Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

3.26.2010

Trajedi EBM nyaris-nyaris cair

Semalam, seawal pukul 9.30 malam, semua ahli unit 14 tingkat 5 ini sudah tidur..
Mummy terjaga pada pukul 2am..
Agak2 belengas dek peluh, mummy onkan suis kipas..
Dan mummy dapati suis memang dah on..
Terus mummy kejutkan Daddy bagitau xder karen..

Nasib baik mummy terjaga kerana panas, kalau sejuk2 angin dari tingkap menghembus,
sah2 mummy xsedar xder karen..

Lantas daddy terus ke kotak suis utama..
Sebab selalu jugak berlaku bila suis utama tertendang ke bawah..

Tapi bila daddy angkat suis tu naik, plup dia turun balik..
Mummy intai2 rumah2 jiran dan lampu koridor..
Semua pun menyala..
Apakah rumah kami je yang black out?

Mummy dah risau sebab pikirkan tentang nasib ebm mummy dalam freezer..
Mummy taknak mengalami nasib yang sama macam Rozy

Nasib baik mummy penah baca dalam satu blog macam mana nak berdepan dengan situasi sebegini..
Mummy dah agak, benda macam ni, satu hari mesti akan terjadi.. so mummy dah prepare siapkan diri dari segi mental dan fizikal..

Dari pukul 2am, Daddy dok godek2 kotak suis tu dengan berbekal torch light free yang dapat dari HPPNK dulu..
Dan mummy sambil baring atas sofa, dok rancang startegi nak buat apa dengan ebm2 mummy yg penuh satu freezer tu..

Rupanya, suis akan tertendang balik bila salah satu plug on..
Kot2 ade yang fuze, mummy cek plug satu2.. dan on.. memang sah, semua plug xleh on kalau on dia akan tendang balik..

Pukul 3am, sejam berlalu masih belum ada apa2 perubahan..
Dalam saat2 begini, mummy tau mummy xboleh buka tutup pintu freezer untuk maintainkan suhu freezer selama mungkin..
Kalau buka tutup suhu akan cepat drop.. dan susu akan cepat rosak..
So xder la mummy buka pintu freezer untuk tanya hawauyu pada stok2 ebm mummy..

Mummy nekad, mummy bagi masa lagi setengah jam untuk daddy pulihkan keadaan..
Kalau perkara ni berlaku siang, boleh jugak daddy lari cari elektrician..
Ni 2am, terkontang kanting daddy disitu..
Tercabar jugak daddy sebagai engineer tak boleh nak atasi masalah tu..

Pukul 3.30am, mummy dah siap2 angkut sume stok ebm masuk tapperware besar..
Mummy dapati, susu yang mummy masukkan pukul 8.00 tadi masih belum beku pun.
Bermakna, kemungkinan elektrik terputus tidak lama selepas mummy tidur pukul 9.30 tu..

Lepas pack, ade 1 bekas polistren macam tmpat abah isi ikan tu, 1 tapperware 2 kaki, 1 tupperware besar, 2 cooler bag..
Mummy cepat2 masuk dlaam kete nak angkut ke rumah MIL
Dengan anak2 semua mummy angkut sama..

Sampai sana pukul 4am.. Mummy kuarkan semua kek2 lapis Nenek yang frozen tu dan Daddy campurkan dalam freezer berisi lauk2 nenek..
Kalau nenek bukak freezer nanti mampus kami.. Sebab main campak je..

Terus mummy isi balik stok ebm mummy..
Penuh 2 tingkat freezer nenek..
Kul 4.30am semua anak2 kapal stok2 ebm dapat diselamatkan
Lega mummy...
Baru la mummy terlena kat depan ruang tamu nenek..
Berterabur kami 5 beranak tidur..

Terpaksa mummy EL hari ni, Daddy pun sama..
Ingat nak panggil elektrician untuk baiki mana yang rosak..

Selepas antar Dania ke sekolah, kami kembali ke rumah kami di Batu Caves..
Dari pukul 9.00 hingga 10.00am daddy try masih sama..
Plug tertendang bila di naikan..
Pukul 10.30 Daddy try lagi sekali sebelum nak panggil elektrician
Alih2 ok pulak..
Daddy assume, mungkin penggunaan elektrik yg berlebihan membuatkan rumah kami jadi mangsa,,
So mungkin, pukul 10.30 tu semua dah pegi kerja-so tak guna elektrik lagi-maka bekalan elektrik ke rumah kami kembali..

Hingga saat entry ini ditulis, tiada lagi kejadian sebegitu berulang..
Dan untuk bermain secara selamat, kami tingggalkan ebm2 kami bermastautin seketika di freezer nenek di Taman Setia itu..

p.s: Fuhh, nasib baik.. mau ku nangis meraung kalau ebmku cair..

3 comments: