Kelik,kelik dan kelik lagi..

Followers

Labels

1utama (2) Abang (23) Aku (97) AMT (1) Arokaya (1) Babywearing (3) Bibik (5) Birthday (9) Boikot (1) Breastfeeding (21) Buah Mariam (2) Cinta (2) Cloth Diapers (5) Contest (4) Dania (28) Danny Rayyan (45) Dhiya (27) Di Dapur dan Makan2 (11) EBM (6) Emak (1) En Somi (8) Event (5) Exam (1) Family (30) Family Planning (2) Feeling-feeling (2) Friend (9) Friends (21) Gadget (6) Gaji (1) Games (1) Gathering (7) Hamster (2) handphone (4) Herbalife (3) Hiking (4) Hobby (13) htc (2) Info (1) Jalan-jalan (24) Jiran (1) Kampung (2) Kereta (4) Kerja (10) Kewangan (1) MA (2) Me (61) Movie (4) My Car (1) My Pet (4) Occasion (1) Outdoor (8) Pembedahan Tonsil (13) PGL (1) Philipphine (1) Phuket (2) Pregnancy (22) Quiz (1) Raya (4) Review (1) Rina (2) Runs and Walks (11) Sabah (1) Sakit (11) Sales (1) Scene (1) Sekolah (6) Senam (1) Sewing (2) Shopping (3) Sothys (2) Supplement (5) Tadika Krista (3) Tagged (2) Teater (3) Thai Massage (1) Traffic (1) Twitter (9) Twtup (6) Vacation (10) Wordless Wednesday (3) Work (2) XPDC (8)

11.30.2009

Kisah Bibik Lagi..

Beberapa minggu lepas,
My hubby dapat call dari majikan tingkat 18 katanya..
Mengadu tentang bibikku..
Katanya, bibikku selalu buat mensyuarat kt rumahku..
Mengajak kawan2 yakni bibik2 lain melepask di rumah ku..

Ini lah kali pertama ku mendengar aduan tentang bibikku..
Sebelum ni cuma pujian..
2 kali aku mendengar pujian dari 2 orang jiranku..
Pertamanya dari makcik selang sebuah rumah dariku..
Katanya 'bagus bibik kamu ni.. Jaga anak kamu mcam anak sendiri.. susah nak dapat bibik macam ni'

Berbunga aku mendengar pujian melangit itu,
Dalam hatiku, xnyesal amik bibik untuk bekerja denganku..

Kali kedua 2 bulan yang lepas tika ku dan suami menghadiri jamuan hari jadi jiranku..
Kali ini pujian datang dari jiranku yang rumahnya dihujung sekali.. Janda itu..
Pun sama.. Pujian melangit pada bibikku.. Aku sekadar tersenyum..
'Katanya bibikku yg paling lama disitu, bibik lain di kondo itu sudah silih berganti'

Tapi lepas menerima aduan panggilan talipon itu..
Aku dan suami sudah tidak puas hati dengan bibik,
Namun aku pendamkan sahaja tanpa bersemuka dengan bibik..
Hanya sekadar pesanan tiap kali sebelum ku keluar bekerja, supaya bibik xmembawa anak2 ku keluar..

Aduan kedua berupa surat layang yg kujumpa di dalam postbox ku..
Ku xpasti sama ada itu aduan yg sama atau tidak dari majikan tingkat 18 itu..

Aduannya sama..
Menyatakan tentang perihal bibik selalu mengadakan mesyuarat di rumahku..
menyebabkan majikan2 lain komplen tentang ketiadaan bibik mereka dirumah..
Katanya satu hari dia membuat spot cek..
Balik tiba2 pada waktu tghri..
Didapati bibiknya tiada..
Langsung terus menuju ke rumahku dan dapati bibiknya ada disitu..

Dan yg terbaru, aduan dari jiran paling dekat..
Jiran bertentangan dgn rumahku..
Aduan dari papa Khalida dan Sofia..

Juga mengadu tentang masalah yang sama..
Tambahan lagi, tika semua bibik2 bermesyuarat di rumahku, termasuklah bibiknya..
Anak2ku dan anak2nya dibiarkan bermain sendirian di luar..
Pintu rumahku pula ditutup...

Jiranku juga balik tiba2 pada suatu hari dan dapati Dhiya dan Sofia tgh main didepan rumah..
Dania dan Khalida pula memanjat di balkoni rumahnya..
Dan jiranku terus membuka pintu rumahku dan dapati bibiknya ada dirumahku..

Semalam, ku jemput bibikku dari rumah agennya selepas 3hari kuberikan cuti sempena Raya Haji..
Terus langsung sampai ke rumah, bibikku terus masuk kebilik dan tidur..
Selepas perjumpaan antara suamiku dan jiranku,
Suamiku terus memanggil bibik..

Tatkala pukul 11mlm, aku, suami berhadapan dengan bibik..
Dan menyatakan tentang masalah itu..

Aku sejak dari semalam..
Kukhabarkan padanya..
Mulai hari ini, tugasnya cuma mnejaga anak2ku dan memasak utk mereka..
Tugas2 harian yg lain xperlu lagi bibik lakukan seperti basuh baju, gosok baju, sapu sampah dll..
Aku dan suami akan lakukan apabila balik dari kerja..

Harapan ku..
Jika bibikku merasa dia terlalu sebuk untuk melakukan kerja2 rumah sehingga anak2ku terabai..
Biarkan semua kerja2 itu aku yg buat,
Kusanggup lakukan demi keselamatan anak2kku terjaga..

Kecewa aku dengan sikap bibik..
Selain itu,
Sekarang bibik sudah pandai ambil barang2ku tanpa meminta kebenaran..
Antaranya tudung, baju, seluar dan beg..
Walaupun benda2 itu xkupakai.. Namun xbererti dia boleh ambil sesuka hati..

Luluh hatiku semalam bila melihat dia memakai seluarku tika kujemput pulang dari rumah agen..
Seluar itu punya sentimental value pada diriku..
Seluar ala thai itu kubeli di Kluang tika aku bertugas di sana 2 tahun lepas..
Walaupun seluar itu xpernah kupakai kerna tidak muat, namun tetap kusimpan dgn harapan suatu hari nanti dapat kupakai bila aku berjaya menguruskan pakaian..

Selama ini kupendamkan sahaja..
Namun semalam semuanya terhambur keluar..
Tapi aku katakan dengan baik pada bibik, bukan aku menengking ker hapa..

Antara lain termasuk juga bibik menggunakan talipon rumah untuk kegunaan peribadinya..
Lain lagi, bibik juga pandai mengajar Dania berbohong..
Malah Dania lebih takut pada bibik berpanding padaku..

Last sekali,
Suamiku bertanyakan andai bibik ada apa2 mau keutarakan..
Katanya mahu gajinya ditambah..
Suamiku kata, memang niat untuk tambah gaji bibik ada pada bulan 1 thn depan,
Tapi dengan sikap bibik sebegitu, kurasakan baik xpayah...

Kontraknya akan tamat bulan 2 thn depan..
Entah, rasanya sudah kecewa dan serik untuk menggajikan bibik lagi..
Tidak harap aku bibik dapat menjaga anak2ku dengan baik..

p.s: Ingat lagi perjanjian suami dan bibik tika pertama kali menjemput bibik dari rumah K.Nurul, kata suami.. 'Bibik tolong saya, saya tolong bibik'.. Ingat lagi kata bibik, kerjanya di Malaysia untuk menyara anak2 kembarnya di Indon yg masih bersekolah..


2 comments:

  1. wuiii takutnya bibik tinggal budak budak tu...bahaya la..ang pun sekali sekala kena buat spot check kot...

    ReplyDelete
  2. 2-3 kali dah buat spot cek.. time aku balik lintang pukang kawan2 dia lari..

    ReplyDelete