Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

3.30.2011

Alhamdullilah, syukur ya Allah!

apa motif gambar encik zee kay disini?
satu, sbb malam ni encik zee kay tiada disisi sebab outstation ke sabah bah.
yang kedua sebab post malam ni berkisar tentang beliau.

setelah hampir 6 tahun bekerja di sektor kerajaan beliau ambil keputusan untuk meletak jawatan sbgai gred j44.
beliau ambil keputusan ni untuk kembali berkhidmat di sektor swasta atau lebih tepat lg di company lama beliau di ti.

sesungguhnya keputusan ini telah ditimbang tara secukupnya memandangkan sudah lama beliau menunggu offer sebegini.
tambahan pula gaji yg ditawarkan adalah lebih tinggi dr gaji sekarang + elaun. tmbahan pula terus dpt bonus 2 bulan gaji upon joining in.

i, as a supportive wife will always support him. 
and this decision is the best dicision from him and i very2 proud of him..

so mulai 3 mei, i terpaksa drive sendiri ke opis dan xboleh lagi menikmati tidur ptg di sebelah driver.
and, for the time being i will drop off n pick him up.

syukur sgt2 kerana doaku dimakbulkan..
moga famili kami sentiasa dilimpahi rezeki hendaknya.

p.s: blogging from my blackberry. :p 
ti €€- texas instrument

3.22.2011

Bareno Run

This is my 1st run actually.

Sebelum ni selalu teman hubby je.
Kali ni ku take part.

Alhamdullilah manage to complete 5km dalam masa 56minit.
Sebelum larian ni aku langsung xde buat apa2 persediaan.

Bertempat di Stadium Bukit Jalil pada 13 Mac yang lalu.
My hubby lari 10km dalam masa 52min.
Berjaya dapat medal finisher.
Aku just dapat sijil je.

Next larian adalah Standard Chatered run,
Tapi kali ni aku masuk coz aku aku berlari dengan Dania untuk Kids Run 750meter.
My hubby akan lari 10km.

p.s: Nak register utk Feel Good Run 1 July nanti. Banyak goodies akan dapat khabarnya.


3.21.2011

Kenapa aku blogging?

Bila diutarakan pertanyaan diatas, my answer is..

My blog is my diary.uBila diutarakan pertanyaan diatas, my answer is..
My blog is my diary.
Aku bukan blogging sebab nak bincang isu semasa ke, gosip pasal artis ke hape..
Sebab kalau orang nak tau kisah2 semasa boleh je baca kt suratkhabar online..

Aku jadikan blog ini diariku supaya 10-20 tahun akan datang aku mampu nak baca balik dan imbas kenangan2 aku.
Takkan masa tu nak baca kisah pasal kes ragut la, tsunami la, gempa bumi la..
By that time kisah2 gitu dah out of date,
Tapi kalau aku menulis kisah hidup aku, apa yang aku buat seharian..
Benda tu akan sentiasa bermakna untuk diri aku dan mungkin untuk anak2 aku..

Lagi satu, bukan kisah sangat ada orang nak baca ke tidak kisah aku ni.
Dan juga aku berblog bukan nak earning apa2. 

p.s: Suka tengok gambar2 lama di blog yang mana gamabr2 yg disimpan di pc dh hilang.

My new hobby..

Lately, I suka baking..
Sebab kat rumah tu, anak² I suka makan..
Every weekend anak² I akan nanya, "Mummy tak buat kek ke?"

So sekarang, I buat kempen,
1 weekend 1 cake.
Resepi pulak banyak I refer online je, kan ke kemudahan sekarang di hujung jari.
Tak payah lagi nak beli buku² resepi bagai.
Search je resepi apa korang nak kt Mr Google, beribu² resepi akan kuar.

RED VELVET CUPCAKE WIF CREAM CHEESE FROSTING
So far, aku suka refer kat Myresipi dan JoyofBaking selain resepi dari kawan² forum dan FB
Setakat ni Alhamdullilah semua pun menjadi, cuma kadang² terlebih kerak @ kurang masak kat dalam tu.
Tapi still boleh makan dan sedap.

CARROT CUPCAKE WIF CREAM CHEESE FROSTING

Ni yang aku sempat snap yang aku rasa special skit aku buat.
Resipi lain tu yang biasa² xde la nak semakan blog taruk gambar jugak.
Macam Kek Pisang, Kek Marble, Kek Span, dll..

p.s: My next projek: White Radish Cake. Penah dengar x? Nak try buat sebab I suka makan white radish sebab banyakkan susuibu.

3.20.2011

Update stok EBM - 1 tahun 3 bulan

Alhamdullilah Danny dah 1 tahun 3 bulan sekarang dan masih fully BF.
Walaupun EBM dah tak semeriah dulu, tapi rezeki untuk menyusukan Danny masih ada.

Pagi ni, agak down sikit.
Sebabnya terpaksa switch off my deep freezer.
Stok EBM yang seciput tu sudah ditransfer ke freezer peti sejuk.


Banyak tu aje EBM yang ada.
Tapi aku masih yakin dapat fully BF sampai umor Danny 2 tahun.
Tinggal 9 bulan je lagi.
Since Danny dah makan solid food, susuibu dah jadi makanan pelengkap untukknya.
Bukan makanan utama lagi.
Sebab tu aku tak risau.

Disamping tu aku tetap amalkan makan makanan penambah susu.
Skrg masih continue makan vitamin Shaklee, disamping minum rebusan air kurma merah dan longan.


Mulai hari ni DF akan rehat.
Mungkin lepas 2 tahun baru akan switch on balik untuk adik Danny pulak.
Terima kasih atas jasamu selama ini.

p.s: dalam usaha mengumpul kembali EBM untuk persediaan 2-3 hari aku di wad nanti tanpa Danny.


3.19.2011

Pembedahan Tosil Part I

Disini bermula kisah aku dan tonsil

Actually yang boleh amik keputusan nk operate buang tonsil ni sebab aku dapat refer letter dari Klinik Dr Fazilah suruh buat cek up kt ENT, Hospital Selayang lepas aku demam bulan lepas.
Tahun ni, tu la 1st time aku demam sebab tonsil bengkak.
Tahun lepas aku rasa ada la dalam 3-4 kali.
Tiap kali sakit tekak mesti mc 2 hari sebab demam dan badan lemah sangat

Dr Fazilah pun dah bosan agaknya.
Sebab aku ni jarang nak sakit lain dan jarang aku ziarah klinik Dr Fazilah tu.
Kalau nampak muka aku situ memang xde benda lain, mesti tonsil bengkak.

Menunggu giliran jumpa doktor

So hari Isnin lepas aku pegi ke Hosp Selayang seperti yang dijadualkan sebulan yang lepas.
Sib bawak GL so xder bayaran dikenakan untuk pegawai kerajaan macam aku ni.


Klinik Oftamologi, situ la tempat aku buat cek up.
Jumpa doktor kejap je dalam 15 minit.
Doktor sahkan memang tonsil aku bengkak even time tu aku tak sakit.
Time sakit memang double bengkaknya.
Sebab ni jgk buatkan aku berdengkur kuat time tidur.
Bukan time tidur malam je, setiap kali tidur mesti berdengkur even terlelap dalam kereta.
Sebab saluran pernafasan aku sempit kata doktor.

So dijadualkan untuk berjumpa pakar bius pada 11 April nanti.
Dia akan terangkan secara detail kat aku sebab nanti aku akan dibius seluruh badan.
Pembedahan akan dijalankan dalam keadaan aku tak sedar dan amik masa dalam 30- 1 jam.

Masa operate tu jugak nanti doktor akan cek sama ada ada bengkak kat belakang hidung.
Dan kalau ada akan dioperate sekali.

26 April nanti aku akan cek in masuk wad 6A, dan pembedahan akan dijadualkan pada esoknya.
Duduk wad dalam 2-3 hari lepas pembedahan kalau xde jangkitan pa pe.
Then doktor bagi MC seminggu rehat kat rumah.

Yang aku agak risau sebab kata doktor dalam 2-3 hari aku tak boleh BF Daddy takut kesan ubat bius kena padanya.
So time tu aku akan pam dan buang.
Feeding Danny dengan EBM yang tinggal seciput dalam freezer.

Hopefully semua berjalan dengan lancar dan selamat.
p.s: Esok teman hubby ke Dataran Merdeka untuk larian sempena World Kidney Day. Angkut Danny sekali sebab niat taknak tinggalkan Danny lagi selain ke kerja sebab EBM sangat2 bernilai sekarang.