Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

3.31.2010

Jumpsac & MamaPatch


Semalam mummy beli ini dari Jumpsac


Hari ini, ini pula.. dari MamaPatch

Barangan dari Jumpsac tu mummy beli dari Alin secara ansuran bulanan
Ianya merupakan RS mummy yang terbaru.
Semalam balik rumah terus amik Danny kendong dalam tu..
Seronok pulak dia..
Ade snap gambar tapi xberapa cantik sbb gelap..
Nanti mummy post gambar in action yer..

Barangan dari MamaPatch tu pulak merupakan cloth panty liner
Mummy nak back to basic, so mummy mula kumpul cloth pad pulak..
Yer la, anak dah pakai cloth diaper, xkan mummy nak pakai disposible pad lagi kan?

p.s: Ini cuma permulaan, alang-alang mummy belum didatangi period lepas bersalin baik mummy kumpul2 sikit dulu..



3.29.2010

Perancang Keluarga

Sebenarnya sejak masih dalam pantang lagi Mummy dah berfikir untuk mengamalkan kaedah perancang keluarga yang bagaimana..
Masa lahir baby pertama dulu, Mummy penah try pil2 perancang seperti Nordette, Mercilon & Marvillon
Mummy rasa Mummy tak sesuai makan2 pil ni sebab Mummy selalu ngantuk..
Badan pulak ofkos la bertambah isipadunya..
So Mummy memang dah tolak ketepi untuk makan pil

Bila lahir Dhiya, Mummy merancang pakai Mr 'C'.
Mummy memang xder masalah guna cara ni..
Begitu juga dengan Daddy
Tapi pakai pun tak lama, cuma 9 bulan sahaja,
Sebab lepas tu Mummy & Daddy taknak merancang lagi.. Kami dah bersedia untuk 3rd baby
Cuma belum ada rezeki sampai la Dhiya umor 2 tahun 9 bulan baru adiknya lahir..

So yang ketiga ni Mummy nekad nak guna cara tradisional..
Mummy try makan Maajun Anggun Bestari
Penah dengar?


Mummy dah makan start Khamis lepas
So dah 4 hari sudah..
Mummy decide untuk cuba makan maajun ni sebagai satu cara untuk merancang
Mummy dapat tahu hasil disscussion dan google di forum dan internet
So far ramai yang dah cuba dan bagi feedback positif..

Selain dari merancang, ia juga punya banyak khasiat2nya..
Kalau nak tau boleh layari web MAB
Boleh juga dijadikan ikhtiar untuk kawan2 yang masih belom punya anak, tapi lepas makan, dalam masa 6 bulan xkan dapat lagi..


MAB ni sama juga macam pil perancang yg lain
Ada 21 biji, maknaya makan untuk 21 hari dan rehat 7 hari
Cuma untuk yang merancang, kena makan pada masa yang sama setiap hari
Sebabnya ia cuma cover dalam masa 24jam sahaja..

MAB ni bukan saja untuk merancang, malah ibu-ibu yang dah guna kaedah lain untuk merancang masih boleh makan MAB untuk kesan positif yang lain..
Macam Mummy ambik ni untuk hilangkan masalah keputihan
Juga untuk sihatkan rahim, untuk kepuasan suami isteri dll..

Ohya, untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak macam Mummy jangan risau
Sebab MAB tidak mengeringkan susu, malah kandungan Habatul Sauda di dalamnya dapat menambahkan lagi susu..

p.s: Sapa2 nak cuba Mummy boleh tolong belikan.. RM15 sebotol

Earth Hour ke Earth Day?

Orang lain sume sambut Earth Day 27/3/2010 dengan menutup lampu dan suis2 lain selama sejam mulai 8.30-9.30pm..
Masa kejadian, Mummy dan semua2 ahli keluarga termasuk, Riena & Imran, Rizal, Mama & Abah pegi makan kat Leha Kelfood Taman Melati
Actually kami baru balik dari berkunjung ke rumah Nek Busu di PJ

Kami sampai di restoran itu dalam pikul 9.00pm
Ternyata restoran itu tidak menyahut seruan untuk memadamkan lampu selama sejam kerana keadaannya yang jelas terang benderang..

Lepas perut kenyang diisi, kami langsung pulang
Dalam pukul 9.45pm kejadian seperti semalam berulang kembali
Nasib baik, stok2 EBM Mummy masih kekal di dalam peti sejuk my MIL

Godek2 punya godek, Daddy masih tidak tahu punca kenapa ianya berlaku..

Keadaan bergelap berlangsung hingga ke subuh..
Bila siang tiba, letrik masih belum kembali
Ianya kembali pada pukul 930pm semalam (28/3/2010)
Cukup sudah 24 jam kami bergelap dan bertiada letrik

Tu pun selepas Eletrik Contractor datang menjengah
Kebetulan terjumpa di sebuah kedai hardware bilamana Daddy nak beli LCCB baru..
Kerana pertemuan itu, terus hilang niat nak beli LCCb kerana Daddy sebenarnya pasti bukan itu masalahnya..

p.s: Orang lain sambut cuma sejam, kami sehari.. Kagum x?

3.26.2010

Trajedi EBM nyaris-nyaris cair

Semalam, seawal pukul 9.30 malam, semua ahli unit 14 tingkat 5 ini sudah tidur..
Mummy terjaga pada pukul 2am..
Agak2 belengas dek peluh, mummy onkan suis kipas..
Dan mummy dapati suis memang dah on..
Terus mummy kejutkan Daddy bagitau xder karen..

Nasib baik mummy terjaga kerana panas, kalau sejuk2 angin dari tingkap menghembus,
sah2 mummy xsedar xder karen..

Lantas daddy terus ke kotak suis utama..
Sebab selalu jugak berlaku bila suis utama tertendang ke bawah..

Tapi bila daddy angkat suis tu naik, plup dia turun balik..
Mummy intai2 rumah2 jiran dan lampu koridor..
Semua pun menyala..
Apakah rumah kami je yang black out?

Mummy dah risau sebab pikirkan tentang nasib ebm mummy dalam freezer..
Mummy taknak mengalami nasib yang sama macam Rozy

Nasib baik mummy penah baca dalam satu blog macam mana nak berdepan dengan situasi sebegini..
Mummy dah agak, benda macam ni, satu hari mesti akan terjadi.. so mummy dah prepare siapkan diri dari segi mental dan fizikal..

Dari pukul 2am, Daddy dok godek2 kotak suis tu dengan berbekal torch light free yang dapat dari HPPNK dulu..
Dan mummy sambil baring atas sofa, dok rancang startegi nak buat apa dengan ebm2 mummy yg penuh satu freezer tu..

Rupanya, suis akan tertendang balik bila salah satu plug on..
Kot2 ade yang fuze, mummy cek plug satu2.. dan on.. memang sah, semua plug xleh on kalau on dia akan tendang balik..

Pukul 3am, sejam berlalu masih belum ada apa2 perubahan..
Dalam saat2 begini, mummy tau mummy xboleh buka tutup pintu freezer untuk maintainkan suhu freezer selama mungkin..
Kalau buka tutup suhu akan cepat drop.. dan susu akan cepat rosak..
So xder la mummy buka pintu freezer untuk tanya hawauyu pada stok2 ebm mummy..

Mummy nekad, mummy bagi masa lagi setengah jam untuk daddy pulihkan keadaan..
Kalau perkara ni berlaku siang, boleh jugak daddy lari cari elektrician..
Ni 2am, terkontang kanting daddy disitu..
Tercabar jugak daddy sebagai engineer tak boleh nak atasi masalah tu..

Pukul 3.30am, mummy dah siap2 angkut sume stok ebm masuk tapperware besar..
Mummy dapati, susu yang mummy masukkan pukul 8.00 tadi masih belum beku pun.
Bermakna, kemungkinan elektrik terputus tidak lama selepas mummy tidur pukul 9.30 tu..

Lepas pack, ade 1 bekas polistren macam tmpat abah isi ikan tu, 1 tapperware 2 kaki, 1 tupperware besar, 2 cooler bag..
Mummy cepat2 masuk dlaam kete nak angkut ke rumah MIL
Dengan anak2 semua mummy angkut sama..

Sampai sana pukul 4am.. Mummy kuarkan semua kek2 lapis Nenek yang frozen tu dan Daddy campurkan dalam freezer berisi lauk2 nenek..
Kalau nenek bukak freezer nanti mampus kami.. Sebab main campak je..

Terus mummy isi balik stok ebm mummy..
Penuh 2 tingkat freezer nenek..
Kul 4.30am semua anak2 kapal stok2 ebm dapat diselamatkan
Lega mummy...
Baru la mummy terlena kat depan ruang tamu nenek..
Berterabur kami 5 beranak tidur..

Terpaksa mummy EL hari ni, Daddy pun sama..
Ingat nak panggil elektrician untuk baiki mana yang rosak..

Selepas antar Dania ke sekolah, kami kembali ke rumah kami di Batu Caves..
Dari pukul 9.00 hingga 10.00am daddy try masih sama..
Plug tertendang bila di naikan..
Pukul 10.30 Daddy try lagi sekali sebelum nak panggil elektrician
Alih2 ok pulak..
Daddy assume, mungkin penggunaan elektrik yg berlebihan membuatkan rumah kami jadi mangsa,,
So mungkin, pukul 10.30 tu semua dah pegi kerja-so tak guna elektrik lagi-maka bekalan elektrik ke rumah kami kembali..

Hingga saat entry ini ditulis, tiada lagi kejadian sebegitu berulang..
Dan untuk bermain secara selamat, kami tingggalkan ebm2 kami bermastautin seketika di freezer nenek di Taman Setia itu..

p.s: Fuhh, nasib baik.. mau ku nangis meraung kalau ebmku cair..

3.24.2010

Happy 3th Birthday Dhiya Dayana


Hari ini harijadi yang ke 3 buat anakku yang ke2 iaitu Dhiya Dayana..
Mummy beli kek lepas mummy balik dari kerja
Mummy singgah beli kek di Giant
Sorry yer Dhiya, buat masa sekarang mummy tak mampu nak beli kek dari Secret Recipes lagi..


Kami cuma sambut ala-ala kami sahaja..
Cuma ada Mummy, 4D's (Daddy, Dania, Dhiya & Danny) dan Bibik


Kami ingat hujung minggu depan mummy nak buat makan2 sikit..
Tu pun cuma jemput Nenek, Atuk, Tita Rina & Uncle Imran dan Tito Rizal

p.s: Dah besar anak Mummy ni, dah 3 tahun pun.. Jangan nakal2 lagi yer..

3.20.2010

Result Ujian Teakwando Dania

Ingat x lagi Dania pegi ambil ujian teakwando beberapa minggu lepas?
Kalau tak ingat atau belum baca, sila baca disini

Dan ini keputusannya...


Alhamdullilah, Dania pass Grade 8 yang membawa ke tali pinggang putih kuning..


Dania kata tak semua kawan2 dia lulus..

Bulan 5 nanti Dania akan menghadiri satu perlawanan sparring di Taman Bolton..
Kita saksikan bersama-sama kehebatan Dania yer..

3.18.2010

Cara pengurusan EBM

EBM stand for Expressed Breast Milk ataupun Perahan Susu Ibu
Ini cara saya menghandle EBM ketika di tempat kerja dan dirumah


Saya menggunakan Avent Manual Pump sahaja
Walaupun saya punyai Pam Elektrik Spectra 3
Bagi saya, saya lebih selesa dengan Pam Avent dan lebih hasil berbanding Spectra3
Lagipun, Avent ni manual jadi saya boleh gunakan sewaktu ditempat yg tiada powerpoint seperti di dalam kereta.
Sehari boleh dapat dalam 22-30oz.

Dalam sehari saya akan pam 3-4 kali
Selang 3-4 jam sekali.
Cuba elakkan dari tidak mengepam lebih dari 4jam kerana akan menyebabkan susu berkurang


Saya akan masukkan EBM dalam bekas diatas
Kos cuma RM8 untuk 100pc
Biasanya saya cuma akan gunakan 1-2 kali sahaja kemudian buang
Sebabnya kalau guna lebih dari 2 kali dia akan pecah atau crack

Bekas ni muat2 je untuk 3oz iaitu sekali Danny minum
Sehari saya boleh dapat dalam 6-10 bekas


Waktu balik ke rumah ambil masa dalam 1-2 jam
Saya akan masukkan bekas2 kecil tersebut dalam cooler bag sekali dengan 3 paket ice pack Mum Fabolous
Ice pack ni boleh chillkan EBM sehingga 8 jam


Balik rumah saya akan terus transfer 4 EBM tadi ke dalam botol
Selebihnya saya akan masukkan kedalam freezer untuk dijadikan stok

Saya akan turunkan stok EBM paling lama (mengikut tarikh) buat bekalan Danny esok
Saya akan masukkan ke dalam bekas berisi air untuk cepatkan proses pencairan
Kalau tak letak dalam air, pagi esok pun masih beku lagi

Pagi2 esok sebelum pergi kerja, saya akan transfer EBM yang dah cair tu ke dalam botol
So senang untuk my maid ambik dan panaskan jer.


Ini labeler yang saya gunakan untuk tulis tarikh setiap EBM
Murah je pun, 10 keping yang mengandungi 100 label bernilai RM5.90
So dah ade 1000 label
Kat kedai 2 ringgit pun banyak dan lagi murah


Ini stok setakat semalam
Ada 123 bekas berisi 3oz dan 3 liner berisi 6oz
Total 369oz


Dah tak muat freezer, dekat pintu pun letak
Alhamdullilah, setakat ni frozen EBM tak pernah berkurang
Samada maintain atau bertambah sahaja
Dan EBM paling lama adalah bertarikh 20/2

p.s: Moga dimurahkan lagi rezeki Danny untuk mendapat susu berbaik dariku..

3.16.2010

Anda Pernah menangis kerana Uwang?

Ya, saya pernah.
Itu jawapan saya jika ditanya soalan diatas.

Dan ini kata2 suami saya di perbulan Yahoo Massenger tadi..
" abang k: lps tu kena carik mende yg nak jual kt cash converter..at least leh pergi belon panas and minyak utk minggu depan pergi kerja"

Pagi tadi isi minyak guna point Kad mesra..
Dapat la RM15.62 untuk 15,620 point

Dan tengahari tadi makan McD
Kalau bukan kerana voucher RM10 yang ku dpt kerana memenangi contest McD bulan lepas, pasti kami tidak akan melangkah ke situ..

Ibu mertuaku marah suamiku bila mana dia buat lawatan kejutan ke rumah kami semalam.
Kerna tiada apa2 biskut2 utk budak2 tu makan..
Erm.. Mama suruh beli cococrunch...
Erm.. Cococrunch? Serius kami tak mampu untuk membeli Cococrunch..

Dan esok kami akan travel pergi kerja sejauh 128km dengan menggunakan scooter moskito?
Sila percaya. Kami bukan main2, sesak tahap nyawa2 ikan..

Dan hujung bulan scooter tersebut akan dilet go kepada ibuku..

p.s: 8 tahun kawin, ni tahun paling sukar bagi kami..

3.15.2010

Ringsling - Kangaroo Carry


Semalam Danny asyik menangig nak didukung..
Mummy nak relex2 layan Fb pun xboleh..
Lantas Mummy capai ringsling n try posisi ni..
Selalu kalau Danny tidur, Mummy buat posisi cradle carry..
Ni Danny jaga, so Mummy try la posisi ni..

Kaki Danny Mummy silangkan macam bersila kat dalam tu..
Nampak macam tak selesa, tapi elok je Danny dalam tu..
Xder la pulak merengek @ meragam..

Ringsling ni Mummy cuma pakai kat rumah..
Tak penah bawak pegi jalan2.
Sebabnya, ianya agak bulky dan bila lipat memang amik space..
Tapi selesa sebab dia padded di bahu dan sepanjang sling..

Mummy dah order ringsling baru dari Jumpsac
Tapi Mummy order dari kenalan opis Mummy iaitu Alin
Lebih convienient sebab boleh bayar ansuran..
Tak sabar nak tunggu gaji, kalau ade duit sekarang, mmg sekarang2 jugak Mummy dah bayar..

p.s: Abaikan rupa Mummy yang sememeh tu, dok kat rumah je kan, what do yoou expect?
Thanks to Dania anak Mummy sebab sekarang dah pandai jadi photographer mummy..

3.13.2010

Danny Rayyan 3 mos

Hari ni 13/3/2010 genap usia Danny 3 bulan


Diusia ini:
- Danny sudah fully berCD, punya 14 psg CD + 28 insert
- Danny masih fully BF (Alhamdullilah!)
- Danny ada stok EBM sebanyak 114x3oz + 3x6oz = 360oz!!
- Danny minum 6 @ 7 botol x 3ox sehari time Mummy keje
- Danny dah mula nak meniarap, cuma xlepas nak ngangkat tgn yg terkepit sebelah tu...
- Bila meniarapkn, Danny leh angkt kepala dengan gahnyer..
- Danny suka bila orang sembang dgn die, dia suka sembang balik.. bising tul suara dia.. ternganga2 mulut tgk muka kita..
- Danny suka masukkn jari dalam mulut dan hisap... klu boleh sepuluh2 jari nk msk.. abis basah2.. kdg2 smpi bunyi2 dibuatnyer.. hehe, sedap btul agaknya..


- Senang jaga Danny, jarang2 meragam, jarang2 melalak, n so far xpenah lg kembung even Mummy mkn bnda2 yg berangin.. even kalau Mummy minum teh ais..
- Bulu mata dah panjang, lebat dan lentik.. ade gaya nak jd macam kakak Dhiya.. masa baru2 lahir dulu, Mummy kecewa jugak sebab Danny xder bulu mata.. Tp Mummy kata xper la sebab Danny lelaki. Rupanya sekarang baru nak tumbuh..


- Danny suka bila didirikan, keras je kakinya berdiri. Cuma belom pandai nak lonjak2 badan melompat..
- Danny suka tengok tv..


- Kakak Dhiya dan Kakak Dania suka main dgn Adik Danny, kekadang Mummy risau tengok, takut2 terkasar ngan Danny.. Kadang2 diorang berebut2 nak cium Danny..

p.s: Mummy sayang anak-anak Mummy, walau kadang2 Dhiya buat Mummy marah, walau kadang2 Dania tak dengar cakap Mummy.

Tok diorang cakap kt Mummy, Mummy xder harta walaupun sebuah kereta sebab semua atas nama Daddy, Mummy cakap biar Mummy xder harta, asal Mummy ade anak2.. Tu yang cukup bahagiakan Mummy..

3.11.2010

90 Hari untuk Ibu


Anda seorang ibu?
Atau anda bakal menjadi seorang ibu?

Anda punya isteri?
Atau anda bakal punyai isteri?

Sekiranya anda menjawab 'Ya' untuk pertanyaan diatas,
maka anda harus menyokong petisyen 1 juta tandatangan ini untuk diserahkan kepada PM supaya para2 ibu yang melahirkan anak harus diberi cuti selama 90 hari berbanding cuma 60 hari sekarang..

Sila lihat cuti2 bersalin di negara2 berikut:
  • Singapura - 16 minggu (4 bulan)
  • Thailand - 90 hari (3 bulan)
  • Kemboja - 90 hari
  • Indonesi - 90 hari
  • Malaysia - 60 hari
Rakyat Malaysia harus sedar tentang kepentingan ibu2 yang melahirkan dan menyusukan anak..
Dan betapa bermaknanya cuti itu kerana dia dapat bersama dengan anaknya dan langsung dapat menyusukan anaknya dengan susu badan tanpa masalah..

Jika anda perihatin, jom tandatangan petisyen ini untuk cukupkan 1 juta sebelum 6 Jun 2010..
Sila klik banner atau klik disini

p.s: Renung2kan dan selamat beramal..

3.08.2010

Ujian Tali Pinggang Kuning Teakwando Dania


Semalam, hari Ahad 7/3/2010 kami sekeluarga ke SMK Seksyen 5 Wangsa Maju
Ini disebabkan Dania akan mengambil ujian teakwando ITF tali pinggang kuning.
Sekolah ni berdekatan je dengan Carrefour Wangsa Maju.


Seawal pukul 8.30 kami sudah berada disana
Pukul 9.00pg ujian akan dimulakan mengikut warna tali pinggang.


Sebelum mulakan ujian, mereka buat streching sikit..


Kemudian tiba giliran tali pinggang putih untuk mulakan ujian..
Tali pinggang putih ada dalam 6 group, dalam 15 orang setiap group..
Dania group ke-3


Ku tengok mudah je ujian ni, cuma ikut arahan master je..
Dania so far aku tengok memuaskan..
Tunggu je la minggu depan bila keputusan dikeluarkan..

p.s: Tahun ni bajet nak hadiri 3 ujian dan 1 pertandingan.. biar sampai dapat tali pinggang hitam yer Dania..

3.01.2010

Beg Diapers Danny


Yeah!! Akhirnya dapat jugak memiliki beg khas untuk Danny..
Terima Kasih K.Linda atas hadiah tak diduga ni..
Cantik kan..
Bag ni daripada Munchkin.. Ade 2 kaler, pink dan blue mcm ni..

Boleh la letak cloth diapers Danny dan toiletries seperti bedak, minyak telon, sikat bila kuar jalan2..
Sebelum ni semua barang2 tu campak dalam beg besar merangkap handbag ku je..
Dah ade beg ni senang, xder la puas selongkar beg besar tu kalau tiba2 hp bunyi..
Xsabar nak kuar bawak beg ni..
Lepas ni nak beli wetbag utk letak cloth diapers Danny yang dah guna.. Sekarang ni letak dalam plastik je..
Ade gak ushar2 wetbag dari Mamapatch, tp nanti2 la kot..

p.s: Thanks kepada kawan2 n kawan2 hubby yg bagi hadiah sempena kelahiran Danny.