Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

4.29.2011

Pembedahan Tonsil Part 8

Pukul 4pm smlm saya dah pun discharge..
Alhamdullilah lega sebab dah boleh balik rumah jumpa anak-anak.
Tapi ada pulak masalah lain..

Balik rumah, misi dah tak bagi syrup merah tahan sakit tu..
Syrup tu kena minum sebanyak 50ml tiap kali sebelum makan, so bila makan takde la rasa sakit.
Balik rumah dia bagi panadol tablet tu je.
Bayangkan camne nak telan panadol tu kalau nk telan sebutir nasi pun siksa..

So, proses pemakanan dirumah menjadi lebih payah dan sakit.
Sampaikan nak cakap pun susah.
Dah jadi makin sakit berbanding masa dok hospital ritu.

Tempat cucuk jarum tu masih lebam..
Tapi tak kisah sangat sebab tak sakit..

Saya dah suruh my hubby belikan syrup panadol utk kanak2 tu..
Kalau tak makan ubat tahan sakit tu mmg tak makan la..
Nak nelan air pun sakit..

P.s: kita tengok pas ni brapa banyak berat turun..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4.28.2011

Pembedahan Tonsil Part 7

Pagi ni aku makan roti cicah ngan jus mangga..
Aku sikit berbanding semalam, dh boleh telan sikit2..
Kahak pun dah xde.

Malam semalam tido lena..
Maklumlah malam pertama tu susah nak tido sebab berubah tempat n debar nk nunggu operate.

Kul 9am tadi segerombolan doc dtg cek aku. Ada 3 orang doc lelaki.
Salah seorang doc lelaki mula2 aku jumpa masa 1st appointment ritu.

Dia kata vein masih bengkak dan suggest suruh gurggle kerap sikit.
Dan tengahari ni dia suruh aku try makan solid, tgk boleh telan ke tak..
Kalu ok, ptg kang boleh discharge.
And akan bagi mc seminggu.
Andaikata aku demam or batuk kena datang semula..

Jarum kat tangan aku pun misi dah cabut..

Oh ya, makcik cina semalam dah cek out semalam.
Tempat dia diganti ngan makcik melayu ni, sesak nafas katanya..

Depan katil aku budak pompuan 15 tahun,
Dia terjatuh and tisu dia koyak or tulang dia retak.
Baru ditolak ke OT sekejap td.

P.s: nunggu hubby bawak anak2 dtg tengahari nnti.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4.27.2011

Pembedahan Tonsil Part 6

Alhamdullilah, semuanya dah selamat..
Pagi tadi aku bangun seawal pukul 630am.
Solat dan pam, B pun dah penuh sebab last aku pam pkl 11.00pm smalam.
Pukul 7 aku terus mandi.
Kuar je toilet datang misi suruh aku tukar baju operation.

Oh ya, pukul 11pm malam smlam misi bagi aku minum sirap tahan sakit dan lps tu terus aku berpuasa.
Pas tukar baju, misi suh aku telan sebiji ubat kecil kaler kuning.
Then terus aku disuruh berbaring atas troli.
Aku ditolak masuk ke OT pukul 730.

Ada 2 doc perempuan yg aku jumpa. Salah seorang adalah doc yg amik darah aku semalam..
Macam2 wayar dipasang kt badan aku.
Kat kaki aku pulak rasa macam ada bantal panas.
Aku disuruh sedut gas..
Tak sampai 5 minit aku terus tak ingt apa2.
Bila aku sedar, mata aku terkebil2 dengan keadaan aku yg masih mamai.
Masa tu wayar2 sume dah dicabut.
Aku rasa perit kat tekak aku..

Aku ditolak kembali masuk ke wad dan ke katil aku.
Sempat lagi aku dengar misi tu puji rambut aku wangi.
Aku tengok jam, pukul 1030am bermakna 3 jam lepas aku tinggalkn katil tu..

Dan penderitaan aku bermula..
Nak telan air liur pun rasa perit apatah lagi nak telan air atau makan.
Sudahnya pukul 700pm baru aku paksa telan bubur dan air jus tembikai.
Tengahari tu mak dan abah dtg, dhiya n hubby pun ada.
Mak n abah sampai kul 430am td.
Bila nampak muka mak, aku rasa sebak sangat, tp aku tahankan je sbb nak tunjuk macho depan my hubby.
Aku nampak mak pun dah kesat2 air mata tgk aku.

Bila diorang balik, aku muntah.
Kuar darah pekat kaler hitam membuak2.. Agaknya itu darah yg aku trtelan masa operation tu..
Terus aku rasa cam nak pitam dan berpeluh sejuk satu badan..
Cepat2 aku panjat katil n lelapkan mata.

Ptg doc dtg cek, vein aku bengkak besar2..
Doc suruh aku gurggle ngan air sejuk dan ubat gurggle yg diorang bg.
Makan makanan yg sejuk2 supaya vein cepat kecut..

Kul 7. Alhamdullilah brdaya jgk aku telan bubur setelah berpuasa 15jam.
Aku gagahkan jugak makan sebab petang tadi aku pam susu tak kuar pa pe.
Doc bagi ubat sebut cam inhaler tu utk disedut kul 10mlm ni..

P.s: harap2 semua ni cpt berakhir.. Aku rela 1o kali bersalin dari operate macam ni.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4.26.2011

Pembedahan Tonsil Part 5

Sape kata makanan hospital x sedap?
Sedap pe..
Minum petang tadi teh o + kuih keria 2 ketul.
Cam tau je fav aku tu keria tu..
Makan malam pukul 7pm..
Ikan masak kicap + sayur taugeh + sayur kailan + epal..

Oh ya, aku tak keseorangan lagi..
Sebab tmpat makcik cina tadi dah diganti ngan makcik Cina baru..
Hehehe..
Lega sikit, xde la tidur sorang2 mlm ni..

P.s: sekian, saya melaporkan..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pembedahan Tonsil Part 4

Bila boring2 kt wad ni.. Boleh la update blog laju2..
Kalau tak seminggu sekali pn jarang update blog..

Minum pagi tadi air laici suam..
Sedap.. Laici, longan, air mata kucing dan seangkatan dgnnya memang boleh banyakkan SI..

Kul 11 td, pompuan melayu tu dah cek out..
Kul 1230pm, lunch pun tiba..
Lauk ayam + sup lobak putih + sup tauhu + buah honeydew n mangga..
Yum2.. Hingga menjilat jari aku makan..
Sekali lagi makan makanan yg membanyakkan SI - sup lobak putih..

Pkl 1 td, doktor pakar bius datang melawat.
Patutnya aku pegi jumpa ngan dia masa appointment yg lepas, tp aku jumpa misi je pastu aku terus blah..
Patut la xde rekod aku ngan dia..

Dia kata, ubat bius akan bagi melalui jarum yg akan dicucuk kat tgn.
Bila aku dah x sedar, diorang akan masukkan tiub pernafasan kat tekak..
Then operate dalam masa 30minit gitu, bukak tiub dan aku akan sedar..

Doc kata xsure lagi esok operate kul bape sbb stkat td baru 5/7 patient utk tonsilaitis baru cek in.
Doc suruh aku start puasa pkl 12tgh mlm ni. Boleh minum air je sampai kul 6am..

Aku tanya doc, ada effect x ubat bius kat anak saya yg BFing.
Dia kata dia akan bagi bius yg ok untuk lactating mother mcm aku..
Cuma dia kata, mungkin susu xkan kuar banyak kesan aku berpuasa tu..

Kul 3 td, doc lain pulak amik darah aku..
Untuk standy by bekalan darah katanya..
Dengar macam akan berlaku pertumpahan darah je kan..
Dan aku dah pun sign surat kebenaran untuk pembedahan..

Makcik Cina sebelah aku ni pun dah balik,
Sebab dia batuk so xjadi nak operate esok..
Makcik india depan aku pun baru cek out tadi..
Makanya malam ni tidur la aku sorang2 kt wad ni.. Heheheheh..

P.s: Mak n Abahku akan naik bas ke KL malam ni.. Walaupun aku kata toksah mai, depa mai jugak. Kasih sayang ibu n bapa takleh nak halang kan?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pembedahan Tonsil Part 3

Pagi ni, pukul 930am aku daftar masuk ke Wad 9A, Tingkat 9, Hospital Selayang.
Disebabkan aku adalah kakitangan kerajaan, makanya aku layak menginap di kelas pertama 4 katil.

Masuk je, aku dah diambil tekanan darah, alhamdulillah ok je.
Hubby temankan dan tunjukkan tempat ambil air panas dan air kosong.
Nasib baik ada peti sejuk, makanya untuk simpan SI xde la menjadi satu isu untuk aku.
Cuma untuk maintainkan susu, aku kena la pam every 3 hours..

Bilik aku ada 3 orang pesakit yg lain.. Sebelah kiri katil aku adalah Makcik berbangsa cina..
Hadapan katil aku pulak, makcik berbangsa India.
Sebelah makcik India tu, ada seorang pesakit pompuan melayu baya2 aku.
Kesimpulannya wad aku ni wad 1malaysia la.. Hehehe..
Aku curi2 dengar pompuan melayu tu dah boleh kuar mgkin petang karang..

Hubby dah balik.. Sayu lak rasa..
Last time duduk hospital adalah setahun setengah yg lepas, masa lahirkan Danny..
Time tu xsayu sebab ada baby kt sisi.. Ni sorang2.. Huhuhu..

Pas salin pakai uniform hospital kaler hijau, aku lepak2 sambil nulis blog ni..
Bersama aku aku bawa 4 ketul novel utk aku khatam selama aku disini..

P.s: Nak nunggu doc dtg mengecek utk tau kul bape aku akan operate tonsil esok.. Terima kasih hubby, tolong aku narik beg AF daftar masuk ke Akademi Hospital ni..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4.25.2011

20 April 2011

Nak kena rekod tarikh ni.
Sebabnya start tarikh tu Danny dah x BF secara ekslusif lagi..
Satu tindakan yg berat utk aku amik memandangkn dalam freezer cuma tggl 2 botol EBM.

So mulai hari tersebut Danny minum 3 botol SI + 2 susu full cream Ducth Lady kotak kecik tu.
Aku masih meneruskan aktiviti mengepam dan masih berharap satu hari nanti aku kan kembali fully BF.

Danny pun dah nk msk 1 tahun 5 bulan dan aku sangat2 bangga dengan pencapaian aku wlaupun tak berjaya sampai 2 tahun.
Namun aku akan pastikan Danny still dapat menikmati khasiat SI hingga 8 bulan lagi.

P.s: Esok aku kan berjauhan dari Danny dan family sebab aku akan admit ke hospital. Mungkin dalam 3 hari jugak. Lepas tu kurang2 dapat cuti seminggu leh la aku direct feeding Danny dan moga2 dapat kumpul stok balik.. Amin..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4.24.2011

Pembedahan Tonsil Part 2

Rentatan dari kisah part 1 ritu, seperi dijadualkan aku jejak lagi ke Hospital Selayang untuk appointment dengan Pakar Bius kononnya.

Tapi xjumpa pun pakarnya, jumpa misi je. Dia bagi aku kertas suh baca side effect kesan bius.
Pas baca dan pahamkan, pulangkan balik kertas tu. Then aku terus ke opis..

Dupdap2 rasa hati untuk cek in ke Wad 6A 26/4 nanti..
Harap2 aku duduk xlama kat sana tapi cuti biar lama-lama..

P.s: Esok dah kena packing2.. Jangan lupa bantal busuk Daddy dan lion busuk Danny buat pengubat rindu..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4.14.2011

Hatiku berbelah bagi..


Tiap kali tengok tecit ni, sayu je rasa hati..
Tah dapat entah tidak Danny menikmati susu ibu hingga 2 tahun..
EBM setakat semalam cuma ada 8x3.5oz.
Cukup untuk minum sehari setengah je lagi.

Production lately dah agak kurang
Tak mampu nak tampung permintaan Danny setiap hari
Hasil tenusu sehari paling banyak pun 12oz
Sedangkan Danny consume 5x3.5oz=17.5oz sehari

Kekadang orang pun heran nape Danny minum 3.5oz je sekali minum,
Bukan apa tak nak upkan intake Danny takut aku lak tak boleh nak kejar permintaan dia tu..

Tambah-tambah aku risau sebab minggu depan aku akan dimasukkan ke wad utk pembedahan tonsil
paling kurang sehari aku tak boleh bagi susuibu utk Danny sebab takut kesan ubat bius kena padanya.
So untuk tempoh itu aku kena pam dan buang. Sayangnyer rasa..

Entah cukup entah tidak..
Hubby dah bg hint suh start bagi susu formula sebab takut time EBM betul² habis nnti dia reject susu formula pulak.
So dia suruh perkenalkan susu formula selang2 ngan susuibu..

Aduh, sesungguhnya aku benar2 dalam dilema..
Ku.. Di dalam Dilema.. (sila nyanyi gaya KRU)

p.s: 8 bulan untuk Danny 2 tahun.. Mampukah aku? Bismillahitawakal tu qalallah..

My new pets..

Introducing my new member in my family..

Ini namanya Kejora
Serian Hamster Betina milik Dania

 Ini pula namanya Bintang
Serian Hamster Jantan milik Dhiya

 Dan ini Habitrail tempat diorang laki bini menginap.
Actually rumah ni dah lama ada, tapi sejak aku plan untuk pregnantkan Danny ritu,
Aku hentikan sume aktiviti menternak binatang dirumahku.
Sekarang ni baru nak membela balik..
Sejak tu habitrail ni dok bersawang kat atas loteng.
Nanti dah beranak pinak, sapa nak bagitau la yer..
Tak nak sampai beranak pinak bercucu cicit sangat.

p.s: Beli kat Petworld Tropicana Mall dengan harga RM2.99 + RM4.99 sebab sign up jd member dan dapat putar roda beli hamster dengan harga tersebut.



4.13.2011

Larian Hiv dan Aids Awareness

27/3/2011 Hari tu aku, danny dan suami telha ke UPM 
Untuk menyertai Larian Hiv dan Aids Awareness 

Pendaftaran telah dibuat secara online sejak seminggu yang lepas.

Tapi hanya suamiku yang take part sebab..


Aku terpaksa bawak Danny bersama sebab taknak tinggalkan kat rumah..
Sebabnya sayang nak guna EBM yang seciput kat rumah tu..
So baik bawak, leh direct feed kan?

Bagi aku, pengurusan larian ni tak terurus sebab diuruskan oleh student.
Lepas larian, walaupun aku dah bayar dan daftar aku tak dibenarkan ambil goodie beg.
Penyerahan sijil pun agak kelam kabut kerana nama peserta sudah tertulis siap2 kat sijil.
So satu masalah nak cari nama sorang2.
Last kitorang balik tanpa sijil dengan harapan sijil akan dipos kemuadian namun hingga sekarang akde pn sampai.

My hubby kata, lepas ni serik nak masuk larian kecik2 macam ni..

p.s: Next larian hari Ahad ni untuk Energizer Nite Run di Sepang, aku jadi pom2 girl je.

4.07.2011

Cara dapat extra income dengan mudah!

Alhamdullilah, syukur sangat2 ke hadrat Illahi
Baru minggu lepas dapat berita gembira tentang job baru hubby kat sini
Kelmarin, Allah murahkan rezeki aku lagi.

Syukur sangat2 terima cek dari Agro Multy Trading (AMT).
Cek ni cek bulan kedua yang kuterima..
Kalau ada yang tau boleh google tentang Agro Multy Trading.
Aku join usahasama dalam bisnes menternak ikan keli..

So aku nak terang sikit tentang cara menjana wang dengan mudah bersama AMT.
Ini bukan saham atau MLM yer.. Kalau MLM aku memang dah serik nak join..
Cuma kena kuar modal sikit la, paling minimum RM500 dan paling maksimum RM20000 sekali masuk.

Katakan korang bermodalkan RM5000. (aku masuk mula2 RM2000, tp aku bagi contoh RM5000 la bg senang kira)
Tiap2 bulan boleh bank in ke AMT sebelum 25hb, payment pertama akan dalam dalam 3hb bulan seterusnya. 
Lebih kurang seminggu je kan dah dpt payment pertama?
Bulan pertama korang akan dapat 10% dari jumlah modal iaitu RM500.
Bulan kedua pun 10%
Bulan ketiga pun 10%. So dah RM1500 kan?
Bulan keempat, ikan keli dah matang dan tiba masa untuk dituai.
Peratusan yg korang akan dapat adalah sebanyak 80% iaitu RM4000.

Nampak? Total setakat bulan keempat adalah sebanyak RM5500. dah balik modal dan dapat lg extra RM500. Nampak kan?

So bulan seterusnya korang akan menikmati keuntungan secara free2 je..selama 3 tahun.
Bulan kelima,keenam,ketujuh dapat 10% balik.
Bulan kelapan bulan menuai dapat 20% dan berulang2 hingga 3 tahun..

Motif aku terang sume ni bukan sebab aku nak cari orang.. Dah aku terangkan ni bukan MLM.. Boleh untung tanpa orang bawahan, cuma bergantung pada modal berapa banyak korang kuarkan je.
Nak nolong sesama Islam, yang mana kesempitan macam aku sebelum ni..
Alhamdullilah Allah dah tunjukkan cara padaku dan aku berniat nak tolong orang lain yang susah cam aku dulu..

Cuma kena ingat, ni adalah usahasama bukan pelaburan yer..
Insyallah cara ini akan kekal berjaya kerana market ikan keli yang amat luas sekarang ni. Hari2 pun orang makan ikan keli kan? Nampak?

p.s: Pelik tengok orang berpusu2 dok nak beli saham Bank Rakyat yang cuma 15% setahun, dah tu maksimum pun leh masuk Rm500 je. Setahun dapat RM75 je?? Rasa berbaloi x?
Oh ya, nnti i post proof cek yg i terima tu ye... Total bulan ni i n hubby dapat keuntungan RM4700. Syukur ya Allah..

Kalau berminat, leh email i.. yuhana_82@yahoo.com

4.01.2011

Ceramah Motivasi

semalam 31 mac 2011 ku menjadi urusetia untuk ceramah motivasi yang dianjurkan oleh kelab ma dan massa.
ku, nana, ekin dan beberapa lagi ditugaskan untuk menjaga kaunter pendaftaran.

penceramah didatangkan khas dari canada.
tapi beliau merupakan orang maghribi.
nama beliau adalah riaz quarzazi.
ceramah diucapkan dalam bahasa inggeris.

bagi kami, majlis ini dianggap berjaya untuk kami yang pertama kali menganjurkan majlis begini.
kehadiran adalah seramai 205 orang.

p.s: baju tu baju batik pusat kami.