Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

2.24.2010

Kisah Peti Sejukku Part 2


Akhirnya tercapai jugak impianku untuk memiliki peti sejuk baru..
Anda boleh baca Kisah Peti Sejukku Part1 disini..

Ingatkan bila dapat duit kutu bulan Feb sebanyak Rm1k boleh la membeli peti sejuk secara tunai,
Tapi bila kami membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamanku di Sg Petani pada cuti CNY yang lepas, maka terpaksa memilikinya secara ansuran selama 18 bulan..
Umo Danny setahun setengah baru abis bayar nanti

jenama Toshiba, 2 pintu
Harga RM1099, Bulan2 bayar RM103..
So 18 bulan kira lah sendiri.. Rugi kan? Nak buat camner memang xder cash..


Stok yang kukumpul sebahagian besar ada dalam peti sejuk my MIL
So kelmarin lepas iaitu hari before kelmarin..
Ku dah pindahkan separuh dari stok di rumah MIL ke peti ais baruku..
Tup2 semalam kuar notis ketiadaan bekalan elektrik bermula pukul 12pm - 6pm..
Kelam kabut my hubby transfer semula stok2 ebm ke rumah ibunya..
Sib baik hubby xkeje semalam..

So selepas balik kerja ku pindahkan semula stok beku ebmku kerumah..
Ku kira setakat 23/2/2010 ku ada 97 bekas berisi sbm beku..
Bermakna ada 97x3oz = 291oz.
Stok ini xlebih dari sebulan pun sbb stok yang paling lama adalah pada 29/1

Sejak Isnin lepas dah bermula bekerja semula selepas cuti bersalin 60 + 5 cuti rehat habis..
So kena la menjalankan aktiviti mengepam di opis..
Pukul 5.00am sebaik sahaja bangun sebab B dan bengkak sangat sebab Danny 1 malam cuma akan bangun 1 kali atau xbangun langsung..
Pukul 6.30 sebelum kuar bekerja akan bagi direct feeding untuk Danny
Pukul 9.30am pam lagi
Then pukul 12.30pm pam lagi
Lepas tu pukul 3.30pm pam lagi sekali
Selepas itu 6.30 pam dalam kereta
Pukul 7 gitu baru sampai dan selalunya time cenggini bibik baru je bagi susu botol terakhir yang kutinggalkan..
So pukul 8.30pm ku akan direct feeding dan pam on same time..

Average so far 1 hari pam boleh dpt 24oz iaitu 8 bekas..
So 3 bekas kuguna untuk Danny esoknya dan 5 bekas lagi ku jadikan stok beku...
Lagi 3 bekas ku ambil dari stok beku dari tarikh yang paling lama..
Danny minum 3oz x 6 botol iaitu setiap 2 jam gitu..

Stok beku pun dah makin bertambah.. Alhamdullilah!
Freezer pun dah makin penuh..
Ku buat semua ni untuk persediaan untuk saat2 tak diduga..
Macam tiba2 kena pegi kursus ke, susu merundum ke.. So still ade back up..
p.s: Yang ku wajib makan setiap hari untuk banyakkan susu: Pil fenugreek sebiji sehari, vico + oat 2 kali sehari.. Kadang2 makan jantung pisang dan lobak putih..

4 comments:

  1. last month give this peti sejuk lah kat my mom for her birthday~ best price ever kat Bertam Kepala Batas...

    rm920/= hehe after serious nego~

    ReplyDelete
  2. nak susu bnyk!





    http://fitridzulkifli.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. lin: alhamdullilah..

    mohd hafizd: uiittt, murahnyer.. x aci ni..

    fitri: heheh.. susu banyak pun masalah jgk, xtau nak simpan mana lg..

    ReplyDelete