Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

2.24.2010

Kisah Peti Sejukku Part 2


Akhirnya tercapai jugak impianku untuk memiliki peti sejuk baru..
Anda boleh baca Kisah Peti Sejukku Part1 disini..

Ingatkan bila dapat duit kutu bulan Feb sebanyak Rm1k boleh la membeli peti sejuk secara tunai,
Tapi bila kami membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamanku di Sg Petani pada cuti CNY yang lepas, maka terpaksa memilikinya secara ansuran selama 18 bulan..
Umo Danny setahun setengah baru abis bayar nanti

jenama Toshiba, 2 pintu
Harga RM1099, Bulan2 bayar RM103..
So 18 bulan kira lah sendiri.. Rugi kan? Nak buat camner memang xder cash..


Stok yang kukumpul sebahagian besar ada dalam peti sejuk my MIL
So kelmarin lepas iaitu hari before kelmarin..
Ku dah pindahkan separuh dari stok di rumah MIL ke peti ais baruku..
Tup2 semalam kuar notis ketiadaan bekalan elektrik bermula pukul 12pm - 6pm..
Kelam kabut my hubby transfer semula stok2 ebm ke rumah ibunya..
Sib baik hubby xkeje semalam..

So selepas balik kerja ku pindahkan semula stok beku ebmku kerumah..
Ku kira setakat 23/2/2010 ku ada 97 bekas berisi sbm beku..
Bermakna ada 97x3oz = 291oz.
Stok ini xlebih dari sebulan pun sbb stok yang paling lama adalah pada 29/1

Sejak Isnin lepas dah bermula bekerja semula selepas cuti bersalin 60 + 5 cuti rehat habis..
So kena la menjalankan aktiviti mengepam di opis..
Pukul 5.00am sebaik sahaja bangun sebab B dan bengkak sangat sebab Danny 1 malam cuma akan bangun 1 kali atau xbangun langsung..
Pukul 6.30 sebelum kuar bekerja akan bagi direct feeding untuk Danny
Pukul 9.30am pam lagi
Then pukul 12.30pm pam lagi
Lepas tu pukul 3.30pm pam lagi sekali
Selepas itu 6.30 pam dalam kereta
Pukul 7 gitu baru sampai dan selalunya time cenggini bibik baru je bagi susu botol terakhir yang kutinggalkan..
So pukul 8.30pm ku akan direct feeding dan pam on same time..

Average so far 1 hari pam boleh dpt 24oz iaitu 8 bekas..
So 3 bekas kuguna untuk Danny esoknya dan 5 bekas lagi ku jadikan stok beku...
Lagi 3 bekas ku ambil dari stok beku dari tarikh yang paling lama..
Danny minum 3oz x 6 botol iaitu setiap 2 jam gitu..

Stok beku pun dah makin bertambah.. Alhamdullilah!
Freezer pun dah makin penuh..
Ku buat semua ni untuk persediaan untuk saat2 tak diduga..
Macam tiba2 kena pegi kursus ke, susu merundum ke.. So still ade back up..
p.s: Yang ku wajib makan setiap hari untuk banyakkan susu: Pil fenugreek sebiji sehari, vico + oat 2 kali sehari.. Kadang2 makan jantung pisang dan lobak putih..

2.19.2010

Entry lepas geram..

http://www.emocutez.com
Ishh..Geramnye haku, Tuhan saya yang Maha Mengetahui..
Harap2 diperkuatkan kesabaranku..

Kisahnyer begini..
Malam ni, aku akan menjemput hubbyku yang akan pulang dari outstation ke Sabah..
Memandangkan flight dari Sabah kul 620pm, so dalam pukul 940pm tadi baru sampai KLIA.
Beliau dengan tidak menyusahkan aku akan menaiki ERL sampai ke KL Sentral dan kemudian menaiki LRT Putra hingga ke stesen Terminal Putra.
So tugas aku cuma menjemput beliau di Terminal Putra yang hanya dalam 20minit dari teratak kondoku ini..
Ku bajet dalam pukul 11 lebey2..

Ku pesan pada bibik..
'Ada sebotol susu perahan dalam peti sejuk, 3oz untuk Danny kepeninggalan aku menjemput hubby nanti.'
Pesan ku lagi, biasanya Danny kalau dah tido malam xkan bangun lagi sampai pukul 6am gitu..
Tapi aku just standy by la 3oz kot2 dia ternangis karna tersedar akan ketiadaanku..

Hasil perahan hari ni sebanyak 30oz..
Sgt hepi.. Nak lompat2 jap..
http://www.emocutez.com

Sebanyak 27oz dah ku naikkan ke freezer petang tadi..
Sebab esok dah weekends, so dalam perkiraanku xperlu lagi bagi Danny minum dalam botol, just bagi direct feeding je..
3-4 hari ni dari pukul 830am-630pm dah bagi Danny minum dalam botol..

Berbalik pada cerita bibikku itu tadi..
Pukul 930pm tadi ku BF Danny..
Then kuberikan pada Bibik kerna ada tugasan di kamar belakang untuk mengadap laptopku..
Pukul 1000pm bila ku ke ruang tamu, tup2 kulihat bibikku sedang memberikan Danny susu dari botol 3oz yang kusimpan sebentar tadi..

Ku tanya Bibik,
'Bibik, kenapa bagi susu tu? Kan ke saya dah kata tu untuk saya keluar nanti'
Jawab bibik, 'Sian Danny asyik isap jari aja, mau tido.. Lepas bagi susu dia kenyang langsung tidur ni'

Ku tanya lagi, 'Nanti saya pegi nanti kalau dia bangun nak susu macam mana?'
'Tak mi, ni langsung tido xkan bangun2 lagi'

Pandai pula Bibikku..
Lagi pandai gamaknya dia dari aku..

Last2 xhabis pun Danny minum, minum cuma 1.5oz gitu.. ye la dah kenyang haku BF tadi kan..
Dah tu, erm.. membazir jek susu ku.. Sah2 akhirnya dibuang aje oleh bibik bila lepas sejam Danny dah xbangun lagi..


Teori sebenar:
Danny isap jari bukan bererti dia lapar, padahal baru bagi BF stgh jam yang lepas..
Dah lumrah baby suka menghisap, so xbererti dia isap jari sebab lapar.. Dia mungkin isap jari sebab ngantuk nak tido..

Lagi satu, kalau betul Danny lapar, kenapa xbagi jek kat aku BF??
Kenapa nak guna jugak susu yang aku simpan tu..?

Lantas ku pendam je perasaan walaupun dalam hati membuak2 geram..
Ke buka freezer, dengan harapan susu yang kumasukkan ptg tadi belom beku..
Tapi dah beku..
So kalau ku keluarkan pun xguna..
Kalau Danny nangis amik masa susu beku tu nak cair..

Ku lansung amik Pump Avent kesayangku dan memulakan aktiviti memerah..
Erm, mungkin akibat tensi2 ni, xsampai stgh oz pun yang kuar..
Lagipun kan ke setgh jam lepas baru BF Danny, so what to expect? Of course la susu xder nyer nak kuar memancut2..

Last2 kukeluarkan jugak susu beku dari freezer..
Kalau2 Danny bangun nanti tau la Bibik mcm mana nak buat Danny berenti nangis sementara susu beku bangat tu nak mencairkan diri..
Mana tau, kot ape2 jadi tengah jalan yang melambatkan kepulanganku nanti..

p.s: Bibik bibik.. Dia ingat dia jek betul.. Dah tau salah tapi nak menegakkan benang yang basah.. Kan senang kata, Sorry Mummy.. Bibik yang salah..

2.10.2010

Majlis Perkahwinan Nurul dan Nasri


Hari Sabtu lepas, 6/2/2010 kami menghadiri Majlis Perkahwinan Kapten Nurul & Kapten Nasri
Nurul merupakan sepupu suamiku sebelah ayahnya..


Persandingan dilangsungkan dengan penuh gilang gemilang di Dewan Taman Ibukota..


Tema warnanya ialah putih hijau..


Suamiku dengan warna tema..


Dhiya di pelaminan..


Danny di stroller..


Dania sepatutnya jadi flower girl..
Tapi last minute refuse sampai nangis2..


Riena & Imran, pasangan newlly wed.. Ambik berkat ke?

p.s: Persandingan sebelah lelaki akan diadakan di Kedah pada Raya Cina nanti.

2.07.2010

My Nursing Cover


Saya order Nursing Cover ni dari Kak Shada di sini
Dah lama nak ada nursing cover sendiri untuk memudahkan aktiviti penyusuan BF di khalayak ramai.


So hari Jumaat tu bungkusan pos express tiba..
Harga promosi cuma RM25..
Rata2 survet di blog lain harga adalah RM30++


Ni gambar saya in action
Sedang menghadiri majlis perkahwinan Nurul (sepupu hubby) di Dewan Taman Ibukota


Sekalrang, saya boleh menyusu dengan bangga..
Tak perlu lagi tercari2 tempat untuk menyusu bila Danny merengek..
Tak risau lagi untuk pakai baju ketat lagi sendat sebab tak risau baju terangkat..
Just cover it up..
Nursing cover betul2 umhhpp membantu saya..

2.06.2010

KFC Contest Winner


Ingat x post ku menang Contest KFC Feed Me fast ritu?
Last 3 days abang posmen dah antar surat kemenangan tu..
Ikutkan ku menang 2 KFC Zinger Tower Burger, tapi dapatnya satu je..
Xper la.. Malas nak kecoh2.. Lagipun pasal beger pun nak bising ke?


Nanti la bila aku dah claim beger tu nanti aku tepek saat kumelahap disini yer..

p.s: Juga Menang Contest McD, dapat voucher McD RM10

2.05.2010

Akhirnya..

Alhamdullilah..
Syukur bila terima panggilan dari Ekin kelmarin..

Ekin bawakan berita gembira..
Ku sudah lulus ujian pengesahan jawatan yang telah 2 kali kuambil..
Suke2.. Dah xperlu study bagai lagi..

Kita menunggu surat pengesahan jawatan pula.
Lepas ni boleh la berangan2 untuk membuat pinjaman untuk beli rumah..
Heheh..

p.s: Kupercaya, ini rezeki Danny.. Syukur..Alhamdullilah..

2.04.2010

Minum Botol


Hari ini Danny berusia 53 hari..
Hari ini Danny dah mula minum susu dari botol..
Tapi jangan salah sangka yer,
Danny bukan minum susu formula..
Danny minum ebm dalam botol..


Ini untuk memperkenalkan Danny dengan botol since Mummy akan kembali bekerja selepas cuti Raya Cina nanti..
Danny guna botol Tommee Tippee..
Alhamdullilah puting Tommee Tippee sesuai untuk newborn since putingnya mirip2 puting ibu..
So Danny x mengalami sebarang masalah disitu..


Mula2 berkerut jugak dahi Danny bila Mummy sua botol..
Konpius agaknya..
Lepas tu abis je susu tu..

Susu tu susu perahan Mummy semalam..
Mummy bagi 3oz untuk sekali minum..

Ni jadual untuk memperkenalkan Danny dengan EBM sebelum kembali ke kerja..
Untuk dipraktikkan pada minggu terakhir sebelum kembali kerja..
Tapi make sure, pada masa baby diberi EBM, jangan lupa pum..

Hari/Masa Hari Pertama Hari Ke-2 Hari Ke-3 Hari Ke-4 Hari Ke-5 Hari Ke-6
8.30am EBM EBM EBM EBM EBM EBM
10.30am Direct Feeding EBM EBM EBM EBM EBM
12.30pm Direct Feeding Direct Feeding EBM EBM EBM EBM
2.30pm Direct Feeding Direct Feeding Direct Feeding EBM EBM EBM
4.30pm Direct Feeding Direct Feeding Direct Feeding Direct Feeding EBM EBM
6.30pm Direct Feeding Direct Feeding Direct Feeding Direct Feeding Direct Feeding EBM

Mummy cadang nak feed every 2 hours..
So maknaya bila dan kembali kerja nanti Mummy akan tinggalkan 6 botol x 3oz each..
Sebelum pergi kerja pukul 6.30pagi Mummy akan Bf Danny dulu..

p.s: Harap2 berjaya.. Doakan saya yer kawan2..

Oilatum Bar Soap

Ini rentetan kisah tepung gomak semalam..

Semalam, bila hubby balik, aku terus ajak pegi klinik..
Sebab tengok muka Danny makin teruk..
Kalau setakat ruam tu biasa la..
Tapi Danny garu2 sampai merah dan bergerutu..

Seperti biasa kitorang ke Poliklinik Zazali di Pinggiran Batu Caves..
Hanya 2km dari rumah kami...

Selepas cek, Dr kata bukan tahap teruk..
Dr bagi moisturiser untuk digunakan selepas mandi dan krim untuk sapu pada waktu malam..
Dr bagi ubat yang x berapa kuat memandangkan Danny masih lagi baby..
So take time to recover, maybe in 2 weeks baru ok..

Then, Dr suggest kitorang cari sabun Oilatum..
Mandikan dan sabunkan Danny dengan sabun ni seluruh badan termasuk kepala..
Then jangan bilas kasi licin, just bilas sikit2 bagi sabun tu ada lagi then lap..
Lepas bayar bil perubatan sebanyak RM19, kitorang bergegas ke farmasi pulak..

Farmasi An-Nur yang paling berhampiran kehabisan sabun ini..
Betul ke x habis xtau la.. Tah2 dia xtau pun sabun apa..

Terus langsung ke Sri Gombak ke Farmasi Care..
Baru jumpa..



Ini la sabun yang dicari..
RM10.90

Kita tengok apa perubahannya bila kupakaikan pada Danny ini hari..
Nanti leh kasik review..

p.s: Naib leh claim perubatan.. Peruntukkan tahun ni RM350+25+90+90+90=kira sendiri..

2.03.2010

Tepung gomak


Ini tepung gomak


Ini Danny

Adakah persamaan disitu?
Sian Danny, muka penuh dengan ruam..
Sampai ke telinga dan ke kepala..


Habis Danny garu2..
Sampai merah2..
Tu yang terpaksa mengomakkan Danny sedemikian rupa..

p.s: Kalau makin teruk nak kena roger terus ke Poliklinik Zazali

Babywearing @ Home


Danny ngantuk..
Mummy lak ade keje depan laptop..
Mummy malas nak tepuk2 Danny tidur atas katil..
Langsung Mummy gendong Danny guna babywearing..
Mummy pakai Ringsling yang Mummy beli masa Kakak Dhiya kecik dulu..
Tapi Mummy xpenah gendong Kakak Dhiya guna ringsling ni dulu..
Sebab dulu Mummy jakun
Mummy xtau macam mana nak pakai tapi gatai nak beli...

Bila gendong Danny guna posisi tummy-to-tummy
Danny terus lentok dan tidur..
Boleh Mummy layan FB buat keje depan laptop
Xder la Mummy terpaksa dukung Danny sebelah menaip sbelah..
Kan lagi senang hidup Mummy macam ni..

p.s: Nampak tak baju yang kebasahan itu? Itu susu yang menitis2 xhenti walaupun Danny dah kenyang menyusu..

2.02.2010

Milk Booster - Air mata kucing


Lately, baru terperasan kehadiran jus ni dalam peti sejuk
Dah berapa dalam peti es ku sejak tahun lepas..
Tapi xsure dari mana kedatangannya..

Sejak dua menjak ni, daku dok sibuk mengoggle cara2 nak banyakkan susu,,
Takut jugak kalau dah masuk keje nanti susu drop..
So banyak yang kujumpai mengatakan air longan salah satu cara nak banyakkan susu..
So ku cuba buat air dengan jus mata kucing + kundur ni..
Sbb dalam perkiraanku mata kucing & longan adalah dari family yang sama..

Kuminum 2 gelas besar sehari.. tghri dan malam..
Alhamdulilah, susu membuak2, especially bila bangun pagi..
Malam menjelang pagi memang xleh boleh nak tido mengiring sbb B bengkak penuh ngan susu..
Danny cuma bangun sekali atau 2 kali je malam untuk menyusu..
So ku bangun pagi terus bagi Danny menyusu sebelah, sebelah lagi pam..
So dalam sehari leh la dapat kurang2 12oz hasil perahan..

Actually, air ni my hubby dapat dari Abang Nus kt opis lama...
Dia bagi untuk promosi katanya.. Harga RM20 sebotol..
Yang bes sebab ada cebisan2 mata kucing dalam tu.. Chuncky2 gitu..

p.s: Lepas habis botol free ni, nak kena paksa my hubby gi opis lama dia la beli..

Danny officially ber'CD'

Sekarang Danny Rayyan dah officially ber'CD'
Sebelum ni kalau outing pakaikan Danny dengan Dispo,
tapi semalam outing 1 hari dan Danny hanya pakai CD.

Danny berak, tapi xjadi masalah kalau outing dan berCD.
Jus tukar CD macam tukar Dispo..
Cuma dispo campak ke dalam tong sampah, CD campak dalam plastik n bawak balik rumah..

Sekarang, bila pakai CD, kualaskan dengan nappy liner Pureen..
So kalau Danny berak xder la kena sental CD tu sangat..
Just buang CD n poo poo ke tong sampah..
Bilas CD n masuk mesin..
Nanti daku tempek gambar nappy liner tu yer..

Before, I caught my bibik red handed masa dia tengah cuci CD..
Rupanya dia letak sabun punya la berlambak2..
Ku guna NappyKleen untuk cuci baju dan CD Danny..
Sabun ni lembut, jus guna sangat2 sedikit saja dan dia akan berbuih punya la berlambak2..

Dats why daku lebih prefer cuci sendiri dari bibik sbb atas dasar x berapa nak harap..
Selalunya dalam 1 hari Danny akan pakai 7 CD + 8 insert
6.30am - 1 insert
8.30am - 1 insert
11.30am - 1 insert
2.30pm - 1 insert
5.30pm - 1 insert
8.30pm - 1 insert
11.30pm - 2 insert

So far aku ada 12 CD + 24 insert yang ku rasa sudah mencukupi..
Selalunya aku akan cuci CD pukul 8 mlm onward.. dats mean CD yang berada dlm besen ada 5 lai..
Setiap hari..
Xsuka nak peram CD sampai 2-3 hari..
Dah basuh n sidai kt yard..
Esok pg2 transfer CD yang masih lembab kt balkoni supaya kena cahaya matahari.
Tgahri dah fully kering..

Insert lmbt skit kering sbb dia tebal.. Nak2 kalau cuaca mendung..
Sib ade banyak insert standby..

Kat rumah still ade dispo Drypers saiz newborn n Huggies saiz S..
Xluak2 dah.. Dah xpakai dah pun..

Lebih selesa guna CD..
Cantik dan menarik bagiku..

p.s: Kalau dah start keje nanti pun xder masalah.. Balik je keje, basuh la..