Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

3.19.2011

Pembedahan Tosil Part I

Disini bermula kisah aku dan tonsil

Actually yang boleh amik keputusan nk operate buang tonsil ni sebab aku dapat refer letter dari Klinik Dr Fazilah suruh buat cek up kt ENT, Hospital Selayang lepas aku demam bulan lepas.
Tahun ni, tu la 1st time aku demam sebab tonsil bengkak.
Tahun lepas aku rasa ada la dalam 3-4 kali.
Tiap kali sakit tekak mesti mc 2 hari sebab demam dan badan lemah sangat

Dr Fazilah pun dah bosan agaknya.
Sebab aku ni jarang nak sakit lain dan jarang aku ziarah klinik Dr Fazilah tu.
Kalau nampak muka aku situ memang xde benda lain, mesti tonsil bengkak.

Menunggu giliran jumpa doktor

So hari Isnin lepas aku pegi ke Hosp Selayang seperti yang dijadualkan sebulan yang lepas.
Sib bawak GL so xder bayaran dikenakan untuk pegawai kerajaan macam aku ni.


Klinik Oftamologi, situ la tempat aku buat cek up.
Jumpa doktor kejap je dalam 15 minit.
Doktor sahkan memang tonsil aku bengkak even time tu aku tak sakit.
Time sakit memang double bengkaknya.
Sebab ni jgk buatkan aku berdengkur kuat time tidur.
Bukan time tidur malam je, setiap kali tidur mesti berdengkur even terlelap dalam kereta.
Sebab saluran pernafasan aku sempit kata doktor.

So dijadualkan untuk berjumpa pakar bius pada 11 April nanti.
Dia akan terangkan secara detail kat aku sebab nanti aku akan dibius seluruh badan.
Pembedahan akan dijalankan dalam keadaan aku tak sedar dan amik masa dalam 30- 1 jam.

Masa operate tu jugak nanti doktor akan cek sama ada ada bengkak kat belakang hidung.
Dan kalau ada akan dioperate sekali.

26 April nanti aku akan cek in masuk wad 6A, dan pembedahan akan dijadualkan pada esoknya.
Duduk wad dalam 2-3 hari lepas pembedahan kalau xde jangkitan pa pe.
Then doktor bagi MC seminggu rehat kat rumah.

Yang aku agak risau sebab kata doktor dalam 2-3 hari aku tak boleh BF Daddy takut kesan ubat bius kena padanya.
So time tu aku akan pam dan buang.
Feeding Danny dengan EBM yang tinggal seciput dalam freezer.

Hopefully semua berjalan dengan lancar dan selamat.
p.s: Esok teman hubby ke Dataran Merdeka untuk larian sempena World Kidney Day. Angkut Danny sekali sebab niat taknak tinggalkan Danny lagi selain ke kerja sebab EBM sangat2 bernilai sekarang.

1 comment: