email to 32733. Korang yg vote pun berpeluang untuk menangi hadiah dari Sothys.

5.23.2011

Persiapan menjelang raya..

Rasa macam terlebih awal pulak untuk sebut raya..
Tapi kalau ikutkan dah tak lama mana.
Sekarang dah nak masuk bulan 6.
Lagi 2 bulan je lagi untuk mengganti puasa sebelum puasa menjelma bulan 8 nanti.

Sebenarnya, dari bulan lepas lagi dok berkira-kira dan dok survey2 kain untuk buat baju raya.
Tapi setakat hari ni masih belum dapat kata putus apa tema tahun ini sebab masih menunggu jawapan dari Tuan Pengerusi Rumah.

Actually minggu lepas aku dah hantar 2 pasang kain untuk ditempah.
Tahun ni aku tak bercadang untuk jahit baju sendiri memandangkan susah nak pergi kedai untuk jahit tepi.
Kalau sebelum ni senang sebab jiran selang beberapa rumah ada perkhidmatan jahit tepi tapi sekarang dia dah pindah.

Semalam, terlebih rajin.
Selongkar almari rupanya ada kain ela lagi. Kain cotton matching polkadot + stripe.
Sesuai untuk buat kurung budak.
Aku bercadang nak buat kurung pesak gantung untuk Dhiya, tapi bukan untuk hari raya pertama.
Sebab raya pertama kena pakai sedondon satu family kaler yg sama kan.

Semalam jugak aku dah potong baju songket hijau aku yg hangus kena iron dek bibik untuk buat kurung pesak gantung Dania.

Balik keje tadi, dalam kereta aku bagi option untuk suamiku pilih.
1. Beli mesin jahit tepi Singer baru secara cash RM1200, atau
2. Beli mesin jahit tepi Singer 2nd hand RM800, atau
3. Beli mesin jahit tepi Singer baru secara ansuran RM55x36bln, atau
4. Beli mesin jahit tepi buatan malaysia jenama KAWAN RM490.

Option no 1 ditolak atas sebab xde duit dan mahal sgt. No 3 juga ditolak sebab dia kata malas dah nak utang ansur2 kecik2 ni.
No 4, takut x reliable dan xtahan lama.
So kejap tadi dia tanya mesin jahit 2nd hand tu jual kt mana?
Aku jawab, kt MUDAH, bang.
Dia tanya, Leh percaya ke? COD ke pos?
COD bang, aku jawab..
Ok, tunggu ujung bulan dia akan belikan untuk aku..
So cadang nak beli beskal cancel la.. Ganti ngan mesin jahit tepi.. Yeah!

P.s: praktis jahit baju sendiri dulu.. Lama2 amik tempahan.. Lama2 benti keje.. Heheh..




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5.16.2011

Rasahati di hari Isnin..

Ramai yang cuti hari ni..
Sebab hari ni hari cuti tersepit..
Esok Hari Wesak..
Geng2 aku sume pakat2 cuti balik kampung..
Aku je yang setia untuk datang kerja..

Hari ni aku banyak luangkan masa baca novel..
So far ada 4 lg novel belum berbaca..

Duduk sorang2 ni banyak benda pulak yg aku pikir..
Pikirkan tentang hidup, tentang anak2, tentang masa depan..

Teringat kata2 hubby semalam,
Beliau taknak lg aku jual benda2 kecik2 mcm CL ni..
Kalau nak menjual cuba fokus pada satu benda je.
Kalau nak jual Tupperware xper, kata beliau.

Katanya lg, mulai bulan depan, dia akan bagi duit belanja pada aku.
RM100 tiap2 minggu selama 3 minggu.
Minggu keempat xyah la sbb aku dah bergaji.
Duit tu la nnti utk aku beli apa yg aku nak, nak beli ikan ke hamster ke beli la, kata beliau lg..
Syaratnya duit gaji aku kena byr bil2 yg ptt aku byr.. P1, Astro, bil api n air termasuk gaji bibik..

Dalam kereta tadi dia dh bagitau hasrat hati beliau,
Kalau semua ikut perancangan, hutang2 akan settle kami merancang utk beli MPV hujung tahun depan.
MPV apa? Biarlah rahsia dulu.. Takut tak terbeli pulak nanti..

Tahun 2012 tahun untuk kami merancang untuk tambah bilangan ahli keluarga.
Mungkin untuk kali terakhir untuk ku merasa nikmat mengandung.
Tahun 2013 bakal menerima ahli baru..
Harap2 sangat kali ni ku dapat kembar..
Teringin nak merasa pregnnt kembar..

P.s: kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5.11.2011

Ikan-ikan guppyku..

Isnin lepas, datang opis tgk ikan guppyku beranak lagi.
Kali ni 9 ekor semuanya..
Tapi yang sedih, ikan jantan dewasa tu dah meninggal.

So dewasa dalam balang tu ada 2 ekor betina + 1 jantan.
Yg betina dua2 ekor tu pn besar lg perutnya..
Nunggu hari je nak bersalin agaknya..

Dalam balang kecik tu anak2 dia..
Tinggal 11 ekor sumenya pas sedekah 4 ekor pada Nana n sekor pada K.Linda..

P.s: Berbunga rasa hati bila tengok ikan-ikanku membiak. Leh la jadi pembiak ikan guppy yang berjaya..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5.09.2011

Hari ke 13 selepas tonsilechthomy

Hari ni alhamdullilah sangat.
Aku dah boleh telan nasi selepas hampir 10 hari aku tak jamah nasi.
Dan lebih bersyukur sebab Allah dah kembalikan nikmat makan padaku.
Kesengsaraan aku untuk makan buat aku benar2 insaf dan bersyukur pada nikmat yang Allah kurniakan selama ni.

Tengahari tadi pun aku dah boleh telan Big Mac, walaupun terpaksa kunyah lama dan telan lambat2..
Tapi bila lama makan, rasa sakit tu kembali dan kadang2 masih boleh rasa macam tertelan darah.

Oh ya, disebalik semua tu ada juga kebaikan dia.
Untuk 10 hari ni aku dah hilang 3kg.
Masa sebelum operation berat aku 63.9kg, dan selepas 60.9kg..

Harap2 berkekalan la berat ni supaya misi aku untuk dapatkan berat below than 60kg tercapai..

P.s: Terlupa nak amik surat pengesahan aku masuk hosp, so proses claim dari Takaful Etika belum boleh dilakukan lg.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5.06.2011

Hari ke 10 selepas Tonsilecthomy

Hari ke 9 iaitu semalam aku dah start keje.
Ikutkan belum sihat sepenuhnya lagi.
Tu pn aku dah tambah 2 mc yang ku ambil dari Klinik Fazilah Selasa lepas.
Ikutkan mc dari hospital hari Selasa lepas aku dah kena kerja.

Masih lagi terasa sakitnya..
Rasa berdenyut2..
Tambah2 semalam pas balik keje, rasa sakit sangat macam ada jerawat kt tekak ni..
Mungkin sebab banyak bercakap dan banyak gelak kat opis semalam.

So rini ku nak diam n xnak gelak..
Sapa2 nak cakap kene la guna bahasa isyarat.. Heheh..

Pagi ni tak boleh nak telan apa2..
Just minum Nescafe White coffee je..
Oh ya, dengan 7 biji kurma..

Semalam bakar chiffon kek, nak habiskan sepotong kek pun punya la hazab..
Sabar je la dulu kan..

P.s: Bakar kek semalam semata2 nak bawak dtg opis rini, alih2 bangun lambat terus lupa bawak..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5.05.2011

Salah satu milk booster adalah kismis..

Antara makanan yang banyakkan susu ibu adalah kismis.
Sebab kismis sama macam kurma jugak..
Hari ni ku try beli kismis buat santapan di opis..
Ku beli Kismis Tok Guru, harga RM10 sebotol tp dpt diskaun RM1 jika beli di Aleeya Beauty di Sri Serdang.

Kat rumah memang kismis jadi snack utk anak2ku.
Memang sentiasa stand by utk diorang kunyah2 time tengok tv..
Tapi selalu beli yg kotak2 kecik itu @ beli yang timbang2 kt JJ.

Kismis ni memang elok utk penerang hati dan kecerdasan minda.
Juga untuk orang yang suka lupa..
Nak lg Kismis Tok Guru ni telah dibacakan dgn ayat2 Al-Quran dan telah didoakan..

P.s: kt botol ni ada aturan yg disyorkan utk makan, iaitu 7 biji sehari.. Tapi ku makan je banyak2 sebab mulut ni xnk berenti mengunyah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5.03.2011

Seminggu selepas tonsilecthomy..

Mc yang doc bagi dah habis.
Doc bagi mc seminggu je bermula aku kena admit selasa lepas.
Patutnya hari ni aku dah kena kerja.
Tapi bangun pagi still rasa sakit sakit..
Sakitnya macam ni.. Cuba bayangkan ek..
Macam orang sakit gigi, rahang2 rasa sakit sangat.
Telinga rasa berdengung macam nak pecah.
Kepala pulak rasa berat..

Pagi ni my hubby akan mula kerja baru di TI.
Be4 dia off to office, aku suruh dia gi beli panadol soluble buat tahan sakit.
Ok la sikit.. Daripada aku dok nangis menahan sakit.
Teringat abahku cakap, kesakitan dapat menghapuskan dosa2 kecil..
So aku redha kalau ini cara Allah nak hapuskan dosa2 kecilku drpada aku menanggung azab lagi teruk di akhirat kelak..

Sepatutnya tonsilku akan baik sepenuhnya dalam masa 1-2 minggu.
Tapi dah 1 minggu berlalu so mungkin dalam kes aku dia amik masa 2 minggu kot.

Bila tengok kat area yang dioperate, ada liputan kaler putih..
Yang aku tau kalau putih tu bermaksud dah kena virus infected.
So ptg ni aku akan ke klinik utk dapatkan pandangan doc sekaligus mintak tambah mc.

Cara terbaik dan untuk cepatkan proses recover adalah dengan bercakap dan makan.
Ini adalah untuk menggerakkan otot2 mulut sekaligus cepatkan penyembuhan.
Tapi aku still tak berapa nak makan dan minum sebab tiap kali makan rasa macam tekak aku kembang jek.

P.s: kena minum benda2 yg sejuk utk cepatkan kecut vein2 tu tp sejuk pn susah aku nak nelan.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5.01.2011

Hari ke5 selepas pembedahan tonsil.

Setiap kali bangun pagi, aku akan rasa rahangku berdenyut2 macam org sakit gigi.
Sakitnya sampai satu kepala rasa berat.
Tidur malam pun asyik terbangun2 sebab rasa air liur pekat terlekat di tekak.
Bangun je aku terus bancuh syrup panadol kanak2 tu dgn air ais.
Baru lega sikit lepas tu.

Hari ke5 pas operate, baru aku boleh makan secara betul2.
Kalau sebelum ni aku makan bubur+sup 2-3 suap je, rini aku berjaya abiskan semangkuk laksam.
Tu pun pas 2jam baru betul2 abis.
Bayangkan la kena kunyah 44 kali baru boleh telan.

Makan malam, hubby beli bubur McD.
Tu pun abis gak..
Kena selang seli ngan air sejuk. Kalau tak makanan tu tersangkut kat tekak.

Sepanjang aku pas operate, aku rasa anak2 aku bahagia sikit.
Sebabnye xde lagi aku buat lontaran suara jerkah diorang.
Kalau marah pun, terpaksa simpan dalam hati dulu.
Sebabnye, nak kuarkan suara masih sakit sebab otot2 tonsil pun bergegar sama..
So ada baiknya aku guna bahasa isyarat je buat sementara waktu.

P.s: semalam kakak iparku datang bawak satay minang, telan liur je la ye..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.