Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

3.18.2010

Cara pengurusan EBM

EBM stand for Expressed Breast Milk ataupun Perahan Susu Ibu
Ini cara saya menghandle EBM ketika di tempat kerja dan dirumah


Saya menggunakan Avent Manual Pump sahaja
Walaupun saya punyai Pam Elektrik Spectra 3
Bagi saya, saya lebih selesa dengan Pam Avent dan lebih hasil berbanding Spectra3
Lagipun, Avent ni manual jadi saya boleh gunakan sewaktu ditempat yg tiada powerpoint seperti di dalam kereta.
Sehari boleh dapat dalam 22-30oz.

Dalam sehari saya akan pam 3-4 kali
Selang 3-4 jam sekali.
Cuba elakkan dari tidak mengepam lebih dari 4jam kerana akan menyebabkan susu berkurang


Saya akan masukkan EBM dalam bekas diatas
Kos cuma RM8 untuk 100pc
Biasanya saya cuma akan gunakan 1-2 kali sahaja kemudian buang
Sebabnya kalau guna lebih dari 2 kali dia akan pecah atau crack

Bekas ni muat2 je untuk 3oz iaitu sekali Danny minum
Sehari saya boleh dapat dalam 6-10 bekas


Waktu balik ke rumah ambil masa dalam 1-2 jam
Saya akan masukkan bekas2 kecil tersebut dalam cooler bag sekali dengan 3 paket ice pack Mum Fabolous
Ice pack ni boleh chillkan EBM sehingga 8 jam


Balik rumah saya akan terus transfer 4 EBM tadi ke dalam botol
Selebihnya saya akan masukkan kedalam freezer untuk dijadikan stok

Saya akan turunkan stok EBM paling lama (mengikut tarikh) buat bekalan Danny esok
Saya akan masukkan ke dalam bekas berisi air untuk cepatkan proses pencairan
Kalau tak letak dalam air, pagi esok pun masih beku lagi

Pagi2 esok sebelum pergi kerja, saya akan transfer EBM yang dah cair tu ke dalam botol
So senang untuk my maid ambik dan panaskan jer.


Ini labeler yang saya gunakan untuk tulis tarikh setiap EBM
Murah je pun, 10 keping yang mengandungi 100 label bernilai RM5.90
So dah ade 1000 label
Kat kedai 2 ringgit pun banyak dan lagi murah


Ini stok setakat semalam
Ada 123 bekas berisi 3oz dan 3 liner berisi 6oz
Total 369oz


Dah tak muat freezer, dekat pintu pun letak
Alhamdullilah, setakat ni frozen EBM tak pernah berkurang
Samada maintain atau bertambah sahaja
Dan EBM paling lama adalah bertarikh 20/2

p.s: Moga dimurahkan lagi rezeki Danny untuk mendapat susu berbaik dariku..

3 comments: