Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

1.29.2010

Danny Rayyan Lagi




















1.28.2010

Kisah peti sejukku

Ini kisah peti sejukku yang kakinya dah senget sebelah-dan xder pintu di bahagian freezer-dan menanti untuk colapse sahaja.


Ini peti sejukku..
Ku beli diawal perkahwinanku 8 tahun lepas..


Pintu dibahagian freezer sudah lekang dan sekarang mungkin sudah mereput di tapak pelupusan sampah selayang yang dah tutup tu.


Ini ebm permulaan yang kuperah sejak Danny berusia 30 hari.
Dalam botol tu ada 3oz each.. N dalam liner ade 6 oz.


Ini keadaan bila bercampur dengan lauk2..
Ni baru keadaan masa tengah bulan, kalau hujung bulan lagi penuh dengan segala macam lauk2..

Sehingga ke hari ini dalam itu peti sudah ada
6x3 0z
6x6 oz
Total 54 oz

Pun sudah tidak boleh disumbat lagi..
Lantas sejak 2 hari yang lepas ku telah mengeksport 8x 3oz ke rumah MIL
Bagi menumpang peti sejuk disana sbb my MIL ada 2 peti sejuk

So total sehingga 28/1 ada 74 oz

Lagipun, salji2 tebal di dalam itu peti sudah menutup sebahagian ebmku..

p.s: Disaat ini ku amat memerlukan peti sejuk 2 pintu.. Agak2 bila leh dapat? Rajin2 la kelik my Nuff yer..

p.s ke2: Pasal peti sejuk pun nak tulis blog ke? Ini belog aku. Ade aku kisah?

8th Anniversary

Sejak menjak ni my blog ade prob, xleh bukak..
Sebab domain via.my ade problem agaknya..
So daku decide untuk tukar balik ke blogspot..
Sesapa yang xdapat cari balik my blog, nasib la yer..


26th yang lepas is my 8th wedding anniversary
Xsangka dah 8 tahun kan?

So sekarang ni saat untuk mengimbau kembali saat2 manis sepanjang bersama 'dia'
'Dia' yang kumaksudkan adalah Zamzul Khairi b Datuk Zulkifli
Suamiku yang tercinta..

Jom dengarkan rentetan kisah perjalanan hidup kami..

Saat bercinta:
Percaya atau tidak kami berjumpa di alam maya mirc
Chat cuma sekali langung bertukar no talipon..
Beberapa kali berbual di talipon tanpa melihat wajah masing,
kami bertekad untuk ketemu..

Pertemuan pertama berlangsung di UTMKL, tempat dimana ku menuntut tika itu..
Hari Rabu, tahun 2000
Ku masih ingat lagi tika itu dia bermoto Jaguh.. berbaju t warna kelabu dan berjeans ala hiphop..

Lantas pada malam selepas petemuan tersebut, dia menyatakan hasrat untuk bercouple..
Lamaran tersebut kuterima dengan terbuka..

Kemudian, baru kutahu.. Rupanya adiknya adalah seniorku di Convent SP.
Dan dia juga pernah bersekolah di sebelah sekolahku..
Namun belum ada rezeki, kami tidak ketemu ketika itu..
Kami ketemu apabila keluarga bepindah kembali ke KL


Selepas 2 tahun mengenali hati budi masing2..
Kami diijabkabulkan dengan majlis ringkas..

Hidup kami selepas itu sungguh bahagia walaupun ala kadar dan penuh keserderhanaan..
Berkahwin diusia amat muda banyak mengajar dan mematangkan kehidupan kami.

Tahun 2003 lahirkan permata hati pertama Dania Hadfina
Tahun 2007 lahir pula permata hati kedua Dhiya Dayana
Tahun 2009 lahir pula permata hati ketiga Danny Rayyan

Tahun lepas kami ke Phuket untuk meraikan ulangtahun kami..
Tahun ini kami tidak kemana2..
Cuma masing2 berjanji untuk ke Bali pada ulangtahun ke10 nanti..

Tahun ini tiada keraian makan besar
Cuma malam itu, kami ke warung mamak tempat biasa kami makan..
Cuma order Roti nan dan ayam tandoori..
Itu sudah jadi mewah bagi kami tika ini..
Sudah punya 3 anak bukan? Tiada lagi ertikata makan besar di Chillis, Tony Roma dll..


p.s: Ingin terus bersama 1000 tahun lagi

1.24.2010

Perjumpaan Kumpulan Sokongan Susuibu Ratuhati

23/1 yang lepas, ku menyertai Perjumpaan Kumpulan Sokongan Susuibu anjuran Ratuhati di FRIM.

Seisi keluargaku termasuk bibik kubawa untuk menyertainya.

Sesi ini dihandle oleh pakar2 laktasi..


Bayaran hanya RM10 sekepala..
Makanan seperti nasi lemak, bihun, dan beraneka kuih muih disediakan
Dan ketika ini, Dania & Dhiya sudah selesai mandi sungai ..

Danny kubiarkan saja bersantai disitu.. Asalkan tidak menganggu gugat kesantaianku juga

Ini Haryati.. Dia seorang pengepam yang tegar.
Tiada direct feeding, hanya pumping.. Kagumkan?
Even masa tgh bagi talk, dia boleh menggunakan freestylenya utk mengepam kuih apam

Ini pula Akma aka Kema..
Kumula beli CD dari dia la..

Selepas sesi berkumpulan, diselitkan sesi dari Babywearing Malaysia

Antara yang hadir..
Cuba teka dimana saya?

1.17.2010

Upacara Buka Mulut

Upacara ini sebenarnya adat membuka mulut, mengikut kepercayaan orang melayu.
Kesemua anak-anakku telah melalui saat-saat ini..
Biasanya, sejurus bayi dilahirkan, lazimnya bayi akan disuap dengan kurma dan air zam-zam..
Memadai dengan hanya meletakkan ke lidah sahaja..

Itupun aku sudah lakukan..
Tapi kali ini kulakukan dengan menggunakan khidmat orang2 alim yakni ustaz..
Supaya dapat didoakan supaya menjadi insan yang baik2..


Ku sertai suami dan anak2 ditemani dengan ibu mertuaku (berbaju kuning) dan Aunty Khatijah disebelahnya..
Ketika kami sampai di Masjid Sungai Tua, ustaz sedang memberi ceramah pada hadirin yang hadir tika itu..
Ustaz ini tidak asing lagi dalam kalangan keluarga kami..
Kerna anak-anakku semuanya melalui upacara ini dengan beliau..


Bahan2 yang diperlukan hanya kurma nabi dan air zam-zam..
Kurma disiat dan dilenyek hingga lembut dan di basahi dengan air zam-zam lalu disapukan ke bibir Danny..
Tika ini Danny berusia 35 hari..


Kurma disuap sebanyak 3 kali..
Dan selepas itu, diakhiri dengan doa oleh ustaz..
Dan, sedikit sumbangan dihulurkan buat ustaz..

p.s: Moga anak mummy menjadi seorang yang soleh kelak..

1.16.2010

Bila Danny Rayyan BerCD



Wah, alangkah bahagianya kalau koleksi CD ku sebanyak ini..


Tapi kan daya, koleksiku hanya sebegini..


Koleksiku setakat hari ini sudah ada 12 CDs with 24 inserts
Kubeli CD2 ini dengan 2 kali beli.. maknanya sekali beli 6 CD..
Kubeli dari Sue dan Akma dari Ratuhati..
Sue kubeli secara kutu, Akma pula secara langsung..


Seawal Danny Rayyan berusia 3 minggu,
Danny sudah berCD..
Kupakaikan CD pada usianya sebegini kerana waktu ini,
Danny sudah tidak lagi berak berwarna hitam kehijauan dan melekit..
Dikala begini, diriku sudah betah sihat untuk menjalankan kerja2 mencuci CD..

Sekali sekala terbocor juga, walaupun baru kencingan pertama..
Mungkin cara letakan yg tidak betul..

Tapi mengikut pengalaman..
Kutukarkan CD baru setiap 3 jam sekali..
Kalau tidak..lencun..

Sapa kata CD tidak sesuai untuk Newborn?
Bagiku sangat cocok bangat..
Takdela nampak bulky pun..

So far koleksiku hanya terhad pada jenama Coolababy dan Babyland..
Dan dari kedu2 itu, Coolababy lagi menjadi pilihanku..

Apa2pun..
Penggunaan CD jimat berbanding Diapers..
Untuk lihat beza penggiraan, sila lihat sini
Biarlah penat sedikit membasuh CD asalkan berbaloi untuk anak anda..

p.s: I basuh CD sendiri tau, bukan bibik I yang basuh..

Feed Me Fast Contest


Mulai 11 Januari (hari jadiku) hingga 24 Januari 2010..
Be a fan dalam Facebook..
Dan sedia seawal pukul 9am setiap hari..

Jadi orang terpantas mereply comment pada status KFC..
Dimana KFC akan memberikan satu-satu ingredient bagi KFC Zinger Tower..
Hanya perlu copy dan paste kembali ingredient tersebut..
Pemenang dikira pada bilangan terpantas menghantar ke kotak comment..

Maklumat lanjut sila klik disini

p.s: Ku sudah menjadi winner Day 6, 4 orang terpantas dari 25 orang yang dipilih.. huhuuh.. Nantikan KFC Zinger Burger muncul di muka pintu anda..

Jadual gaji penjawat awam 2010



p.s: Tahun ni xbanyak bulan yang dibayar awal..

Mini Garden

Asyik berkebun di Farmville, sesekali nak juga berkebun secara realiti
Sejak aku di tingkatan lagi, aku gemar mengumpul cactus..
Dah macam2 bentuk dan jenis yang aku beli..
Tapi kadang2 hidup beranak pinak, dan kadang2 mati begitu saja..


Ni koleksi cacti yang aku ada sekarang..
Antaranya ada yang aku ambil anak dari rumah mak.
Yang dirumah mak pun rata2 aku yang tanam dulu..
Ada juga yang aku beli dari Cameron Highlands
Ada juga yang kubeli dari Pameran MAHA beberapa tahun lepas..

Kusuka tanak pokok cactus ni kerana sangat la senang untuk menjaganya..
Kalau anda seorang yang buzy tapi minat berkebun apa kata anda menanam cacti..
Senang dijaga kerana tidak perlu kerap untuk menyiramnya..
Hanya seminggu sekali...
Dan sebulan sekali anda siraminya dengan air baja untuk meningkatkan produktivinya membiak..
Dan bila sudah beranak pinak, kuubah anaknya kepasu lain.


Ini pula pokok setawar..
Pun sudah beranak pinak..


Ini pokok duit2..
Pokok 'ong' pada kepercayaan kaum cina..
Cara pokok ini tumbuh mengikut tuan yang menanamnya..
Kalau tuannya 'rimbun' rimbunlah pokoknya..
Ku tanam pokok ini hanya dengan sehelai daun yang kuambil dari ibuku..
Hanya cocok daun ke tanah, dan tumbuhlah pokoknya..


Kuimpikan rumah yang dikelilingi dengan taman yang luas,
Tapi apakan daya, ini sajalah mini gardenku.. Di balkoni rumahku di tingkat 5..
Sila abaikan model tidak bertauliah itu..

p.s: Balkoni - tempat lepak sambil tengok ragam manusia..

1.15.2010

Perjumpaan Pertama Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Ratuhati.com


Anda sedang mengandung?
Anda sedang menyusukan anak dan mempunyai masalah penyusuan?
Jom sertai Perjumpaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susuibu RH..


Tempat: FRIM
Tarikh: 23/1/2010
Masa: 9.00 - 11 pagi
Bayaran: RM10 untuk dewasa, RM5 utk kanak2 5 tahun ke atas..
Aktiviti: Ceramah penyusuan dan Babywearing
Maklumat lanjut disini

Jom ramai2kan..
Daku pun akan ke sana..

p.s: Lepas perjumpaan boleh mandi air terjun kt sebelah tu..

1.13.2010

Personal Trainer



Inspired by his body?
Jangan x percaya he lost more than 15 kg last year..

Dia suamiku..
Juga seorang free lance personal trainer @ fitness instructor..
Xperlu minum herbalife atau Jusmate 5 untuk dapatkan body seperti beliau..
Percaya la beliau tak makan ubat kurus untuk dapatkan bentuk badan idaman seperti itu..

Anda nak kurus?
Jaga makan dan amalkan senaman.. Itu saja..
x tau bagaimana?
Jadikan beliau personal trainer anda..
Xperlu ke gim untuk tujuan itu..
Hanya 3 kali seminggu, 1 jam setiap sesi..
Tempat? Anda pilih.. Taman Tasik sangat2 sesuai..

Percuma 1 sesi percubaan..
Weight lost guaranteed..
Xpercaya cuba dulu..

just email him for details and appointment..
zamzulk@yahoo.com


Ini adalah beliau 2 tahun lepas..
X percaya? Percayalah kerana ianya benar..

p.s: Terbayang beliau macam fitness instructor dalam The Biggest Loser Asia..