Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

12.22.2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang Ke2, Danny Rayyan.

13 December 2011
Happy 2th Birthday Danny Rayyan
Dah besar anak mummy.
Ingat lagi saat mummy berhempas pulas melahirkan Danny 2 tahun lepas.
Tapi sejujurnya Mummy bagitau, melahirkan Danny sangat mudah.
Saat kontraksi sedang berlaku dan sedang menunggu bukaan, Mummy boleh tertido.
Masa nak meneran pun Mummy masih mamai2 dan sesekali terpejam mata.

Kelahiran Danny Mummy dan Daddy sambut dengan penuh kesyukuran.
Akhirnya cahaya mata lelaki yang Mummy harapkan termakbul juga.
Begitu juga dengan kakak2, Dania dan Dhiya seronok sangat dapat adik.

Mummy mintak maaf sangat2, sambutan harijadi kali kedua ni tak seperti yang Danny harapkan, kan?
Mummy mintak maaf Mummy tak boleh sentiasa ada dengan Danny,
Mummy dah tak boleh lagi jadi orang pertama yang dengar Danny sebut perkataan baru,
Atau Danny tunjuk kemahiran baru yang Danny boleh buat.
Mummy tak boleh lagi sentiasa ada tatkala Danny suka atau time Danny nangis kalau2 Danny jatuh.

 Mummy cuma nak Danny tau, walau Mummy jauh, walau Mummy tak ada depan mata Danny, tapi kasih sayang tak pernah kurang.
Mummy tak pernah lupakan Danny dan kakak2.
Danny dan kakak2 sentiasa ada dalam hati Mummy. Setiap masa.
Dan bila Mummy solat, Danny dan kakak2 sentiasa Mummy selit dalam doa Mummy.

Mummy tak boleh nak buat benda balik macam dulu.
Mummy cuma mampu jumpa Danny sekali sekala dan ikuti perkembangan Danny dari jauh.
Mummy harap suatu hari nanti Danny akan paham kenapa semua ini berlaku.
Dan Danny akan nampak kebaikan disebaliknya seperti mana yang Mummy nampak sekarang.

Mummy dah plan nak celebrate birthday Danny 17hb haritu.
Kek pun Mummy dah tempah.
Tapi Mummy hanya mampu merancangkan?
Plan Mummy tak boleh dijalankan sebab Daddy ada plan lain.
Insyallah nanti Mummy akan celebrate jugak birthday Danny bila kita bertemu lagi nanti.

p.s: Danny, please jangan berhenti sayangkan Mummy.

Makan2 Review: Nasi Arab Sana'a Cyberjaya

 Akhirnya berkesempatan jugak Rya belanja Abang Lan, Nana dan Ekin makan Nasi Arab.
Kalau 1st time makan nasi arab dulu adalah di Saba, kali ni masih di Cyberjaya cuma di Restoran Sana'a.
Restorannya takla semewh Saba, tapi masih selesa dan bersih.
Kami dapat layanan yg bagus dari waiternya dan pesanan pun cepat sampai.

 Abang Lan order Makloba Chicken.

 Setiap nasi didatangkan sekali dengan sup kambing dan sambal.
Harga RM13.00

 Ini pula Roasted Chicken yang diorder oleh Nana dan Ekin.
RM10.00

 Dan ni Rya punya hidangan, Hanith Chicken
RM10.00

 Ini pula hidangan air kami.
Ice Tea RM3, Pineapple RM5, Watermelon RM5 dan Mix fruit RM7
Rya suka mix fruit tu, ada rasa banana dan macam minum yogurt je.

Total perbelanjaan adalah RM63
Sekian, Rya hadiahkan sebuah senyuman buat korang.

p.s: Nasi mmg melampau banyak, Rya makan suku je.

12.16.2011

Kad Debit Mastercard CIMB dan Octo

Sesiapa yang belom menukar kad ATM CIMB anda ke Kad Debit boleh la berbuat demikian di cawangan2 CIMB yang berdekatan.
Rya dah buat minggu lepas di CIMB cawangan UPM.
Sekarang masih dalam tempoh promosi, tiada bayaran dikenakan.
Plus akan dapat plush toy Octo bila sign up untuk internet banking.

p.s: Silalah cepat.

12.15.2011

Lawatan ke Sepang Gold Coast.

 Hari Isnin lepas cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.
Jadi kami, Rya dan Dean (who's Dean? Jeng jeng jeng) amik kesempatan tu untuk pegi tengok laut.
Since Dean ade member keje kat situ, jadi mudahlah kami dapat access utk melawat bilik2 hotel yg mewah disana.

Kami dibawa dengan menaiki buggy oleh Riz dan Yanti untuk melawat kawasan tersebut.

Nilah kawan Dean, Riz dan gfnyer Yanti.
 Meh kita tengok gambar2 kawsan tersebut.

 Semua bilik2 kat sini berada atas air dan atap macam dalam gambar kt atas.
Kos utk buat atap ni utk sebuah rumah saja dah RM100k.
Malam2 dia akan kuarkan satu bau yang boleh menghalau nyamuk.

 Bilik2 kat sini bermula dari harga RM850 semalam
Dan paling mahal RM3000+ semalam,
Boleh la menginap disini untuk relex2 atau honeymoon.
Lepas seharian buat lawatan kami pekena ikan bakar dan seafood di restoran berdekatan sambil tgk2 laut.

p.s: Really enjoy my day there with him. :)

11.14.2011

Rentetan XPDC Gunung Tebu

Hari ke 4 31/10 Isnin
Hari ni dapat kelepasan cuti dari bekerja memandangkan kami akan bertolak balik dari Terengganu hari ini.
Seawal pkl 700 pagi kami sudah berkemas meruntuhkan khemah2.
Makan breakfast nasi goreng lebihan malam semalam.

Lebih kurang pukul 9.00 pg kami bertolak pulang
Destinasi kami adalah Besut bagi melawat stesen MARDI di sana.

 Kami diberi taklimat ringkas oleh Pengurus Stese, Encik Saiful tentang operasi di stesen tersebut.
Stesen MARDI Besut menjalankan penyelidikan teknologi makanan dan vitato.

Kami kemudianya menuju ke Pasar Payang untuk membeli batik dan sedikit cenderahati utk di bawa pulang.
Rya amik kesempatan utk beli baju utk anak2 Rya
Dan juga beli keropok kering yg kawan2 kirim.

Dan selepas beberapa kali berhenti kami tiba di Serdang pada pukul 2am
Alhamdullilah berakhir sudah XPDC dan lawatan ke Terengganu selama 4 hari ini.

11.11.2011

XPDC Gunung Tebu

Alhamdullilah, mcm xpercaya je Rya join XPDC ke Gunung Tebu ni
Since skrg Rya dh kembali 'solo' so boleh la nk join aktivit2 luar mcm ni
Kalau dulu terpaksa pendamkan minat sebab utamakn anak2 dan suami.
Meh Rya story skit journey XPDC tersebut.

XPDC menawan Puncak Gunung Tebu ni dianjurkan oleh Badan Kebajikan dan Sosial MARDI dan dikelolakan oleh Kelab Sukan dan Sosial MARDI
Telah berlangsung dgn jayanya pada 28/10-31/10 yg lalu.
XPDC ni telah disertai seramai 35 kakitangan MARDI dan beberapa org luar.

Ok, now meh Rya cerita ttg Gunung Tebu pulak
Gunug Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Besut Terengganu.
Mempunyai ketinggian 3408kaki dan mempunyai 7 puncak.

Hari pertama 28/10 (Jumaat)
Siang tu Rya bekerja seperti biasa
Sempat lagi soping last minit beli bekalan mknn utk dibawa ke XPDC tersebut
Mlmnya pukul 9pm kami berkumpul di tempat parkir kereta Pusat MA
Perjalanan bermula pada pukul 10pm dengan menaiki bas express yg disewa khas.

Perjalanan lancar cuma cuaca sejuk kerana hujan spjg perjalanan
Dan byk kali perjalanan terhenti sbb penumpang nk mmbuang hajat.
Aku duduk di seat yg agak belakang, ditemani oleh Said rakan seopisku spjg XPDC ini.

Hari Kedua 29/10 (Sabtu)
Kami smpai di Kertih pada pukul 5am bagi mengambil sorang lg peserta XPDC
Iaitu Zulhilmy, kenalan twitterku.

Kami tiba di Besut lebih kurang pukul 7am
Dan singgah utk sarapan pagi di Gerai Nasi Dagang Mak Ngah

Selepas bersarapan, perjalanan diteruskan
Kami memilih untuk teruskan melalui jalan pesisir pantai.
Sempat lagi kami singgah sebentar untuk menghirup udara laut.

Sampai di kaki gunung iaitu di Lata Belatan lebih kurang pukul 11am,
Kami memunggah beg2 dan sempat minum2 dan makan tengahari di gerai berdekatan
Kemudian kami bergotong royong mendirikan khemah ditapak perkhemahan yang disediakan.

Aktiviti selepas itu adalah bebas.
Rya ambil kesempatan utk mandi di air terjun Lata Belatan dan tolong crew memasak menyediakan bahan2 untuk BBQ malam nanti.



Sebelah petangnya kami ke Pantai Teluk Keluang yg mengambil masa lebih kurang 30 minit
Cantik pemandangan kat sini dengan batu2 nya yang besar2.
Memang cantik untuk amik gambar disini.



Lebih kurang pukul 730pm kami pulang ke tapak perkhemahan.
Pukul 9 lebih kami adakan sesi suai kenal dan makan,
Menu malam pertama agak menarik iaitu sotong bakar dan ikan bakar cicah air asam.
Dan kemuadian masing2 merehatkn diri masing.
Malam tu kami tidur nyenyak sekali walaupun khemah bocor akibat hujan semalam.

Hari Ketiga 30/10 Ahad
  Esoknya kami er sarapan dengan roti sandwich yg Abang Razi dan geng sediakan bagi mengalas perut
Sedikit taklimat diberikan oleh ranger hutan,
Kami dibahagikan kepada 3 group dan setiap group diketuai oleh seorang guide.
Kami memulakan pendakian lebih kurang pukul 830 pagi.

Track 1/3 yang pertama hanya landai menyusuri sungai
2 kali kena lalui sungai yang landai.

 Dan tempat pertama kami berehat adalah di Batu Mat Hassan
Disini terdapat batu besar yang kelihatan seperti seekor katak.


 KAmi tiba di kawasan yang dinamakan jendela pandang
Jika cuaca baik dan terang anda akan nampak pemandangan kaki gunung dari ketinggian ini
Malangnya pemandangan kami dicemburui oleh kabus2 sejuk yang tebal.

 Di pertengahan jalan ade punca air jernih.
Air yg tak berwarna dan tak berperisa
Macam air kosong biasa je plus mcm baru kuar dari peti sejuk,
Kami kumpul botol2 kosong dan hantar beberapa org utk amik air disana.

 
 
 
 
Akhirnya kami tiba di puncak Gunung Tebu lebiih kurang pukul 1 ptg.
Kami berjaya menakluki 3 daripada 7 puncak yg terdapat disini
Di atas puncak terdapat kubur lama, batu bersurat dan pokok2 renek bonsai yg cantik.

 

Kami ambil masa untuk berehat, makan bekal yg dibawa,.
Dan pukul 230pm kami memulakan penurunan.
Pendakian turun kami agak berpecah2.
Aku hanya bersama Said, Nor dan Shahira sahaja dan tiba pd pukul 730ptg.

 Its a wonderful n memorable experience I had here,
Dah lama tak ade masa untuk diri sendiri bersama kawan2.
So far, track dia xde la susah sangat.


Enrty berikutnya nanti akan Rya ceritakan pasal hari Keempat kami di Terengganu ya.
Kami sempat melawat ke Mardi Besut dan ke Pasar Payang.
Sekian, Rya melaporkan..

p.s: Rya suka gambar terakhir tu. Mamat tu ade iras2 Fahrin Ahmad kan? Tu namanya Arman.