Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

4.07.2010

Kelas Menjahit..dimana?


Teringat mesin jahit antik kat rumah mak
Gini la rupanya..
Dengan mesin jahit ni la ku guna buat trim2 seluar yang terpanjang dan buat baju anak2 patungku dulu..

Dari guna kaki dengan mengayuh untuk menjahit, sampai la mak upgrade letak motor, so tekan je dengan kaki, tak yah susah hayun kaki lagi..
Silap hayun jahitan terpatah balik.. Heheh..

Dari cara2 nak cucuk jarum, letakkan benang kt benda alah yg bulat kecik2 tu, sume mak yang ajar..
Kata mak, mesin jahit ni abah yang hadiahkan kat mak..
Abah offer nak beli mesin jahit moden yang leh jahit sulam2 bagai tu..
Tapi mak tolak, alih2 sekarang mak nyesal...

Setakat nak buat baju, cantumkan baju yang mak dah potong, memang leh buat..
Tapi kadang2 kain 'terrengkat' sebab tertarik sangat kain masa tengah menjahit..

Dan hingga sekarang, mesin jahit tu masih berbakti pada Puan Azna dan suaminya En Mat Yunus buat jahit langsir bodo2 atau pendekkan seluar..
Atau kadang2 mak masih jahit baju mak sendiri..
Sekarang mak agak malas sebab mata tak berapa nak nampak dah..

Sebagai the only daughter kadang2 rasa rugi sebab banyak kemahiran2 mak yang tidak kuwarisi..
Mak rajin buat crosstitch, mak letak dalam frame, dan jadinya dinding2 rumah mak penuh ngan croostich je..
Ku pula, beli kit crosstitch rasa2 dah 3 tahun, siapnya tak jugak..

Mak pun rajin mengait..Mak rajin mengait 'cebet' (read: chairback), alas meja, even tempat telur utk kenduri kawin..
Tapi ku hanya tau jahit tali air, sbb xhabis belajar ngan mak..

Jahit baju? Reti..
Cuma reti2 cantumkan baju..
Kain mak yang potong..
Dulu masa kecik2 suka buat baju anak patung guna perca2 kain mak..
Mak dulu amik upah jahit baju, langsir.. sekarang dah tak lagi...

Ingat nak cari kursus menjahit on weekends area2 KL
Ada sapa2 tau x?

p.s: Harap2 lepasla untuk jahit baju sendiri dan anak2 daraku..

No comments:

Post a Comment